Bab 8: Terimaku Seadanya

2.1K 89 13
                                    

Tatu itu. Tatu yang sama dengan tatu di belakang badan Det.

"K-Kau siapa?" tanyaku. Tanganku meraba-raba meja, mencari pisau buah sebagai senjata.

Jambakan bunga itu dibaling ke dinding. Lelaki tinggi lampai yang tidak pernah aku kenal itu meluru pantas ke arahku. Belum sempat aku meraih pisau, dia mencekup rakus leherku. Matanya dijegilkan.

"Kau akan tahu siapa aku tak lama lagi, Inspektor Lina. Aku just datang nak melawat kau. Oh, konon-konon ganas, rupa-rupanya lembik saja aku tengok." ujarnya dengan sinis.
Dengan memegang kuat tangannya, "Le..Lepaskan aku!"
Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Dia mencekik aku lebih kuat, kali ini hingga berpinar-pinar mata aku.
"Hey, perempuan! Kau dengar sini. Kalau aku tahu budak-budak kau kacau kerja aku, kacau orang-orang aku lagi, kau memang cari nahas! Aku toreh muka lawa kau ni, ambil buah pinggang kau, campak kau dekat Siam. Faham?!" ugutnya dalam bisikan keras ke telingaku.
Aku bersusah-payah cuba bertahan, "A-Aku..tak takut...dengan j-jantan sial macam kau!"

Sekilas aku dilempang kuat, terteleng ke tepi. Kolar bajuku direntap kasar hingga badan aku terpisah dengan katil.

"Kau tak takut, ya?" Dia ketawa sinis lagi. "Aku tak rasa anak sultan tu seberani kau, Lina. Kalau aku belasah budak tu sampai lunyai, lagi puas dari aku tibai kau! Mungkin aku boleh minta tebusan berbilion-bilion dengan bapak dia. Aku akan seksa dia..."
Dia mencekup pipiku pula. Kuat hingga rahangku sudah tidak terasa. Kebas.
"Depan mata kau sendiri, Lina." ancam penyangak kurang ajar itu.
"K-Kau jangan berani...apa-apakan Mateen!" balasku.
Lelaki itu pura-pura terkejut, "Oh, wow. Sayang betul kau dengan dia. Okay okay. Why not aku ambil saja mak kau. Yalah dia pun mulut pun dah senget, kaki pun tak boleh nak jalan kan? Rasa macam lama sangat nak tunggu dia mati. Apa kata aku 'padam' terus dia tu? Hm?"
"Sial!"

Dengan apa kudrat yang aku ada, aku cuba sedaya upaya mencapai butang kecemasan yang sepatutnya ada di atas katil. Lelaki itu pantas merentap tanganku. Ah!

"Kau tekan emergency button tu, kau habis dekat sini. Kau faham tak, betina?!"

Mateen...
Mateen, tolong aku.

🇲🇾

Hari kedua Mateen bermalam di ibu pejabat. Berkali-kali juga Kak Yati menghubunginya, bimbang apabila anakanda Sultan Brunei itu tidak pulang. Ketiadaan Inspektor Lina betul-betul memberi kesan kepada pasukan itu. Mateen terpaksa mengambil alih tempat wanita itu dengan mengetuai penyiasatan. Dua hari tidak tidur, dua hari tidak mandi, makan pun setakat apa yang ada saja, Mateen Bolkiah memberi 100% tumpuan untuk Ops ASEAN. Bukan kerana mahu membanggakan atau mendapatkan semula kepercayaan ayahandanya tetapi untuk kesejahteraan dan keamanan sejagat. Jiwa perwira menebal dalam dirinya.

"Tuan..."
Mateen berkalih pandangan apabila Faizal memasuki biliknya. Fail-fail, laporan, dokumen, semuanya berselerak di atas meja. Ligat otak Mateen berfikir.
"Yes?" respon anakanda Sultan Brunei itu.
Faizal tersenyum, "Dah malam ni. Saya nak minta izin balik rumah, boleh? Kesian anak bini saya."
Mateen terus mengizinkan, "Sure. Baliklah dulu, Faizal. I'm okay here."
"Terima kasih, tuan. By the way, budak IT baru bagi report tadi. Nah."

Fail kuning diberi kepada Mateen Bolkiah.

"Det bekerja dengan sindiket ni sejak beberapa bulan lepas. Sindiket ni banyak mata, tuan. Kat KL saja hampir semua geng jadi budak dia. Tapi kalau tuan tengok incoming calls dari telefon Det, semua nombor Thailand. Saya yakin, sindiket ni berpangkalan di sana. Hipotesis kita tepat." jelas Faizal.
Mateen membaca perincian hasil bahagian IT itu. Nombor yang berbeza-beza.
"Every phone number, sekali saja call?" tanya Mateen meminta kepastian. Mata helang tajam memandang anak buahnya.
Faizal mengiyakan, "Ya, tuan. Itu taktik mereka. Bila budak IT periksa, semua nombor tu ditamatkan perkhidmatan selepas buat panggilan dengan Det. Saya rasa baik tuan soal siasat dia sekali lagi. Saya tahu, dia memang takkan buka mulut tapi apa salahnya tuan cuba."
Fail itu diletak di atas meja. Mateen meraup wajahnya, stres.
"Ikutkan hati saya ni, Faizal. Saya nak saja letak pisau kat leher dia tu. Susah sangat nak buka mulut." keluh Mateen.

Bayang MateenWhere stories live. Discover now