" Kim Jong Dae, Kim Jong In, Kim Injong" panggil Encik Lee. Tiga beradik itu memandang tepat wajah Encik Lee. Ya, mereka kembar tiga.
" Encik Lee nak apa?" soal Jongdae.
" Saya ada latihan basketball pagi ni. Encik Lee nak apa panggil saya ni?" soal Jongin pula. Encik Lee memandang tepat wajah Injong.
" Kenapa kamu berdua ni tak ada rekod disiplin? Kenapa adik kamu berdua ni, dah tiga buku rekod disiplin penuh nama dia" kata Encik Lee.
" Itu saya tak tahu. Mungkin dia kurang kasih sayang eomma saya . Tapi, eomma sayang dia je" kata Jongdae dan Injong di pandang.
" Because she's a brutal" jawab Jongin. " Penatlah aku nak hadap kau ni buat hal"
" Cuba Encik Lee tengok, siapa dengan saya bergaduh?" soal Injong.
" Park Chanyeol ketua pengawas" jawab Encik Lee.
" Dia suka cari pasal dengan saya. Tengok, dia jadi aje ketua pengawas tapi dia pun penuh tiga buah buku nama dia" kata Injong. Encik Lee mengeluh.
" Sudah. Pergi masuk ke kelas. Lama-lama boleh gila saya" kata Encik Lee. Tiga beradik itu keluar dari bilik disiplin. Kepalanya ( Injong) di tolak oleh Jongdae.
" Kau sekali lagi buat hal, aku suruh eomma berhentikan kau sekolah" ugut Jongdae.
" Kau fikir aku tak tahu ke kau gaduh dekat luar sekolah sebab kau nak backup Park Haneul budak kelas 4A1 tu?" ujar Injong. Jongdae mencarut dan dia berlalu pergi.
" Penat ah nak uruskan kau ni. As-"
" Kau pun. Tak payah acah suci. Fikir aku tak tahu kau selalu curi makanan acik kantin? Bla lah kau hanat" kata Injong dengan emosi dan dia berlalu pergi meninggalkan si abang kembarnya.
Injong pergi ke kelas dan kelihatan Eunbin sedang berborak bersama Sehun. Dia menghampiri Sehun dan Injong.
" Kau kena hukum lagi ke?" soal Sehun. Injong menggeleng. " Dah tu? Pahal masuk bilik disiplin?"
" Dia bebel je nama aku penuh dalam tiga buku rekod tu" jawab Injong.
" Kekasih hati aku kena juga ke?" soal Eunbin. Injong mengangkat keningnya tanda ' tidak' .
" Aku nak cerita pasal budak pendek tu" kata Sehun. Injong dan Eunbin pandang Sehun.
" KAU CAKAP JE DIA PENDEK TAPI KAU SELALU USHA DIA DEKAT TANGGA!" kata mereka berdua serentak.
" Diamlah setan" carut Sehun.
" Kau, kalau suka cakap aje. Tu ha si capang abang dia. Kau cakap dekat abang dia" kata Injong dengan penuh emosi.
" Ma... mana ada aku suka dia. Eyyyy dia muda. Kecik lagi" kata Sehun. Eunbin mencebik.
" Kecik lagi tapi dekat tangga kau usha something kan? Kau fikir kami tak tahu?" ujar Eunbin.
" Ma-"
" Injong Brutal" panggil Chanyeol. Buku English milik Injong di letakkan di atas meja. " Pahal buku kau ada dalam beg aku?" soal Chanyeol.
" Kenapa kau tanya aku? Dah tentu kau yang ambil buku aku. Lepas tu pura-pura tak tahu" kata Injong dengan geram. Sehun melangkah keluar dari kelasnya. Dia menuruni anak tangga dan dia melihat Seul Rin dan Haneul baru keluar dari tandas.
" Woi kembar" panggil Sehun. Seul Rin dan Haneul pandang Sehun.
" Apa si dagu tajam ni nak Rin?" soal Haneul. Daripada jauh Haneul melihat kekasihnya iaitu Kim Jongdae. " Aku pergi dulu" berlari anak dia ( Haneul) ke arah Jongdae.
" Nak apa Sehun?" soal Seul Rin dingin. Dia tahu lelaki di hadapannya ini mahu menyakat.
" Nak hati awak" jawab Sehun. Seul Rin tersenyum sinis dan tepat pada kangkang Sehun, dia melepaskan satu sepakan padu.
" Saya pergi dulu" kata Seul Rin dan bahu Sehun di usap lembut. Sehun menahan sakit pada ' adik' nya.
" KAU CELAKA PARK SEUL RIN!"
