37 | Berakhir Semua

1.8K 72 9
                                    

Pintu utama yang dihempas kuat mengejutkan Sofea yang sedang menikmati angin malam di balkoni kondomonium mewah di Jalan Ampang ini. Segera dia mematikan api puntung rokok yang dikepit antara dua jari ke dalam bekas abu. Botol wiski di tangan diletakkan di atas meja.

Wajah bengis Haiqal menghampiri Sofea yang baru masuk dari luar balkoni. Sedikit menggentarkan Sofea namun dia cuba berlagak selamba. Senyuman terukir di bibirnya untuk menyambut kepulangan Haiqal.

Pang!

Terasa perit di pipi kanannya tiba-tiba. Sofea mengusap pipinya yang perit.
"What's wrong with you?!", bentak Sofea dengan nada tinggi. Berkerut dahinya memandang Haiqal. Kembang kuncup hidung Sofea menahan marah.
"Siapa benarkan you jumpa Lisa? You tahu tak you dah hancurkan semuanya!", kata Haiqal pula.

Sakit hatinya dengan perbincangan tadi saja belum reda, wanita ini pula menambah rasa sakit hati itu.

Sofea tersenyum sinis dan berkata, "You are mine, Qal. You ingat I nak benarkan you kahwin dengan dia?". Sofea rebahkan badannya di sofa dekat ruang tamu. Haiqal merengus kasar. Dia merapati Sofea, tunduk memandang tepat ke arah wanita itu. Nafasnya menjadi sudah tidak teratur. Dia menahan perasaan marah itu sejak dari rumah keluarga Elisa tadi. Tepat matanya memandang Sofea yang sudah bersandar pada sofa. Namun wanita ini langsung tidak gentar dengan renungan tajam Haiqal.

"You ruined my plan. You ruined everything. This gonna be the end of our marriage", kata Haiqal dengan nada kasar dan dalam. Membuntang mata Sofea mendengar ayat yang akhir itu. Dia berdehem, cuba untuk menenangkan keadaan tegang antara mereka kala ini. Dia tidak mahu berpisah dengan Haiqal. Tidak untuk kali kedua. Dengan bayi dalam perutnya yang semakin membesar, siapa yang akan berikan segala keperluan untuk bayi ini jika bukan bapanya?

"Qal, I'm sorry. Please don't do this to me", rayu Sofea. Dia meletakkan tapak tangannya pada dada Haiqal. Jelas terasa degupan jantung lelaki ini yang laju. Tahulah Sofea bahawa Haiqal benar-benar marah.

Haiqal merengus kasar. Dia menjarakkan dirinya dari Sofea lalu melemparkan badannya di atas sofa, dekat dengan wanita itu. Mata dipejam rapat. Kepalanya berdenyut-denyut sakit, pening memikirkan peristiwa tadi. Elisa sudah membuat keputusan begitu dan Haiqal tahu pujuk rayunya tidak laku lagi. Jika dia tidak putuskan pertunangan ini, sudah tentu ramai yang akan tahu tentang kisah hitamnya. 

Sanggupkah dia menjadi bualan di kalangan golongan korporat tentang skandal yang memalukan ini? Dengan keadaan syarikatnya yang semakin tenat, skandal seperti ini sudah semestinya akan menjatuhkan prestasi syarikat yang sudah hampir 20 tahun terbina ini.

Sofea bangun lalu duduk di sebelah Haiqal. Lengan suaminya itu diraut perlahan. Haiqal buka mata, memandang wajah sayu Sofea. Haiqal lepas keluh perlahan. Salah dia kerana membuka semula hatinya untuk wanita ini. Jika dia tidak memberi peluang kepada Sofea dulu, semua ini tidak akan berlaku.

"I am so sorry, Qal. I cuma tak sanggup kehilangan you", ucap Sofea perlahan. Haiqal tersenyum sinis mendengar ucapan itu. Wanita ini memang tidak akan pernah hilang dia. Cuma Haiqal yang tidak berterus terang dengan Sofea tentang niatnya.

"I will lost everything. Do you think you can stay with me when I'm have nothing?", sinis soalan itu Haiqal ajukan kepada wanita di sebelahnya. Sofea tergamam mendengar soalan seperti itu. Tidak mengerti maksud soalan Haiqal itu. Haiqal kerling wajah keliru Sofea dan tersenyum sinis. "You didn't get what I mean. Don't you?", soal Haiqal lagi. Sofea hanya menggeleng. Haiqal membetulkan duduk.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now