Aku kaget saat air bikarbonat perisa strawberi di dalam cawan yang aku pegang sedari tadi tertumpah lalu mengenai baju kurung yang aku pakai. Melopong mulut aku melihat baju yang sudah basah dan bertukar warna. Aku ketap gigi, geram dengan lelaki yang jalan tak pandang kiri kanan dan terus merempuh aku dari belakang tadi.
"Opss! sorry miss. Sorry. My bad", kata lelaki itu lantas meletakkan gelas yang di tangannya atas meja berhampiran lalu menghulurkan tisu kepadaku. Aku menyambut huluran tisu itu tanpa memandangnya langsung. Tanganku sibuk mengeringkan percikan air di baju dengan tisu tadi. Ah, tak boleh hilang warna merah ni! Omelku dalam hati. Dari ekor mata aku perasan lelaki itu masih menunggu aku mengelap baju aku yang basah. Aku angkat muka memandang ke arahnya. Memang nak kena marah ni! Aku ketap gigi geram dan kemudian melopong memandang lelaki ini.
"Ryan"
"Lisa!"Aku dan Ryan sama-sama menjerit, terkejut dengan pertemuan tidak disangka ini. Sejak aku tiba tadi, aku tidak nampak langsung kelibat Ryan. Tidak sangka rupanya dia ada di sini. Aku terus menarik Ryan ke meja berdekatan.
"I ingat you takkan datang. Yelah, sibuk sangat kerja dengan putera raja tu", kata Ryan berseloroh. Aku mencebik mendengar tutur katanya. Kalau bab perli aku dengan Mateen, bagi saja dekat Ryan. Ada saja perkara yang dia nak perli aku. Sakit hati agaknya aku bekerja dengan Mateen.
"Hey, it's almost raya okay. I ada hak nak ambil annual leave", balasku pula sekadar bergurau untuk menceriakan suasana. Banduan macam aku mana ada cuti. Ini untunglah Mateen baik hati bagi aku cuti selama dua minggu. Kalau ikutkan, Mateen nak lepaskan aku untuk seminggu saja. Habis hujah aku utarakan untuk permohonan cuti aku ini dan akhirnya diperkenankan pengiran muda itu.
"Sajalah datang, kot jumpa sesiapa yang I kenal. Rupanya tak. Ramai seniors je", sambungku lagi.Majlis malam itu adalah majlis alumni pelajar Malaysia University Middlesex. Ramai bekas pelajar Malaysia yang masih menetap di London walaupun sudah lama habis belajar. Kebanyakan dari mereka mengambil keputusan menetap dan bekerja di sini. Macam Mariah dan Naufal. Tapi malangnya mereka sudah pulang ke Malaysia untuk berhari raya. Kalau tak, sempat aku jumpa mereka berdua. Rindu sangat dengan kawan baik aku yang seorang itu.
Dan aku? Aku mendapat jemputan untuk ke majlis ini daripada Ryan awal Ramadhan lalu. Tapi aku tidak berjanji dengan Ryan untuk ke majlis ini kerana aku tahu Ryan juga tiada di London. Dan ketika itu juga aku masih tidak tahu bila aku akan mula bercuti untuk berhari raya. Dan apabila cuti diluluskan, bersyarat pula. Aku perlu pulang ke London ditemani seorang bodyguard. Dah tak pasal-pasal bodyguard terpaksa beraya dengan aku pula.
"I tak sangka pula you datang. Dah nak dekat raya ni", kataku memulakan bicara. Ryan pandang aku dan kemudian tersenyum. Boleh tahan kacak juga Ryan ni sebenarnya. Semakin bergaya. Tidak seperti di awal perkenalan kami dulu. Tapi dulu dia selekeh pun aku boleh suka. Entah jampi apa dia guna sampai aku terpikat dengan dia agaknya.
"I ada kerja dekat sini. You tahu kan my brother ada business dekat sini. So I just datang tolong dia sekejap. I ada dekat sini since awal puasa hari tu", jawab Ryan lancar. Ya, aku tahu Ryan ada seorang abang yang menetap di Southampton. Tapi sepanjang tempoh perkenalan aku dengan Ryan dulu, aku tidak pernah berjumpa dengan abangnya. Pernah tengok sekali dua dalam gambar yang ditunjukkan Ryan kepadaku. "So, you cuti lama ke?", soal Ryan.
Aku yang sedari tadi ralit membersihkan lebihan air di bajuku, hanya angguk untuk menjawab soalan Ryan tadi. Sebal pula rasa hati apabila kotoran itu langsung tidak mahu hilang. Sudahlah baju putih, semakin lama semakin nampak ketara kesan air itu pada baju aku.
"Err.. Lisa. I rasa stains tu tak boleh hilang. Maybe you kena basuh?", kata Ryan lagi. Aku pandang ke arahnya dengan keluhan berat.
"Sebab you lah ni. You yang langgar I tadi", kataku garang. Raut wajah Ryan bertukar menjadi kelat. Terburai tawaku melihat reaksi Ryan. Sengaja aku mahu mengusiknya.
YOU ARE READING
Love You, My Prince
Fanfic[Was Antara Kau, Dia & Dia] Saat Mateen melihat Elisa buat kali pertama, hatinya sudah mula menyukai gadis ini. Dalam masa yang singkat, dia berusaha untuk mengenalinya. Tetapi Elisa sudah membina tembok yang kukuh untuk menepis seorang lagi lelaki...