Bunga. Bunga ini bagi aku amat berharga kerana hatinya susah ditawan. Mungkin dia ada sebab tersendiri.
Hari ini, Jumaat - dalam sejarah aku nampak Bunga bersama seorang lelaki yang aku tidak kenali. Sedang berjalan sambil berbual tapi aku tidak tahu apa dibualkan.
Setelah lelaki misteri itu pergi ke tempat lain aku pun menyapa Bunga.
'Hi awak'
'Hi'
'Siapa lelaki tadi tu nampak handsome juga badan pun sasa macam askar'
'Hehe, Itulah teman lelaki saya. Dia memang askar pun'
'Ouh,patutlah badan sasa'
'Kalau tak ada apa saya nak balik hari pun dah medung nak hujan'
'Betul la awak nanti ada masa kita jumpa lagi'Hati ku remuk dan hancur bagaikan kaca yang dibaling. Hati ini rasa terlalu sakit. Tapi apakan daya dia sudah berpunya. Kalau aku ada jodoh dengan Bunga adalah,kalau tak ada jodoh dengan Bunga maka jodoh aku orang lain.
Lalu aku terdengar bunyi guruh aku lari dengan cepat menuju ke arah moto risaukan hujan lebat tidak sampai aku ke rumah nanti.
YOU ARE READING
Cinta Yang Halal
RomanceAkan ku perjuangkan cinta yang halal demi mempertahankan cinta bisikan Allah dan menghalangkan diri daripada gejala maksiat yang dilaknat [Sediakan tisu sebelum membaca]