part 19 :- patah hati (Bunga & Aku)

77 6 0
                                    

Bunga.
Aku telah patah hati apabila bercinta dengan si peniru cinta. Ia ungkapkan kata-kata yang membuat hati aku ini cair bagaikan ais terkena sinar sang suria yang membahang kepanasan.

Setiap perkataan diungkapkan membuat hati aku berbunga-bunga dan mencair disebabkan terkena ayat palsu dari si peniru cinta.

Sejak dari hari itu aku tidak percayakan lelaki kecuali seorang lelaki yang aku mencintainya dari dahulu lagi.

_________

Aku.
Aku berasa patah hati apabila terlihat si Bunga aku bercinta dengan lelaki lain.

Terasa sedikit kecewa akan tetapi aku berdoa kepada-Nya agar kuatkan hati aku dan gagah setiap rintangan yang diuji.

Makin lama aku melihat Bunga bercinta dengan lelaki si peniru cinta aku rasa tiada lagi harapan untuk mengambil dia dari lelaki itu.
Aku silap. Setelah lama aku baru aku tahu bahwa Bunga aku cintai dalam diam itu telah putus cinta dengan si peniru cinta.

_________

Apabila Bunga patah hati aku muncul sebagai hero untuk merawat hati yang telah dipermain bagaikan boneka terikat ditangan dan jari-jari hitam yang jahat.
Aku musnahkan tangan dan jari-jari itu dari hidup si Bunga sehingga aku berkahwin dengan Bunga.

Setelah lama berkahwin dengan Bunga aku cintai aku hadapi pelbagai rintangan hidup; susah senang bersama agar kami tahu apa itu erti cinta sejati dan kekal sehingga Jannah.

Bunga dan aku sentiasa bersama walaupun dimana sahaja. Melainkan kami sedang melepaskan hajat besar dan mandi. Tapi adakala kami bersama. Sebab perbuatan kami telah halal dan juga dapat pahala.

Kami bersama merawat hati yang patah ini dan hidup bahagia selamanya seperti dijanjikan diawal pernikahan kami dari sebatang pena.

Cinta Yang HalalWhere stories live. Discover now