"Welcome to Jakarta, Qal!", ucap Sofea sambil mendepakan kedua tangannya untuk memeluk Haiqal namun tidak disambut Haiqal.
Sambil tersenyum, ringkas Haiqal menjawab, "Thank you"Dua bagasi yang penuh dengan pakaian dan segala macam benda berkaitan dengan projeknya di Jakarta diletakkan di atas troli lalu ditolak menuju ke parkir kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Kedatangannya kali ini disambut Sofea, seorang model yang berpusat di Jakarta. Alang-alang sudah ke sini, elok juga Sofea menjadi pemandu pelancongnya walaupun sudah acapkali Haiqal ke Jakarta sejak dua tahun lalu.
Pertemuan semula dengan Sofea pada satu majlis di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu membuatkan hubungan mereka kembali rapat. Walaupun tidak banyak perubahan pada Sofea namun Haiqal selesa mendampingi wanita yang suatu masa dulu pernah menjadi suri di hatinya.
"I thought you going to celebrate new year with your fiance?", soal Sofea saat mereka berada di dalam kereta, menuju ke Pullman Jakarta Central Park Hotel. Hotel pilihan Haiqal setiap kali ke Jakarta kerana dekat dengan tapak projek seliaannya di sini. Haiqal Danial mendengus kasar.
"She already went back to Brunei", balas Haiqal. Sakit hatinya apabila Elisa terpaksa pulang lebih awal seperti yang dijanjikan. Sebab itu juga Haiqal mengambil keputusan untuk ke Jakarta lebih awal.Sofea ketawa mendengar jawapan Haiqal membuatkan hati lelaki itu berasa sebal. Direnungnya wanita yang duduk di sebelahnya ini dengan renungan tajam.
"Kenapa you ketawa? I sakit hati ni tahu tak?", kata Haiqal kasar. Sudahlah hatinya sakit kerana Elisa terpaksa pulang awal ke Brunei dengan alasan ada kerja penting yang perlu diselesaikan, Sofea pula mentertawakan dia. Sofea tutup mulut, menahan tawanya tadi."Kenapa dia balik sana awal? Hari tu you juga yang cakap nak celebrate new year with her dekat KL", tanya Sofea. Beberapa hari lepas dia ada mengajak Haiqal datang ke Jakarta lebih awal tetapi lelaki ini menolak dengan alasan mahu meluangkan malam tahun baru bersama tunangnya. Tapi tidak sangka Haiqal menghubunginya semalam dan menyatakan hasrat untuk ke Jakarta lebih awal.
Haiqal lepas keluh berat. "Ada hal penting katanya. Entahlah. I malas nak fikir. Sakit hati", jawab Haiqal perlahan. Sofea tersenyum nakal mendengar jawapan Haiqal itu lalu melentokkan kepala ke bahu Haiqal.
"I kan ada. You can spend your new year eve with me", kata Sofea manja. Jemarinya bermain-main di dada bidang Haiqal. Lelaki itu hanya membiarkan saja kelakuan Sofea. Sikit pun tidak ditegah. Haruman rambut Sofea menerjah masuk ke rongga hidungnya membuatkan Haiqal sedikit terbuai.Sofea Afrina. Suatu ketika dulu wanita ini pernah singgah di hatinya. Pernah menjadi wanita yang dia sayang. Namun kerana keseronokan menjadi seorang model di pentas peragaan antarabangsa, Sofea mengambil keputusan untuk meninggalkannya dan hidup bebas. Lamaran Haiqal pernah ditolak oleh wanita ini dan membuatkan hatinya terluka. Wanita ini kembali hadir saat Haiqal merasa jauh dengan Elisa beberapa bulan lalu, ketika Elisa mengambil keputusan untuk bekerja dengan Mateen.
"I'll meet you tonight?", tanya Sofea selepas Haiqal mendaftar masuk ke bilik hotelnya. Haiqal hanya angguk dan mengukir senyuman buat wanita ini. Badan yang letih mahu diberikan rehat dahulu. Sofea menghadiahkan ciuman di pipi Haiqal dan terus berlalu meninggalkan Haiqal di bilik hotel.
Kaki yang berat membawa langkahnya menuju ke katil bersaiz Queen lalu direbahkan badan di atas tilam empuk. Haiqal pejam mata rapat dengan lengan diletakkan di dahinya. Penat terkejar-kejar dari pagi tadi saja belum hilang. Sebelum ke Jakarta, sempat juga dia menghadiri beberapa mesyuarat dengan ketua-ketua projek syarikatnya.
Wajah Elisa muncul dalam bayangan. Haiqal buka mata dan merenung siling bilik hotel yang terletak di bahagian Jakarta Barat ini. Terbit rasa rindunya pada gadis itu, tunangannya. Seminggu Elisa di Kuala Lumpur, hanya sekali dia bertemu gadis itu. Selebihnya mereka hanya berhubung melalui telefon seperti selalu. Sama saja seperti Elisa tiada di Kuala Lumpur.
YOU ARE READING
Love You, My Prince
Fanfiction[Was Antara Kau, Dia & Dia] Saat Mateen melihat Elisa buat kali pertama, hatinya sudah mula menyukai gadis ini. Dalam masa yang singkat, dia berusaha untuk mengenalinya. Tetapi Elisa sudah membina tembok yang kukuh untuk menepis seorang lagi lelaki...