04- Marah

234 27 28
                                    

Chanyeol membetulkan kasutkan. Injong baru sahaja keluar dari kedai bingsu. Selepas beli barang camping tadi, Injong dan Chanyeol singgah di kedai bingsu.

" Pang" panggil Injong. Chanyeol pandang Injong. Keningnya di angkat. " Kau masih sayangkan Rose?"

" Kenapa kau tanya?" soal Chanyeol pelik.

" Tak lah. Aku tanya saja" ujar Injong. Chanyeol pandang Injong.

" Kau pula? Kau masih sayangkan Jimin?" soal Chanyeol sambil itu plastik pada tangan Injong di ambil.

" Tidaklah. Buat apa nak sayangkan kekasih orang" ujar Injong dan dia membetulkan bajunya.

" Rose dah sakitkan hati aku. Aku tak dapat maafkan dia" ujar Chanyeol. " Kau tahu, masa aku tahu dia curang, aku rasa nak bunuh dia"

Injong diam.

" Aku rasa cinta aku dikhianati. Ala, Rose tu cinta monyet aku aje" ujar Chanyeol. " Dia buat aku kecewa. Dia buat aku tak percayakan cinta"

" Cinta tak penting" ujar Injong. Chanyeol hanya tersenyum. Mereka berjalan di sekitar sungai Han sambil membawa barang keperluan camping.

Selepas keluar bersama Injong, Chanyeol pulang ke rumah dan dia melihat Sehun dan Seul Rin berada di hadapan rumah.

" Kau pahal tak balik lagi?" soal Chanyeol dan kasut di susun ke dalam almari kasut.

" Nak balik lah ni. Oppa balik dulu" kata Sehun dan dahi Seul Rin di kucup. Chanyeol pandang Sehun dan badan lelaki itu di tolak.

" Kau tak payah nak cium-cium adik aku. Pergi balik sana" ujar Chanyeol. Sehun mencebik. " Ha, tu pun sama. Baru nak balik"

" Oppa pun baru balik kan? Pahal bebel?" soal Haneul dan perut Chanyeol di cucuk dengan satu jarinya.

" Kejap, ka-"

" Aku balik dulu" terus sahaja Sehun balik dan Seul Rin berlari masuk ke dalam rumah.

" PARK SEUL RIN!" jerit Chanyeol. Jongdae pandang Haneul.

" Tuamkan tu nanti" ujar Jongdae. Haneul mengangguk. Bibirnya ( Haneul) di kucup sekilas oleh Jongdae dan Jongdae berlalu pergi.

" Kau buat apa je dengan Sehun dalam rumah ni?" soal Chanyeol dan lengan adiknya di tarik.

" Mana ada buat apa! Orang belajar lah!" ujar Seul Rin. Chanyeol menarik telinga adiknya.

" Kalau aku tahu kau buat benda tak senonoh, aku hantar kau dekat rumah Aunty Shin dekat Shangai" ugut Chanyeol.

" Oppa tak sayang Seul ah tu kalau oppa hantar dekat sana!" marah Seul Rin dan pintu biliknya di hempas kuat. Haneul sudah menyelamatkan dirinya masuk ke dalam bilik.

" AKU CAKAP BETUL PARK SEUL RIN! KALAU AKU TAHU KAU BUAT BENDA TAK SENONOH, SIAP KAU AKU KERJAKAN!" jerit Chanyeol.

Dia ( Chanyeol) seorang abang yang menjaga maruah adiknya. Bagi dia, dia tidak mahu adiknya rasa sakit bercinta. Dia tidak mahu adiknya melakukan perkara yang tidak senonoh.

-----------------

Keesokan harinya, Chanyeol menolak kepala Sehun. Sehun terkejut dan wajah lelaki tinggi itu di pandang.

" Kau dah kenapa?" soal Sehun.

" Kau buat apa dekat adik aku semalam?" soal Chanyeol dengan emosi.

" Rileks. Aku dengan Rin tak buat apa. Kami belajar maths aje semalam. Aku nak balik tapi aku kesian tengok dia seorang dekat rumah" ujar Sehun. " Kau marah dia?"

" Rileks pang, Sehun ni lelaki baik" ujar Injong. Mereka melihat Seul Rin masuk ke dalam kelas. Seul Rin tidak ke sekolah bersama Chanyeol dan Haneul. Dia pergi sekolah naik bas.

" Sayang" panggil Sehun. Seul Rin diam dan dia keluar semula dari kelas.

" Kenapa kau buat adik kau marah? Kau ni mesti garang" ujar Injong. Chanyeol menggeleng. " Dah tu? Kenapa adik kau merajuk dengan kau?"

" Aku nak pujuk adik aku kejap" ujar Chanyeol dan dia berlalu pergi. Injong pandang Sehun.

