18 | Aku Pilih Kamu

2K 66 4
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
Beberapa jam sebelumnya...

Jantung aku berdegup kencang tatkala melihat Mateen melangkah yakin menghampiri aku dan Haiqal. Walaupun dari jauh wajahnya nampak bengis, namun dia memang pandai berpura-pura. Sampai saja ke meja yang aku duduk, terus tersenyum manis. Aku pula yang rasa berdebar dan kurang selesa. Haiqal terkejut dengan kehadiran Mateen. Mungkin dia sendiri tidak percaya akan menemui Mateen di lapangan terbang.

"Hai", sapaan dari Mateen itu membuatkan Haiqal berhenti menyuap makanan ke dalam mulut. Dia mendongak untuk melihat gerangan orang yang menegur. Aku di depan Haiqal sudah tidak tahu bagaimana mahu memberikan reaksi. Badan aku sedikit menggigil dan tangan menjadi sejuk tiba-tiba.

Aku takut? Yes! Sangat takut. Aku takut Mateen mengamuk dekat situ.

"Hai! Mateen right? Opss..sorry! Your Highness", ujar Haiqal. 

Mateen hanya tersenyum. Eh! Pandai pula dia berpura. Tadi bukan main tenung aku macam nak terkam. Mereka berjabat tangan. Senyum terbit dari bibir dua-dua lelaki ini.

"Just Mateen. Lisa's friend is my friend too", jawabnya sambil menjeling ke arah aku dengan senyum sinis. 

Okay, this is not good. Berdebar aku melihat pertemuan dua orang lelaki ini. Namun keduanya nampak bersahaja. Haiqal mempelawa Mateen duduk bersama kami di situ. Dia duduk di sebelah Haiqal, berdepan dengan aku manakala Samantha di sebelah aku. Aku tidak tahu perasaan mereka berdua, yang penting hati aku sedang berdebar-debar sekarang ini. Tidak dapat membaca fikiran dua lelaki di hadapan aku ini sekarang. Aku hanya mampu berdoa supaya tidak ada kata-kata yang menyakitkan hati diucapkan kedua mereka terutama Mateen. Aku kerling ke arah Samantha yang juga nampak tidak senang duduk. Risau seperti aku rasanya.

"Where did you stay during your holiday here?", tanya Mateen memecah rasa janggal kala itu. Aku memandang Haiqal yang sedang menghabiskan sisa minumannya. Haiqal memandang Mateen. Aku dan Samantha memandang Haiqal, menanti dia memberikan jawapan. Sejujurnya aku sendiri tidak sempat bertanya kepada Haiqal tentang perkara itu.

"Empire Hotel & Country Club. Hope not so far from here", balas Haiqal sopan.

Mateen hanya mengangguk-anggukkan kepala. Pandangannya dialihkan kepada aku yang dari tadi hanya diam. Terasa canggung. Di depan aku sekarang ex-boyfriend dan boyfriend. Boleh bayangkan macam mana perasaan aku ketika itu?

"Nice choice. There's lot of things you can do there", kata Mateen. "By the way, the Polo tournament starts tomorrow. So maybe you can stop by to watch?", sambungnya lagi. 

Aku hanya memerhatikan dua figura ini berbual. Langsung tidak mahu mencelah dan aku tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Asalkan tiada kata-kata yang menyakitkan hati, aku okay saja mereka berbual berdua.

"It will be great. Sure! I will stop by", balas Haiqal. Sangat bersahaja dan aku tahu dia sedang sembunyikan perasaan sebenarnya.

"Go back to Nurul Izzah ASAP!", bisik Mateen sewaktu aku dan Samantha menghantarnya ke lobi balai ketibaan. 

Perlahan tetapi kasar. 

Seperti Mateen yang selalu.

***

Sudah setengah jam aku masuk mengadap lelaki ini. Setibanya aku di Nurul Izzah tadi, aku terus mengadap Mateen di pejabatnya di tingkat tiga istana. Sejak aku masuk ke dalam pejabat dia, dia hanya membisu. Berdehem pun tidak. Hanya menumpukan ke skrin laptop di hadapannnya dan sesekali menaip sesuatu. Pulang dari lapangan terbang tadi, dia tidak naik satu kereta dengan aku. Itu dah kira bernasib baik. Kalau tidak sah-sah dari dalam kereta aku dah kena tadah telinga untuk dengar makian dia.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now