'Ya Allah! Apa you buat ni, Mateen...?'
Bisikku dalam hati saat kereta yang aku dan Mateen naiki berhenti di depan Menara Eiffel. Sedari dalam kereta tadi, aku sudah rasa tidak sedap hati. Lelaki di sebelah aku ini pula hanya membisu. Bila ditanya, jawapan 'surprise'. Aku pula yang berdebar tak sudah-sudah.
Makin dekat dengan menara ini, makin aku yakin yang aku bukan menghadiri sebarang majlis dengan Mateen. Masakan Mateen mahu berdampingan dengan aku dalam sebarang majlis yang pastinya akan mendapat perhatian walaupun luar dari Brunei.
"Shall we...?", tanya Mateen sambil menghulurkan tangan kepadaku setelah pemandu membuka pintu di sebelahku. Aku menjadi teragak-agak untuk menyambut huluran tangannya itu. Namun senyuman yang terukir di bibir Mateen mampu meyakinkan aku.
Dengan perlahan aku menyambut huluran tangan Mateen dan keluar dari perut kereta. Elok juga Mateen menghulurkan tangan kerana aku agak kekok menggayakan heels ini. Agak tinggi bagi aku dan aku tidak biasa berkasut tumit tinggi. Kalau jatuh ni, buat malu saja.
Aku hanya menuruti langkah Mateen. Genggaman tangan Mateen kejap, seakan tidak mahu melepaskan. Entah kenapa aku rasa bagai ada magnet yang membuatkan aku untuk terus lekat dengan Mateen. Terasa bagai di awangan, aku langsung tidak sedar yang kami sudah berada di tingkat dua, Menara Eiffel.
"Le Jules Verne"
Aku terkesima saat melangkah masuk ke dalam restoran fine dining yang mempunyai chef bertaraf Michelin ini. Meliar mata aku memandang ke segenap pelusuk ruang restoran itu. Tidak ramai pelanggan malam ini.
"I thought its non-halal restaurant", bisikku pada Mateen saat kami sama-sama melabuhkan punggung di satu meja dekat dengan dinding cermin yang betul-betul mengadap kota Paris. Mateen mengukir senyuman manis.
"Yes, it is. But nothing I cannot do", jawabnya sambil kenyit mata. Ya, tiada apa yang tidak boleh dilakukan oleh lelaki ini. Kalau dia nak beli restoran ni pun, dia mampu!"How much you pay them to prepare your custom menu?", soalku. Namun soalan aku itu dijawab dengan tawa oleh Mateen. Pasti dia rasa menyampah kerana dari siang tadi aku asyik mempersoalkan tentang perbelanjaannya. Tapi aku tahu itu satu kepuasan bagi Mateen.
"That's secret. Why should I tell you? Besides, I just want to enjoy this night. With you", jawab Mateen dengan tawa yang masih tersisa.Aku menjadi tidak senang duduk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mateen seketika tadi. Aku berasa sangat kekok dengan keadaan ini. Hanya berduaan dengan Mateen sedangkan aku ini tunangan orang dan bakal mengakhiri zaman bujangku dua bulan lagi.
Debaran di dadaku dari tadi juga tidak mahu reda. Suasana malam ini sungguh romantik, tidak tergambar keadaannya. Untuk seketika aku rasakan inilah candle light dinner paling indah dan romantik yang pernah aku hadiri selama ini.
"By the way, you looks so beautiful tonight. I really hope the dress fits you well", sambung Mateen lagi. Aku ukir senyum nipis. Gaun ini memang sangat selesa dipakai. Dari favourite designer aku pula, gila tak selesa! Dan heels ni, walaupun aku tak berapa suka kasut tumit tinggi, tapi rekaan Jimmy Choo yang juga merupakan pereka kegemaran aku, dah tentulah selesa.
"Thanks. And thanks once again for this dress and heels. I really love it. Bila masa you beli ni?", ucapku seraya menanyakan tentang dress ini. Sungguh aku tidak tahu bila masa Mateen beli dress ini.
"Tadi. After kita balik hotel I keluar balik. Tu lah you terperap je dalam bilik. Mana nak perasan I keluar balik", jawab Mateen bersahaja. Air kosong di dalam gelas berkaki diteguknya perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang aku. Aku merengus perlahan.
YOU ARE READING
Love You, My Prince
Fanfiction[Was Antara Kau, Dia & Dia] Saat Mateen melihat Elisa buat kali pertama, hatinya sudah mula menyukai gadis ini. Dalam masa yang singkat, dia berusaha untuk mengenalinya. Tetapi Elisa sudah membina tembok yang kukuh untuk menepis seorang lagi lelaki...