------------------
" Injong, jawab soalan nombor tiga" ujar Puan Bae Irene. Injong melangkah ke hadapan dan dia menyelesaikan soalan matematik. " Okay bagus"
" Wei brutal, macam mana kau boleh dapat jawapan tu?" soal Chanyeol pelik.
" Kau darah seratus dengan tiga. Dapat lah tiga ratus. Dah tu tiga ratus tu kau bahagikan dengan empat. So, dapatlah tujuh puluh lima" kata Injong.
" Kenapa aku dapat lapan puluh dua?" soal Chanyeol pelik.
" Sebab kau salah kira lah pang" ujar Injong dan buku milik Chanyeol di ambil lalu dia menerangkan satu persatu untun Chanyeol. Chanyeol hanya memerhati wajah Injong.
Dup! Dap! Dup! Dap! Dup! Dap!
Jantung Chanyel berdegup dengan laju. Wajah cantik milik Injong dapat membuat Chanyeol rasa macam dia sedang bersama seorang puteri dari kayangan.
" Wei pang, aku terangkan ni kau faham tak?" soal Injong lagi.
" Faham. Terima kasih" ujar Chanyeol dan bukunya di ambil. Injong hanya mencebik dan dia menyambung membuat kerjanya.
-----------
Puan Sunny masuk ke dalam kelas bersama Haneul dan Seul Rin. Chanyeol mengerutkan dahinya melihat adik kembarnya itu. Sehun melihat ke arah Seul Rin.
" Puan Sunny, buat apa hoobae dalam kelas ni?" soal Sehun. Puan Sunny meletakkan bukunya di atas meja.
" Mulai hari ini, Seul Rin dan Haneul akan duduk di dalam kelas ini" kata Puan Sunny. Chanyeol memgerutkan lagi dahinya.
" Kenapa?" soal Chanyeol.
" Sebab adik kamu dua orang ni pandai. Pengetua suruh mereka berdua lompat tahun. Tapi rasanya, Haneul saya akan letak dekat kelas 5A2 sebab kelas ni dah penuh" kata Puan Sunny.
" Baiklah Puan Sunny" kata Haneul.
" Seul Rin, awak boleh duduk di sebelah Sehun" kata Puan Sunny. " Baiklah pelajar, itu sahaja yang saya nak katakan. Buat kerja sendiri ya? Saya nak uruskan Haneul pula"
Seul Rin mengambil tempat duduk di sebelah Sehun. Chanyeol pandang Sehun.
" Kau buli adik aku, siap kau" pesan Chanyeol.
" Halo adik Capang, kenalkan nama saya Injong" ujar Injong memperkenalkan dirinya kepada Seul Rin.
" Saya pula Eunbin!" kata Eunbin dengan teruja. Selama ini dia dan Injong kenal adik Chanyeol tapi tidak pernah menegur.
" Tadi kau buat hal dengan aku kan?" bisik Sehun. Seul Rin pandang Sehun dengan sinis. " Berani kau eh? Kau tunggu nanti!"
" Oppa, dagu tajam ni ugut Seul" adu Seul Rin kepada Chanyeol. Buku teks miliknya (Chanyeol) di ambil lalu kepala Sehun di ketuk dengan buku tersebut.
" Kau, kalau nak jadi adik ipar aku pun, make sure kau tak bebal" kata Chanyeol dan itu menyebabkan mereka semua tergelak. Sehun hanya membuat muka.
Jongdae tersenyum melihat kekasihnya. Jongin yang duduk di hadapan Jongdae membuat muka cemburu.
" Kenapa Eunbin kelas pertama? Kenapa aku kelas kedua? Ini semua salah Sehun gedik sebab nak dengan Minnie!" marah Jongin. Gara-gara Sehun dia tidak dapat bersama dengan kekasihnya.
" Kenapa awak masuk kelas ni? Awak kan pelajar 4A1?" soal Jongdae.
" Sebab saya dan Rin pandai. Rin masuk kelas sebelah dengan oppa" ujar Haneul dengan senyuman manisnya.
" Ouh! Kiranya kau dengan Rin nanti habis sama dengan kami ah?" soal Jongin. Haneul mengangguk. " Woaaa bestnya. Korang ni otak apa doe? Pandai sungguh!"
" Selalu belajar je" jawab Haneul.
" Saya dengan Jongin dan Injong selalu juga belajar tapi dulu tak ada pun kami lompat kelas macam awak dan Rin" ujar Jongdae.
" Tak tahulah. Mungkin ini rezeki kami berdua" kata Haneul dan sekali lagi dia senyum. Jongdae juga tersenyum dan rambut kekasihnya di usap sayang.
Sign Out
YOU ARE READING
[C] One and Only •PCY•
Фанфик" Because you're my one and only Minnie" " I want you always by my side. Ain't nobody but you" Park Chanyeol ft Kim Injong. coverby: @suamikucapang61