Seul Rin pandang Chanyeol. Termasuk minggu ini sudah satu minggu dua beradik itu bermasam muka. Matanya ( Seul Rin) memandang pula ke arah Injong. Dia seolah-olah dapat merasakan bahawa abangnya sedang bercinta dengan Injong kerana, tiba-tiba sahaja dua orang manusia itu ( Chanyeol dan Injong) bercakap menggunakan Saya-Awak.
" Oppa!" wajah abangnya di pandang dengan wajahnya ( Seul Rin) yang masam mencuka. Chanyeol mengangkat kening tanda, Kau-Nak-Apa? " Oppa memang tak sayang Rin eh?"
" Siapa cakap aku tak sayang kau? Kau tu yang tak sayang aku" ujar Chanyeol.
" Oppa tak pujuk pun Rin!" wajahnya di masamkan lagi. Mutiara jernih di dalam matanya bertakung. Tunggu masa sahaja mutiara itu jatuh.
" Oppa dah pujuk kan? Rin yang tak nak cakap dengan oppa" ujar Chanyeol. Haneul pandang kakak kembarnya dan abangnya.
" Kejap lagi Rin menangis" ujar Haneul dan dia mengekeh suka. Tiba-tiba sahaja mereka mendengar tangisan si kekasih Sehun itu.
" Ala sayang adik oppa" kata Chanyeol dan adiknya di peluk sayang.
" Nak juga!" ujar Haneul dan tiga beradik itu berpelukan.
" Kita bertiga ni kembar pun tak macam mereka kan? Mereka sehati sejiwa. Kita ni sehati sebodoh" ujar Jongdae selamba.
" Kau je bodoh! Aku tak" ujar Jongin.
" Eh apa pulak? Antara kita bertiga, kau lah paling bodoh sebab kau selalu tengok porn!" ujar Jongdae kepada kembar tengahnya. Injong menghantukkan kepala dua orang abang kembarnya itu.
" SAKITLAH KIM INJONG!" jerit mereka berdua. Injong hanya tersenyum sinis dan mereka beratur untuk masuk ke dalam bas.
" Kenapa kau duduk sini? