Lusa dah nak kem. Dah sah minggu ini busy buat preparing untuk student and pengawas yang terlibat.
( Balik semula kat bab 'terasa ada'. Ada note atas tisu. Actually sebenar yang ditulis." I miss you baby") ...((kat bab ni sy sambung kisah lama kat tapak khemah. Sorry semua sy hampir terlupa kat situ tergantung. Maklumla memori cinta lama. 😂)) Ok..lets go throwback with me guys..
Seminggu sebelum kem. Balik kampung. Lepak ngan Along. Jumpa Nurul Adrianna dlm bilik pd Ahad petang tu. Malam tu tak duty,berkepit pula dengan Ros. And minggu tu juga senior yang lebih dikenali upper Six. Yang masuk form 6 tau kot maksud saya ni. Senior ni ada pula trial STPM . Masing-masing busy. Nurul Adrianna memang jangan cari..bab study bagi ja dia. Aku busy dengan preparation masuk Kem. Segala dokumentasi,atur cara,sapa terlibat dan termasukla 'makan apa nanti'.. aku and the gang kena buat. Cikgu cuma pantau. So kat kem ni memang pengawas buat keja.
'Perkhemahan tahunan kokurikulum 200*'
Malam Jumaat, bertungkus lumus aku dan kawan-kawan pengawas yang lain packing barang,buat checklist dari A-Z. Macam orang gila. Nak tak nak...aku dah macam leader kat group pengawas ni. Aku incharge bahagian logistic..tapi sebab muka aku macam bole harap. Cikgu Kamaruddin minta tolong pula tengok-tengokkan group pengawas bahagian kebajikan dan pengangkutan. Layan ja babe.. penat tu kira belakang. Yang penting kem tahun ni gempak.
Group aku.
-kamil
-shikin
-jamaluddin
-raisya
-ain
-pijaDahla ramai pengawas perempuan group aku. Apa la Ketua Pengawas ni buta agaknya. Lantakla. Semua junior pengawas ni kecuali Hamzah sebaya aku dan selaku penolong cuci kaki dan tangan group aku. Pija, budak bermata sepet,163cm ketinggian,ramping,berkulit cerah dan manis orangnya. Pilih nak join group aku sebab aku. Budak-budak. Biar dan tak nak amek tau. Mungkin sebab perwatakan aku yang tegas..cewahhh. serius bila buat keja. Marah bila perlu. And kat luar jadi seperti hantu. Berubah 360 darjah jadi budak nakal. Suka menyakat dan mengusik. Antara sebab-sebab aku diminati budak2/pengawas junior. Yang kebanyakkn form 4. Perasan ke apa. Tapi begitu la..
"Kak Mel, khemah ni ada dua rosak. Nak bawa sekali ke?"
"Bawa je. Bole guna tali or cari kayu ke buluh ke untuk standing khemah. Bukan tido sangat dalam khemah nanti."
"Ouh. Baik Kak Mel."
"Korang dah makan belum?" Soalku pada Pija,Ain dan Ikin. Raisha busy tolong budak laki dua orang tu. Hah...Raisha ni tomboy. Elokla tu angkat barang-barang.
"Lom lagi. Tunggu hat ni settle." Jawab Pija sambil membetulkan anak tudungnya.
"Ehhh Ain ko tolong la member kau tarik tudung tu..dah macam apa dah. Ingat pro baiki tudung satu tangan?"
Semua tergelak. Aku membalas senyuman Pija. Dia manis. Aku suka bila tengok dia tersenyum. Budak clumsy.
"Kak Mel,nak apa-apa tak?Sebab nak pegi koperasi ni. Lagi 30 minit koperasi nak tutup. "
"Air teh bunga kotak satu. Pastu kacang. Nah Pija,Rm 10 cukup kot"
"Eh,tak apa Kak. Adik belanja. " Pastu tiga2 blah. Adik??? Er geli aku rasa bila mereka bahasakan diri Adik. Seriusss aku tak biasa. Sebab Adek tu nama panggilan aku kat umah. Hahahaha. Koperasi memang buka malam tapi sekejap la sejam ja.
"Ehem,sorang je ke?" Alahaiiii suara yang dirindui. Bau wangi dia pun dah buat aku rasa bersemangat. Nurul Adrianna. Selalu membuat rasa hati aku bergetar. Rasa yang selalu menginginkan dirinya. Kena cinta Nurul Adrianna memang parah. Angau siot.
"Haih.. takkan dah jadi bisu sayang?" Dia membelai rambut ku lalu merebahkan punggungnya bersebelahan ku. Duduk atas gelanggang bersaksikan bintang-bintang dengan cahaya bulan. Kemudian,pipu ku dicubit.
YOU ARE READING
Senior.Aku Jatuh Cinta
RomanceKISAH Benar Belaka!!!!? xtfkr pun jth cinta dgn sorg perempuan. but i like her so much. cara dia bckp..the way she looking..her smile.. her eyes..her lips. her hair.. body mmg sedap kalo dpeluk babe.. just the way you are..mcm lagu tu aku mbygkn aka...