Aku menghirup angin malam berselang-selikan bunyi cengkerik yang kedengaran. Pandangan aku lontar jauh membelah malam seraya rokok nan sebatang aku bawa ke bibir. Dihisap perlahan hingga ke benak lalu dihela perlahan. Bau tembakau memenuhi balkoni kamar tidurku, bersulamkan aroma kopi buatan Kak Yati sebentar tadi. Dengan berpijama satin kuning dan rambut yang masih lembap, aku beristirahat sebentar sebelum tidur jam 10 nanti.
Momen petang tadi di tanah perkuburan membelenggu mindaku. Aku asyik teringat kembali sewaktu Mateen melindungi aku dari hujan lebat. Berkali-kali aku mengingatkan diri aku sendiri. Mateen melakukan semua itu atas dasar ihsan, bukan atas dasar perasaan. Lihatlah. Aku layan dia pun tidak baik mana, tidak mungkin Mateen jatuh hati dengan aku. Ish, takkan! Kami baru berjumpa dan aku sudah mendepa tangan, mempersilakan dia untuk keluar dari rumahku ini. Kalau tidak disebabkan soal kerja, sudah lamalah aku halau dia keluar.
Tuk! Tuk!
Aku menoleh ke arah pintu bilik. Ah, dia lagi!
Aku mengerling tajam ke arah Mateen yang berkemeja-T hitam sendat bersama tuala mandi pada bahunya. Dia menjengah masuk dan memandang aku.
"Can I come in?" pinta Mateen.
"Kalau tak malu masuk bilik perempuan, masuklah." balasku sinis lalu menyuakan rokok pada bibir.
Mateen menguak pintu bilik dan masuk namun dia hanya bersandar pada dinding bilikku, benar-benar di sebelah pintu. Tangannya disilangkan, matanya memandangku, bibirnya menguntum senyuman nipis.
"I ingat you tak smoking." ujarnya spontan.
Aku mengusap rambut panjangku, "Memanglah. Tapi sejak ada kau dalam hidup aku ni, vape pun tak jalan. Kalau peparu aku jahanam, kau sajalah sebabnya. Tak ada orang lain."
Dia tersengih lalu menunduk memandang lantai sebelum membalas, "Jaga sikitlah kesihatan you tu, Lina. You kena hidup lama, nak jaga Mak tu. Kalau kanser nanti, susah. Selagi boleh kawal ni, kawal. Nanti dah jadi heavy smoker."
"Tak payahlah nak nasihat aku. Kau pun lebih kurang aku saja sebenarnya. Tapi mana main rokok jual kedai mamak macam ni. Kau main dengan cerut saja, kan?" sinisku dengan pandangan yang masih ke arah panorama malam Kuala Lumpur.Aku tidak tahu gaya hidup seperti mana yang dia ada selama ini. Mewah itu semestinya. Aku tahu semuanya bukan indah untuk dia tetapi dia pasti cukup seronok dengan kekayaan yang diwarisi. Satu hela nafas, beribu-ribu ringgit masuk. Goyang kaki pun, tidak ada hal. London itu ibarat rumah keduanya. Banglo di sana pun belum tahu besar mana. Lagi mahu menyusahkan aku kerja di sini.
"Dahlah, Lina. I datang sini bukan nak gaduh dengan you lagi. Dah malam dah pun. I cuma nak inform yang Tuan Kasim minta kita turun esok. Budak-budak dah dapat detect orang-orang penyangak tu dekat area KL. Esok kita bukan nak ambush. Kita cuma nak dapatkan maklumat sebanyak yang boleh. I am very sure, orang-orang KL tu cuma ikan bilis saja. Kita nak tangkap jerung, bukan senang." jelas Mateen.
Aku menaruh puntung rokok pada bekas di atas meja lalu memusingkan kerusiku. Jauh jarak antara aku dan Mateen.
"Kita kena cover esok?" soalku. Serius.
"Yes. Diaorang mesti kenal you, Lina. Kalau you tak cover, kita semua habis. That's why I'm here, I want to discuss about this. Kita nak cover macam mana?" soalku Mateen kembali.
Aku bangkit dari kerusi dan membutang baju pijama yang mendedahkan sedikit lurah dada. Aku tahu Mateen memandang tepat ke arahnya kerana ketika dia bercakap denganku, dia tidak memandang mata aku pun. Bukannya aku ingin 'belanja' dia tetapi aku tidak tahu pun dia mahu masuk ke dalam bilik aku. Dalam bilik, suka hatilah aku nak pakai bagaimana.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan melabuhkan punggung di atas katil, "Aku lagi risau nak cover kau, Mateen. Aku takut ada perempuan nampak kau, rosak semuanya nanti. Pasal aku, kau jangan risau. Tahulah nanti."
"Oh God. This fame is killing me." gumam lelaki itu seorang diri.Aku tersenyum sinis. Begini rupanya rasa tidak bebas.
"Itulah. Siapa suruh melayan anak-anak dara orang tu? Kau hidup senyap-senyap dahlah." komenku dengan wajah polos.
Mateen mengerutkan wajah, "Hello? Since when I layan diaorang tu? I don't even know them."
"Heh. Tak layan konon. Kau dah tahu diaorang pantang kalau kau post gambar kau tak pakai baju, kau post lagi buat apa? Rosak semua perempuan dekat Malaysia ni. Belum lagi yang dari Singapura, Indonesia semua tu. Kau suka sangat diaorang komen macam-macam, komen desperate gila macam dah gatal sangat, tak ada lelaki lain. Engkaulah puncanya! Layan sangat diaorang tu." bebelku panjang. Sungguh aku geram dengan Mateen. Dia tahu perempuan-perempuan itu paling suka tahap obses kalau dia mendedahkan tubuhnya yang konon sasa itu. Lagi orang suka, lagi Mateen buat. Membiarkan anak-anak gadis Melayu hilang kesantunan dan sifat malu. Dia saja mahu merosakkan anak bangsa. Apa? Ingat aku tidak tahu? Aku bukan bodoh pun.
"Kalau semua perempuan tu tahu yang I dan you berdua dalam bilik ni, meraung tak berlagu diaorang tu." ujar Mateen dengan ketawa kecil.
"Sukalah? Suka buat hati perempuan merana?"
Mateen tersenyum herot, "Hati you merana ke, Lina? Duduk dengan I?"
YOU ARE READING
Bayang Mateen
Fanfic"Cukuplah. Sampai sini." -Noor Adelina "Sampai sini." -Abdul Mateen Inspektor NOOR ADELINA, anggota polis terbaik PDRM, sekali lagi ditugaskan untuk menyiasat kes berprofil tinggi yang melibatkan sindiket dadah yang berleluasa di perairan Asia Tengg...