47 | Tunanganku

2.4K 79 6
                                    

Bunga hidup pelbagai jenis cantik tersusun di sepanjang pintu masuk rumah agam sehingga ke susur tangga menuju ke tingkat satu. Aku terpegun melihat rumah agam papa yang sudah bertukar menjadi tak ubah seperti taman bunga.

Cantiknya! Aku berpusing 360 darjah di ruang lobi rumah agam ini, menikmati keindahan dekorasi untuk majlis aku esok. Macam fantasi putera puteri.

Fairy tales Matt and Elise. Beranganlah kau, Lisa. Fairy tales apanya jika aku dan Mateen saling membenci. Tiada gunanya semua ini. Kegembiraan yang sementara.

Melihatkan kepada persiapan ini, hati aku tersentuh. Entah berapa ramai orang bertungkus lumus untuk persiapan majlis ini. Sehingga petang ini, semua orang sibuk membuat persiapan terakhir. Semua orang kelihatan gembira.

Sedangkan aku?

Hanya melakonkan watak puteri yang gembira untuk menerima pinangan sang putera idaman. Haih! Kalaulah semua ini berlaku waktu masih ada sayang, sudah tentu lain perasaannya.

Ralit aku menikamati keindahan hiasan ruang lobi sehingga tidak sedar papa berdiri di belakangku.  Aku tersedar akan kehadiran papa apabila dia berdehem.

"Papa!", jeritku sedikit perlahan seraya menghampiri papa. "This is awesome!", sambungku. Aku peluk erat tubuh lelaki ini. Rindu pula pada papa walaupun baru lebih kurang dua minggu aku meninggalkan rumah ini. Menggeleng papa melihat keletah aku yang tidak ubah seperti budak-budak.

"You should thanks your nenda. Dia yang nak buat semua ni", kata papa perlahan. Aku terkedu mendengar ayat yang papa tuturkan itu. Macam tak percaya semua ni idea nenda, Raja Ahmad Iskandar. 

Ya, aku tahu nenda pasti suka dengan perkahwinan ini. Tapi lakukan semua ini untuk aku? Pasti ada sesuatu yang dia rahsiakan dari aku mahupun papa.

"Really? Nampaknya ada orang yang tak sabar nak dapat cucu menantu anak raja", kataku berseloroh. Ketawa besar papa mendengar gurauan aku. Gurauan ada makna. Bukan aku cakap kosong.
"Maybe. Tapi apa-apa pun, I'm happy for you. Nanti jangan lupa say thank you dekat nenda ya", pesan papa dan terus berlalu ke luar rumah.

Papa nampak gembira dengan semua ini. Dari tadi senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dari dalam rumah, aku nampak papa menyapa semua pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk menghias rumah agamnya. Memeriksa segenap sudut untuk memastikan majlis esok berjalan lancar.

Aku berjalan menuju ke ruang tamu pula. Ruang tamu utama rumah agam papa juga sudah berubah menjadi pelamin. Kelihatan begitu mewah sekali.

'Aku akan duduk atas pelamin ni esok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Aku akan duduk atas pelamin ni esok. Semua mata akan tertumpu pada aku. Mampu ke aku nak hadapi hari esok? Tiba-tiba rasa takut. Kalaulah aku boleh lari sekarang ni', bisikku dalam hati. Rasminya esok aku akan menjadi perhatian umum.

Agaknya berapa kos untuk majlis yang tak ubah seperti kenduri kahwin ni?

Aku menggeleng. Kalau dicongak rasanya puluhan ribu. Puluhan ribu ringgit dihabiskan untuk majlis yang tidak sampai sehari. Membazir! Aku jungkit bahu. Lantaklah, bukan duit aku. Aku terus berlalu ke tingkat satu, menuju ke bilik tidurku.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now