21 | Kau Milikku

2.3K 70 8
                                    

Hajah Mariam tersenyum mendengar perkhabaran dari London sebentar tadi. Satu berita yang mampu membuatkan dia tersenyum puas. Akhirnya gadis itu sendiri memilih lelaki lain, bukan anak bongsunya. Tangannya pantas mendial nombor telefon Mateen. Saja mahu menghubungi anaknya ini untuk bertanya khabar.

Beberapa saat menunggu panggilannya dijawab, kedengaran suara lemah di hujung talian mula membuatkan Hajah Mariam risau.

"Assalamualaikum, ma", jawab Mateen perlahan. Mata yang dari tadi terkatup rapat cuba dibuka perlahan.
"Where are you now?", soal Hajah Mariam risau.
"My apartment", ringkas balasan Mateen. Jemarinya memicit-micit kepala yang berat. Rasa berat kepalanya tiba-tiba. Mateen cuba bangun namun tidak mampu, dia kembali merebahkan kepalanya di bantal.

"Are you okay?", tanya Hajah Mariam lagi. Lain benar suara anaknya ini. Selalunya dia ceria setiap kali Hajah Mariam menghubunginya. 

Mungkinkah kerana gadis itu?

"I'm okay, ma. Cuma sakit kepala tiba-tiba. Sekejap lagi I makan ubat, okaylah tu. You don't have to worry, okay?", balas Mateen panjang lebar. Dia sudah biasa begini. Sakit, pening dia uruskan sendiri. Duduk dalam hutan berminggu lamanya pun boleh, takkan setakat sakit kepala macam ni tak boleh nak hadap. "Kenapa mama call I pagi-pagi ni? Sana dah lewat malam kan?", soal Mateen pula. 

"Nothing. Nak tanya khabar je", balas Hajah Mariam bersahaja. Sebetulnya dia mahu tahu keadaan anak lelakinya ini selepas berita pertunangan Elisa. Sudah tentu Mateen tahu tentang perkara itu. Masakan tidak, jika sudah hampir 24 jam berkepit berdua sehingga menimbulkan cakap-cakap belakang oleh ahli keluarganya.

"I okay. Just a lil bit tired these few days. I'll be back there day after tomorrow. Nanti I balik rumah mama, okay?", kata Mateen. Dia tahu Hajah Mariam risaukan tentang tahap kesihatannya. Jika mereka berbual di telefon atau Mateen pulang ke villa Hajah Mariam, selalu saja dia dinasihatkan untuk menjaga kesihatan. Nasib baiklah Mateen bukan seorang yang senang jatuh sakit, kerana dia begitu mementingkan penjagaan kesihatannya.

"Okay, then. Take care, my baby boy", pesan Hajah Mariam. 
"Thanks, ma. You too, okay", pesan Mateen pula.

Talian dimatikan. Mateen kembali meletakkan telefon di kabinet sisi katil. Baru saja dia mahu tarik selimut untuk sambung tidur, kedengaran bunyi loceng pintu berkali-kali. Mateen berdecit. Selimut diselak perlahan dan dengan kepala yang berat, dia melangkah lemah menuju ke pintu apartmentnya.

"AJ, you ada kunci kan?", marah Mateen. Apartment ini, hanya AJ saja yang tahu selain ahli keluarganya. Dan selalunya hanya AJ yang akan datang ke sini di sebelah pagi jika Mateen bermalam di apartmentnya.

"Oh my god. What happened to you?!"
Suara seorang gadis bertanya itu membuatkan Mateen terkejut. Serentak dia berdiri tegak di depan pintu apartmentnya.

"Lisa!"

*

Aku menggeleng melihat keadaan Mateen. Dengan rambut kusut dan muka baru bangun tidur walaupun sudah jam 8 pagi. AJ memberitahu aku semalam bahawa Mateen tidak pulang ke St. John dan ke apartmentnya. Dan pagi ini, AJ minta aku ke sini untuk melihat keadaan Mateen sementara dia menguruskan dokumentasi untuk penerbangan pulang kami ke Brunei lusa.

"Kenapa datang sini?", soal Mateen kasar. Pintu dikuak lebih besar bagi membenarkan aku masuk ke dalam.
"AJ suruh. Jangan tanya macam mana I lepas security lobi. AJ bagi I kad akses ni", jawabku selamba sambil mata melilau ke segenap pelusuk apartment Mateen. Kad akses yang diberikan AJ aku angkat sedikit tinggi untuk ditunjukkan kepada Mateen.

"You tahu kan kad tu boleh digunakan untuk buka pintu rumah I ni?", soal Mateen sinis. Aku angguk. "Then,kenapa nak tekan loceng banyak kali?", soalnya lagi.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now