13- Tumbuk

211 29 21
                                    

Chanyeol menunduk. Tidak berani dia melihat wajah bengis empat orang manusia di hadapannya.

" Kenapa kau buat macam ni? Aku tak sangka Yeol. Kau janji nak jaga Injong tapi kau lukakan hati dia" ujar Jongdae.

" Perlu ke oppa nak tolong sundal tu?" ujar Haneul.

" Jaga percakapan kamu Haneul" ujar Chanyeol.

" Kenapa eh oppa tak dapat dengar kalau kami cakap dia tu sundal? Memang betulkan dia tu sundal? Sundal aje yang berani kacau suami orang!" kata Seul Rin.

" AKU CAKAP JAGA PERCAKAPAN KORANG BERDUA!" jerit Chanyeol dan baru sahaja dia mahu menampar Seul Rin, tangannya sudah pun di tahan oleh Sehun.

" Kau dah berubah Yeol" ujar Sehun.

" Aku berubah ke tak bukan masalah korang! Salah ke aku nak tolong Rose? Jimin dah masuk penjara. Rose perlukan bantuan aku. Anak dia perlukan susu" ujar Chanyeol.

" Salah. Terlalu salah. Dia bukan sesiapa kau Chanyeol! Adik aku Kim Injong tu isteri kau! Kau patut bertanggungjawab ke atas adik aku bukannya si Rose tu! Anak dia tak makan, itu masalah dia. Itu anak dia dengan Jimin. Jimin masuk penjara kan kau cakap tadi? So, makan minum dia dan anak dia biar dia sendiri yang berusaha. Kau tak ada apa-apa hubungan dengan dia" ujar Jongdae panjang lebar.

" Aku tak dapat Dae. Aku ... Aku ... Aku dah mula sayangkan Rose" ujar Chanyeol. Empat orang manusia di hadapan Chanyeol itu terkejut.

" Yeol, kau dah kena bodoh ke dengan Rose?" soal Sehun geram.

" Kalau kau cintakan perempuan jalang tu, aku nak kau lepaskan adik aku" celah satu suara.

" Jongin" kata Jongdae setelah melihat Jongin datang. Eunbin memegang erat tangan suaminya.

" Sabar" ujar Eunbin.

" Tak. Aku tak akan lepaskan Injong. Aku sayangkan dia juga" ujar Chanyeol.

" Habis tu, kau nak seksa adik aku? Kau nak seksa jiwa dan raga dia?" ujar Jongin dan ringan sahaja tangannya menumbuk wajah Chanyeol. Tubuh Chanyeol di tindih. " ADIK AKU BUKAN PEREMPUAN YANG TAK ADA HATI DAN PERASAAN!"

" Jongin dah lah" ujar Eunbin dan suaminya di tarik. Sehun menarik Chanyeol tetapi Sehun di tolak oleh Chanyeol dan Chanyeol menumbuk wajah Jongin.

" AKU SAYANGKAN DIA! DAN AKU TAK AKAN LEPASKAN DIA!" jerit Chanyeol.

Bukkk!!!

Muka Chanyeol di tumbuk oleh Jongdae. Perut Chanyeol di sepak oleh Jongdae. Baru sahaja Jongdae mahu menghentak wajah Chanyeol dengan kerusi, Haneul sudah pun memeluk suaminya.

" Stop it" ujar Haneul. Seul Rin hanya melihat Chanyeol kesakitan.

" KAU TAHU TAK SAKIT DEKAT MUKA KAU TAK SESAKIT HATI ADIK AKU!" jerit Jongdae dan dia berlalu pergi. Jongin melihat Chanyeol.

" Aku kecewa dengan kau Yeol. Sumpah, aku kecewa. Sampai hati kau lukakan Minnie aku. Sampai hati kau buat dia menangis. Mulai hari ni, kau bukan kawan aku lagi Yeol. Malah, kau bukan adik ipar aku" ujar Jongin dan dia berlalu pergi bersama Eunbin.

Seul Rin dan Sehun memandang ke arah Chanyeol. Seul Rin menunduk.

" Rin pun kecewa dengan oppa. Hanya sebab perempuan tak guna tu, oppa sanggup lukakan hati eonnie. Rin tak akan jumpa oppa lagi" ujar Seul Rin dan tangan suaminya di tarik lalu di bawa keluar dari rumah Chanyeol.

" KAU MEMANG TAK GUNA INJONG! SIAP KAU AKU KERJAKAN NANTI" ujar Chanyeol dengan geram.

--------------

[C] One and Only •PCY•Where stories live. Discover now