part 15 :- Sepeda

86 5 0
                                    

Sepeda. Tidak semua orang tahu apa itu sepeda. Sepeda ialah sebuah basikal. Setelah cinta kita yang halal terjalin akan ku teringat dikala dahulu sedang kita bercinta sebelum cinta yang halal terjalin aku selalu mengayuh sepeda hampir setiap hari untuk berjumpa dengan engkau. Lalu aku mengetuk dan memberi salam untuk membawa engkau berjalan ditaman engkau suka kerana penuh dengan flora dan fauna.
Engkau tersenyum melihat seekor arnab melompat menuju ke arah  sebuah kolam lalu terjatuh ke dalam kolam tersebut dan engkau tertawa kecil.

________

Aku teringat waktu kau hampir terjatuh semasa membawa sepeda bersiar di kala senja untuk pergi ke surau untuk solat maghrib.
Semasa engkau membawa sepeda itu kau terlanggar lubang kerana tidakkan perasan lubang itu.

'Eh eh tolong nak terjatuh' terlatah Bunga semasa terlanggar lubang.

Aku pun tertawa kecil melihat terlatah Bunga.

'Ish awak ni lain kali bawa sepeda tu pasang la lampu kan sudah tak nampak lubang'
'Hehe, baik awak'
'Sudah cepat kayuh nanti lambat pula sampai ke surau'.

________

Sekarang sepeda hanya tinggal memori kerana Bunga dan aku sibuk bekerja di atas 'ikan besi' yang 'berenang' atas permukaan laut membiru.

_______

Setelah lama aku dan Bunga berenang bersama di atas ikan besi itu sampai jua ke tanah air Malaysia tercinta.

Bunga berasa amat gembira kerana telah sampai di Malaysia dan dapat berehat lama untuk menghilangkan rasa penat semasa belayar dengan aku di atas laut membiru.

_______

Beberapa bulan kemudian Bunga dan aku dikejutkan dengan pemergian datuk dan nenek Bunga kerana sakit tua.
Bunga peluk aku dengan erat sambil menangis. Sekarang Bunga tiada siapa melainkan aku,ibu dan ayah ku.
Bunga menangis dengan lama sampai tidak sedarkan diri di atas bahu ku kerana penat menangis.

Setelah 5 bulan pemergian datuk dan neneknya Bunga kembali seperti biasa. Dia mula kembali bekerja dengan tenang dan selesa.

Cinta Yang HalalWhere stories live. Discover now