"What? Betul ke ni? Are you serious?!"
Suara Haiqal yang kuat itu membuatkan Sofea melontarkan pandangan ke arah susuk tubuh Haiqal yang berdiri di balkoni apartmentnya. Sebentar tadi Haiqal menerima panggilan telefon dan terus berlalu menuju ke balkoni.
Sudah tentu panggilan dari Lisa! Getus hati Sofea. Hatinya sakit setiap kali Haiqal bercerita tentang Elisa. Dan hatinya bertambah sakit apabila Haiqal menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Elisa selepas dia pulang dari Brunei beberapa hari lepas. Sofea pasang telinga, cuba mendengar perbualan itu.
"Okay, sayang. Kita jumpa nanti bila you balik KL. I can't wait to meet you", ujar Haiqal dalam nada girang. Sofea ketap gigi geram. Nampaknya Haiqal akan pulang ke Kuala Lumpur. Sofea tersenyum sinis. Kali ini dia akan pastikan dia juga pulang ke Kuala Lumpur bersama Haiqal.
Haiqal melabuhkan punggung di sebelah Sofea di sofa ruang tamu apartment yang terletak di tengah kotaraya Jakarta itu. Setiap kali ke Jakarta, apartment Sofea lah yang menjadi tempat penginapan Haiqal. Setiap harinya di Jakarta akan ditemani Sofea. Tangannya merangkul bahu Sofea namun cepat saja wanita itu menepis.
"Hey, what's wrong?", soal Haiqal. Berkerut dahinya memandang wajah Sofea yang sudah masam mencuka sambil berpeluk tubuh.
"Bukan main happy lagi. Lisa nak balik KL ke?", soal Sofea sinis. Haiqal ketawa mendengar soalan yang keluar dari mulut Sofea ini. Mendengarkan nadanya saja, tahulah Haiqal bahawa Sofea cemburu.
"Jealous?", soal Haiqal dengan senyuman nakal. Dia mencuit hidung Sofea tapi tidak kena. Sofea terlebih dahulu menjauhkan wajahnya dari Haiqal.
"Of course! You are mine, Qal. I tak suka you cakap dengan dia when you're with me", rajuk Sofea. Makin besar tawa Haiqal. Entah kenapa wanita ini cepat saja berasa cemburu setiap kali dia berbicara mengenai Elisa sedangkan dari awal lagi wanita ini sudah sedia maklum tentang hubungannya dengan Elisa.
"You lupa ke perjanjian kita? You can stay with me but she's still my priority", kata Haiqal lembut. Dia kembali meraut bahu Sofea dan kali ini wanita itu hanya membiarkan saja. Mungkin sudah tersedar yang dia sebenarnnya hanya menumpang kasih lelaki ini. Tiada apa yang dapat mengubah keputusan Haiqal untuk terus bersama Elisa."Will you forget me?", soal Sofea manja. Kepala dilentokkan ke bahu Haiqal. Tangannya merangkul erat pinggang lelaki ini. Dia ingin selalu bersama lelaki ini. Haiqal mencium rambut Sofea, wangi. Dia mula rasa terbuai dengan kehangatan tubuh Sofea dengan jemari yang bermain di dadanya. Siapa saja yang tidak akan tergoda dengan wanita ini. Cantik, seksi dan manja. Sudah banyak kali dia tewas dengan godaan wanita ini.
"I will not, baby. I will always be with you. Cuma I nak you faham kenapa I perlu kahwin dengan dia", jawab Haiqal lembut dan perlahan. Diciumnya rambut Sofea berkali-kali membuatkan wanita itu terasa asyik. Pelukan dikemaskan. Dia tidak mahu melepaskan Haiqal untuk malam ini. Sofea tahu dia perlu membuat perancangan lain. Jika Haiqal tidak boleh tinggalkan Elisa, dia akan buat Elisa tinggalkan Haiqal. Dalam pelukan Haiqal, Sofea tersenyum sinis.
Haiqal perlu menjadi miliknya!
Sofea meleraikan pelukannya, dipandangnya wajah tampan lelaki di sebelahnya ini. Sedikit pun tidak berubah wajah ini sejak hari pertama mereka bertemu dulu. Sofea merapatkan bibirnya ke pipi Haiqal lalu diciumnya lama. Haiqal tersenyum menerima ciuman itu. Dia sudah terbiasa dengan sikap manja Sofea. Memujuk Sofea juga lebih mudah berbanding Elisa.
"I love you, Qal. Only you", ucap Sofea perlahan di telinga Haiqal. Ciuman diberikan sekali lagi ke pipi lelaki ini. "I tak kisah you kahwin dengan dia. I akan tetap setia dengan you", sambungnya lagi.
"Me too", balas Haiqal perlahan.Sofea bangun, menghulurkan tangan untuk Haiqal sambut. Nightie satin berwarna hitam yang dipakai Sofea malam ini cukup membuatkan Haiqal tergoda. Dengan labuh yang hanya paras peha, menampakkan peha Sofea yang putih gebu. Haiqal menyambut huluran tangan Sofea. Dia bangun lantas merangkul erat pinggang Sofea.
"You are so daring tonight", bisik Haiqal di telinga Sofea. Wanita ini ketawa kecil. Dia tahu Haiqal tergoda dengan penampilannya malam ini.
"I want you tonight, Qal", bisik Sofea pula. Haiqal tersenyum nakal. Matanya tajam merenung ke anak mata Sofea. Jemari Sofea yang bermain di dadanya sedikit sebanyak menaikkan nafsu Haiqal. Tanpa berlengah, Haiqal terus mengucup bibir Sofea. Terjerit Sofea dengan tingkah laku spontan Haiqal namun kemudian dia hanya membiarkan Haiqal meratah bibir mungilnya.
YOU ARE READING
Love You, My Prince
Fanfiction[Was Antara Kau, Dia & Dia] Saat Mateen melihat Elisa buat kali pertama, hatinya sudah mula menyukai gadis ini. Dalam masa yang singkat, dia berusaha untuk mengenalinya. Tetapi Elisa sudah membina tembok yang kukuh untuk menepis seorang lagi lelaki...