Aku seorang nahkoda kapal yang bekerja sebagai pembawa kapal dan belayar diseluruh lautan dibumi indah ini. Disetiap pelayaran aku menjelajah dunia dari situ aku terjumpa engkau yang indah bak intan pertama berkilau. Dari situ juga aku kutip engkau menjadi cinta yang kekal dan sejati serta halal dari sebatang pena. Sejak hari itu aku telah belayar dihati engkau untuk menunjukkan cinta ku ini hanya untuk kau seorang sahaja.
Mengapa kutip? Ya aku sebut sedemikian bukan kerana tidak ikhlas mencintai akan tetapi aku telah sebut perkataan itu kerana ialah menunjukkan maksud lebih mendalam. Kerana aku telah kutip dia bagaikan intan permata yang dibuang bagai kaca yang tidak berguna oleh lelaki-lelaki mencintainya demi atas mengambil kesempatan kebaikan Bunga.
__________Aku teringat waktu dahulu Bunga telah dibuang dan diabaikan bekas teman lelakinya yang tidak berguna kerana mengambil kesempatan atas kebaikan Bunga. Bunga telah dipergunakan seperti hamba yang tiada harga bagi lelaki tersebut.
Bunga menceritakan segalanya kepada aku semasa dia bersama bekas teman lelakinya. Hidupnya seperti boneka kayu yang terikat dengan tali ditangan dan jari. Hidup terkongkong seperti burung di dalam sangkar.
________
Aku dan Bunga kembali berkhidmat kepada kapal. Seperti yang ditetapkan Bunga dan aku satu kapal yang sama. Bunga sebagai ketua chef perkapalan dimana aku pula sebagai ketua besar kapal kerana aku seorang nahkoda kapal.
'Huhh,telah lama juga aku tinggalkan kapal'
'Itulah abang'
'Hari ini kita berdua kena belayar ke Turki untuk menghantar kontena-kontena ni'
'Baik boss...hahaha sudahlah saya nak pergi siapakan dapur nanti tak makan baru tahu'
'Haa pergi cepat'.__________
Setelah berbulan lama di atas permukaan lautan membiru bersinar seperti permata terkena pantulan cahaya sampai juga aku dan Bunga di Turki.
'Yahooo. Sampai juga dekat Turki kan abang'
'Haa ye sampai dah pun jangan nak macam-macam pula dekat sini'
'Aii aii chief'
'Sekarang kita kena rehat dulu dekat Turki 5hari 4malam sebelum sambung perjalanan pulang ke Malaysia'.
YOU ARE READING
Cinta Yang Halal
RomanceAkan ku perjuangkan cinta yang halal demi mempertahankan cinta bisikan Allah dan menghalangkan diri daripada gejala maksiat yang dilaknat [Sediakan tisu sebelum membaca]