Bab 7: Moonlight

1.6K 75 7
                                    

Aku memerhati lelaki yang diam seribu bahasa di hadapan aku ini. Ralitnya dia menggaul bubur ayam McD yang baru dibeli tadi, atas permintaan aku juga. Kalau tidak disebabkan wayar yang berselirat pada tangan dan kepala yang terasa berat, sudah lama aku cabut lari dan keluar dari hospital ini. Kali ini, aku harus berehat panjang. Bukan kerana aku tidak larat untuk menjadi seorang Inspektor Lina tetapi disebabkan Tuan Kassim sendiri sudah melihat keadaan aku dengan mata kepalanya. Mujurlah dia tidak bermalam di wad, cukup aku ada si Mateen ini di sini. Sudah cukup menyakitkan hati.

Kecil besar kecil besar saja aku melihat Mateen meniup sesudu bubur lalu dirapatkan pada bibirnya. Bubur itu disuakan kepadaku akhirnya. Setelah aku menunggu lama.
"Aku bukan babylah nak tiup-tiup bagai." omelku sebelum membuka mulut.
Mateen tidak memberi sebarang respon mahupun riak wajah. Dia hanya menyuap makan malamku dengan mulut yang berkunci.
"Hoi." tegurku.
Lelaki bermata helang itu memandang aku, selamba. Beberapa saat kemudian kembali memandang bubur ayam itu dan menyuap aku tanpa sebarang jawapan. Mengapa dengan mamat hati tisu ini?
Mateen menyua sesudu lagi namun kali ini aku menolak. Ya, aku tidak puas hati.
Dia akhirnya bersuara, "Makanlah sikit lagi."
"Tak nak." balasku pendek.
Dia berdecit, "Please, satu sudu."
"Tak nak." ulangku sambil berpeluk tubuh.

Lelaki bersweater Nike itu mengeluh lalu menaruh mangkuk bubur yang dipegang tadi ke atas meja di sebelah katilku. Dia membetulkan kerusinya, merapati aku. Melihat riak wajah Mateen, dia seolah-olah malas untuk melayan aku. Tetapi dia harus tahu bahawa aku seribu kali malas hendak melayan dia.

"You nak apa sebenarnya?" tanya dia, serius.
Aku agak terkejut dengan sisi seriusnya. Ya, aku pernah saja nampak dia bersifat serius begini lebih-lebih lagi kalau di tempat kerja. Namun di dalam wad ini, hanya aku dan dia, muka seperti mahu telan aku, cuak jugalah.
"Aku nak tahu apa masalah kau." jawabku, memandang dia dengan penuh sinis.
Dahinya berkerut, "Masalah I? Sekarang yang bermasalah ni, you. Bukan I."
"Excuse me? Aku bermasalah? Apahal pulak?!" lentingku.
Mateen merapatkan jurang antara kami lalu menjawab, "Yang ada atas katil sekarang, you. Yang bercucuk jarum sekarang, you. It's clear that you're having trouble now."
"How dare you..."

Aku meraih tangan ke atas namun tersentak kerana jarum yang jauh terbenam dalam urat tanganku. Aku menahan pedih, memejam mata. Sakit gila!

"Kan I dah kata. Sinilah. Mana yang sakit tu?" ujar Mateen bernada mendatar. Tangan kananku dicapai lalu diteliti dengan mata helangnya. Aku memerhatikan dia mengurut urat-urat yang kelihatan hijau pada kulit putih mulusku.
Aku menepuk bahunya apabila terasa pedih, "Sakitlah, gila!"
"Sabarlah. Siapa suruh angkat tangan tu? Dah sakit tak reti nak duduk diam pula." bebel lelaki itu.

Aku terdiam. Tidak ada kata untuk membalas omelan Mateen yang tidak ubah seperti arwah Ayah aku. Dia tidak memandang wajah aku langsung, hanya fokus mengurut tangan yang ada berbaki sakitnya. Setiap sentuhannya merentap amarah dalam jiwaku, perlahan-lahan lahar itu membeku. Sentuhan Mateen ada magis, menenangkan aku namun pada masa yang sama memberi satu rasa asing. Jantung aku berdegup kencang. Ah, mungkin aku tidak biasa begini. Bukan?

"I tidur sini malam ni. Sofa depan tu boleh jadi katil. Kalau nak pergi tandas, kejut I. Jangan nak mengada-ngada bangun sendiri. Okey, Lina?" arah Mateen dengan tegasnya.
Aku menggumam dengan mata masih memandangnya, "Kenapa bukan Kak Yati yang jaga aku? Kau balik tidur dekat rumah kita lagi bagus."
Dia akhirnya mengalih pandangan, "Nanti Mak tahulah yang you masuk wad. I tak nak dia risau pasal you. Lagipun I tak larat nak ride balik rumah kita. Better I tidur sini, esok pagi boleh terus pergi office."
Aku tidak bersetuju, "Sofa bed tu tak selesalah. Apa kejadahnya kau nak tidur situ? Elok-elok ada rumah, ada bilik aku bagi, tidur dekat rumah sajalah."
Jari jemarinya berhenti menari di tangan mulusku. Dia memandang aku tepat ke anak mata. Menusuk bagai sembilu tetapi bukan pedih hunusannya. Mencengkam jiwa.
Suara dalam Mateen menggetarkan, "Are you worried about me, Adelina?"

Bayang MateenWhere stories live. Discover now