"Marriage is not nature, if that's what you're looking for in the future with him."
"Nothing is harder than living in a world where we are not belong to. You'll live in denial, fake smiles, you'll push yourself and you'll fail."
"He has a future wife waiting for him without his knowing. It always works that way in his family, Lina."
"If you're in love with him, think what's the best for him. The best for you. Sebelum both of you pergi lebih jauh, lebih baik hentikan apa yang ada. It doesn't work like how you want it to be. Trust me, Lina."Terngiang-ngiang pesanan Hajah Mariam di telingaku. Sejak aku pulang dari minum petang bersama dengannya, aku diam membatu. Dalam kereta, aku cuba untuk berpaling ke tepi setiap kali air mata jatuh. Mateen yang berkali-kali bertanya keadaan aku, aku menggeleng saja. Perjalanan pulang ke rumah terasa jauh tadi. Tiba saja di rumah, aku meluru naik ke atas. Menghamburkan segala keperitan.
Ya Allah...
Apakah aku tidak layak untuk merasa bahagia yang sekejap?Saat cintaku betul-betul ikhlas dan suci, realiti menahan aku untuk terus mencintai. Sakit. Sakit sangat. Kerana aku tidak mampu mengubah realiti itu. Di mataku, dia cuma Abdul Mateen, lelaki yang menghuni ruang hati ini. Tetapi realitinya, dia ialah Pengiran Muda Abdul Mateen, pewaris takhta, berdarah istana. Aku hanya aku. Tiada apa yang istimewa atau selayaknya aku untuk dia.
Tiada.
Pintu diketuk, "Adelina..."
Mateen.
"Lina. Makan jom. Mak tunggu you." ajaknya.
Segera aku menyeka air mata, berdehem kecil. Aku meluru ke pintu bilik lalu membuka sedikit. Mateen yang berkemeja-T dan kain pelikat memandang aku dengan pandangan berbeza.
"Kenapa tak mandi lagi? You okey tak?" soalnya.
Aku mengangguk sambil memaksa satu senyuman, "Saya okey. Jom? Kita makan."Aku keluar dari bilik dan berjalan ke arah tangga, melewati Mateen yang masih berdiri di hadapan bilik aku. Muka yang sembab aku cuba sorokkan, tidak mahu Mak perasan. Di meja makan, Kak Yati sedang menghidang makanan untuk malam ini. Mak sudah berada di tempatnya, bersama bubur nasi di hadapan mata. Menunggu aku untuk suapkan makan malamnya. Lantas aku mengambil tempat di sebelah Mak, mencapai napkin untuk diletak di kolar baju Mak. Serkup yang tersarung pada kepalanya dibetulkan.
Kak Yati memandang aku. Tidak berhenti.
"L-Lina okey...?" soalnya takut-takut.
Aku mengangguk, "Okey. Duduklah, kak. Kita makan sama-sama."Mateen turun dari tingkat atas, mengambil tempat di sebelah aku tanpa bersuara. Sunyi meja makan itu. Tidak seperti selalu. Kak Yati duduk di sebelah Mak, menyediakan tisu andai makanan tertumpah. Bubur nasi berlauk ayam halia dipotong kecil itu aku tiup perlahan-lahan kerana baru dimasak.
"Bismillahirrahmanirrahim." ucapku.
Sudu aku suakan kepada Mak, namun Mak tidak membuka mulut.
"Mak tak nak makan ke? Sedap ni, Mak. Mak kena makan, nak makan ubat kejap lagi." pujukku.
Mak memberi respon, "Hmph..."
Wanita itu hanya melirik mata ke arahku. Aku tahu, Mak sebenarnya risau dengan aku. Nalurinya kuat.
Mateen tiba-tiba bersuara, "It's okay, Lina. I suapkan Mak makan."
Aku memandangnya. Tidak menjawab. Dia hanya tersenyum kecil lalu mencapai sudu dan mangkuk kubur dari tanganku. Kami menukar tempat, membiarkan Mateen menyuap Mak.
"Bismillah..." ucap Mateen.Mak makan seperti biasa. Dengan senyuman, Mateen menyuap bubur nasi dengan penuh kasih sayang, seperti ibunya sendiri. Aku hanya memerhati dua figura itu. Sayu. Mak sudah begitu rapat dengan Mateen. Hakikat bahawa apa yang aku lihat ini adalah sementara merobek hatiku lagi. Aku menunduk, menyembunyikan air mata yang mula bergenang.
YOU ARE READING
Bayang Mateen
Fanfic"Cukuplah. Sampai sini." -Noor Adelina "Sampai sini." -Abdul Mateen Inspektor NOOR ADELINA, anggota polis terbaik PDRM, sekali lagi ditugaskan untuk menyiasat kes berprofil tinggi yang melibatkan sindiket dadah yang berleluasa di perairan Asia Tengg...