" Kau bu-"

" Kiss" jawab Sehun dan dia berlalu keluar dari kelas. Injong mengejar Sehun. Sedang dia dan Sehun bergurau, mereka ternampak Rose memeluk Chanyeol. " Mw-"

" Hun, pergi kantin jom!" terus sahaja tangan si sahabat di tarik. Di kantin, Injong hanya termenung. Sehun pula sedang menikmati ramyeon yang di belinya tadi.

" Injong" panggil Chanyeol dan dia duduk di sebelah Injong. " Tolong aku"

" Aku busy lah. Tak da-"

" Mana ada kau busy. Tolong aku pujuk adik aku boleh? Aku cakap dengan dia tadi, dia tak layan" ujar Chanyeol dengan kecewa.

" Kau suruh lah Sehun pujuk. Sehun kekasih dia" jawab Injong. " Aku per-" kata-kata Injong terhenti selepas tangannya di tarik oleh Chanyeol.

" Makan ke pujuk Rin? Erm makan dulu ah baru ada tenaga nak main kejar-kejar" ujarnya sendirian. Chanyeol menolak tubuh Injong ke dinding.

" Sakitlah!" marah Injong. Chanyeol kelihatan marah. Entah kenapa emosi lelaki ini tidak stabil. " Yeol, aw-" kata-kata Injong terhenti selepas Chanyeol mengucup bibir Injong. Injong ingin menolak Chanyeol tetapi ciuman makin mendalam.

" Wuish Yeol kiss Injong" ujar Taehyung. Jimin mengetap rahangnya setelah melihat adegan Chanyeol dan Injong. Dia terus berlalu pergi.

" Ye... Yeol" kata Injong gagap. Chanyeol menarik Injong masuk ke dalam kelas kosong. " What do you wa-" sekali lagi bibirnya di kucup oleh Chanyeol. Injong akhirnya membalas kucupan Chanyeol.

Pada waktu balik, Chanyeol mencari Seul Rin. Haneul yang sedang berborak dengan Eunbin di pandang.

" Rin mana?" soal Chanyeol.

" Dia balik dengan Sehun" jawab Haneul. " Oppa ni suka tau marahkan dia. Dia tu dah lah kalau merajuk lama"

" Kau marah dia apa Yeol?" soal Eunbin.

" Nothing. Injong, kita keluar nak?" ajak Chanyeol. Injong pandang Jongin dan Jongdae. " Aku pinjam adik korang! Chaw lu" kata Chanyeol dan tangan Injong di tarik lalu di bawa pergi. Injong menolak sedikit badan Chanyeol.

Selepas adegan Chanyeol mencium dirinya tadi, Injong banyak mendiamkan diri. Chanyeol pandang Injong.

" Aku dah lama suka kau" ujar Chanyeol. Injong diam. " Maaf"

" Kau dah ambil first kiss aku tahu tak!" kata Injong dan akhirnya dia menangis. Chanyeol tersenyum dan air mata Injong di seka menggunakan ibu jarinya.

" Sebab aku cintakan kau. Kau terima cinta aku?" soal Chanyeol. Injong diam dan dia masih mencebik. " I know you love me too right?"

" Tipu lah aku cakap aku tak suka kau. Kau boyfriend material doe" kata Injong sambil menangis. " Yes, I love you too"

" Uwow finally" ujar Chanyeol dan tubuh Injong di peluk erat. " Kita pergi makan jom!" ajak Chanyeol dan tangan gadis yang baru sahaja menjadi kekasihnya itu di pegang dan mereka berjalan bersama untuk ke restoran.

Sehun memandang ke arah kekasihnya. Masam betul muka gadis berbadan kecil itu. Sehun berada di rumah Seul Rin.

" Cuba senyum" ujar Sehun. Dia ( Seul Rin) tetap diam. " Saya balik lah kalau macam ni"

" Awak nak makan tadi kan?" akhirnya dia bersuara. Sehun mengangguk. "
Kejap"

" Sayang, awak masih marahkan Yeol ke?" ujar Sehun dan dia membontoti kekasihnya. Seul Rin di peluk dari belakang. " Wanginya baby saya"

" Biarlah dia! Malas nak ambil tahu" jawab Seul Rin dan dia mula membuat ramyeon untuk Sehun. Sehun memusingkan badan kekasihnya supaya memandang wajahnya ( Sehun) .

" Kuat merajuk" ujar Sehun lalu bibir kekasihnya di kucup. Sehun menutup api gas dan dia sambung mencium bibir kekasihnya. Seul Rin melepaskan kucupan. Tercungap-cungap dia mencari nafas. " Jangan merajuk lagi okay?"

" Tak janji. I only want to kiss you" ujar Seul Rin dan pasangan kekasih ini melangkah masuk ke dalam bilik.

Sign Out

[C] One and Only •PCY•Where stories live. Discover now