part 18 :- Harapan palsu (Bunga)

73 6 0
                                    

Semestinya semua orang tahu apa harapan palsu atau "fake hope". 

Hampir semua orang lelaki aku bercinta telah memberi aku harapan palsu.
Apa yang dijanjikan? Janji bulan dan bintang. Tapi apakah yang aku dapat? Aku hanya dapat harapan palsu dari lelaki-lelaki bermulut manis.

________

Sehingga satu hari aku bertemu dengan seorang lelaki yang amatlah baik hati. Sehingga dia sanggup bersusah payah tolong aku.

________

Bagi aku lelaki ini sangatlah berharga dan susah untuk dapatkan dia kerana hati dia amatlah keras dan tertutup untuk perempuan lain. Sehinggalah sekarang aku sudah dipertemukan jodoh dengan lelaki itu.

Aku pun jatuh hati terhadap dia. Aku tidak tahu selama ini dia mencintai aku dalam diam kerana dia sama seperti aku takut dan malu untuk menceritakan perkara sebenar.

_________

Setelah bertahun lama aku berkahwin dengan si dia. Dia menjanjikan aku tanah. Mengapa tanah? Sebab tanah mudah dipegang dan dilihat. Tetapi aku dapat lebih dari tanah. Segala janji dia memberikan aku bulan dan bintang. Janjikan tanah tapi aku dapat bulan dan bintang.

Aku bersyukur kerana diperjodohkan dengan lelaki sebegitu rupa walaupun bukan orang kaya asal bandar. Biarlah hidup ini susah janji aku dan dia tidak susahkan orang lain.
Aku berasa bahagia dapat hidup dengan lelaki itu.

Takdir bertemu jodoh aku dengan lelaki tersebut sangatlah kuat sehingga kami tidak percaya dengan kata-kata dan harapan-harapan palsu yang diungkap dari si peniru cinta.

Janganlah sesekali menjanjikan bulan dan bintang jika tidak mampu memperniatkan seseorang itu menjadi pasangan halal kamu. Kerna akan timbulkan perasaan sakit hati dan akan memberikan dia harapan palsu. Dari situ juga kamu mendapat dosa kerana telah memberi harapan palsu.

Biarlah janjikan tanah agar hidup bahagia sehingga ke akhir hayat. Dan biarlah ikhlas mencintai seseorang itu demi maruah dan menjadikan seseorang itu halal bagi kamu. Maka kamu akan dapat ganjaran lebih besar dari apa yang dijanjikan. Wahai cinta; aku sayangkan kamu demi menjadikan kamu pasangan yang halal selamanya.

Cinta Yang HalalWhere stories live. Discover now