"Maafkan mama, Mateen sebab terlalu berkeras dengan Lisa. Mama rasa bersalah dengan Lisa. Apa yang dia buat sebelum ni semua sebab mama"-Siti Hanim
"Daddy harap kali ni Lisa tak menangis lagi. Let her be happy"-Mukhlis Edger
"Jaga anak papa baik-baik. Papa hanya dapat jaga dia sekejap. Sekarang dia tanggungjawab you. Please make her happy"-Raja Muizzuddin Iskandar
"I tahu apa yang berlaku sebelum ni, but I hope you dah maafkan dia. Jaga adik I baik-baik. Kalau jadi apa-apa dekat dia, you kena ingat dia ada abang. And it's me"-Eddie
"I tak tahu why suddenly gosip tu keluar and both of you need to get married. But, kalau you sakitkan hati Lisa lagi, siap you!"-Mariah
Mateen lepas keluh berat lalu pejam mata. Kata-kata itu bermain di fikirannya saban hari sejak kali terakhir bersemuka dengan semua hamba Allah ini selepas habis majlis istiadat perkahwinannya.
Pesanan-pesanan itu hanya untuk mengingatkan dia supaya tidak lagi menyakiti Elisa. Tapi bagaimana dengan dirinya? Adakah hatinya tidak disakiti? Kekecewaan lalu masih lagi melekat di lubuk hatinya. Kalau Elisa terluka, dia juga begitu.
Mateen meraup wajahnya berkali-kali. Sukar untuk ditafsirkan isi hatinya ketika ini. Tempoh 90 hari itu hampir tamat, sedangkan dia belum bersedia untuk melepaskan Elisa sekali lagi.
Adakah cinta itu sudah wujud kembali? Mateen masih lagi keliru. Yang pasti hanyalah dia belum mahu melepaskan Elisa.
Amanah yang dia jaga ini amat besar maknanya. Bukan saja untuk keluarga Elisa tetapi keluarganya juga terutama sekali paduka ayahandanya. Baginda begitu menaruh harapan agar hubungan itu dapat disambung kembali.
Sejujurnya hati Mateen terusik dengan keikhlasan Elisa menguruskan dirinya setiap hari. Akan dipastikan semua dalam keadaan baik, baju kerjanya digosok kemas tanpa ada kedutan, kasut sentiasa dipastikan berkilat dan makan minumnya terjaga. Menu dietnya sentiasa dititikberatkan wanita itu. Terkadang Mateen sendiri rasa geli hati dengan Elisa yang ada ketikanya akan membebel apabila Mateen tidak ikut menu dietnya.
Hampir tiga bulan ini, hanya sekali itu Elisa bersuara tentang penceraian. Selepas itu, tiada lagi perkataan itu keluar dari mulut isterinya. Setiap hari dia dilayan dengan baik. Tiada sekalipun Elisa bermasam muka dengannya sehinggakan Mateen sendiri berasa pelik dengan perubahan sikap Elisa.
Tapi, itu satu petanda yang baik bukan?
Tepukan lembut dibahunya membuatkan Mateen sedikit terkejut. Abin terus melabuhkan punggung di kerusi sebelah kanan Mateen.
"Lain kali bagi salam, bro. Nasib baik jantung aku kuat lagi", kata Mateen sinis. Mahu tak terkejut apabila disapa begitu. Abin mencebik.
"Kuat berangan kau ni. Fikir pasal bini ke girlfriend?", sinis juga balasan kata dari Abin.Mateen berdecit. Baru saja mahu lapangkan fikiran, sudah dibangkitkan hal itu pula.
"Dua-dua", balas Mateen selamba. Abin terus ketawa kuat. Melihatkan muka kelat Mateen, dia sudah boleh menduga bahawa Mateen ada masalah dengan dua orang wanita itu."Wanna share with me? Kau tak akan ajak aku lepak kalau kau tak ada masalah", duga Abin. Mateen lepas keluh berat. Memang itu niatnya mengajak Abin lepak dengannya malam ini.
"I wanna tell you this, but it's a long story. Aku tak tahu nak buat macam mana. But I think I made a mistake", kata Mateen membuka cerita. Abin pandang wajah muram kawan yang dia kenal sejak dari bangku sekolah ini. Abin diam, menanti kata seterusnya dari Mateen tapi lelaki ini juga turut membisu.
"Just tell me the whole story if you want me to understand your situation", pinta Abin.
YOU ARE READING
Love You, My Prince
Fanfiction[Was Antara Kau, Dia & Dia] Saat Mateen melihat Elisa buat kali pertama, hatinya sudah mula menyukai gadis ini. Dalam masa yang singkat, dia berusaha untuk mengenalinya. Tetapi Elisa sudah membina tembok yang kukuh untuk menepis seorang lagi lelaki...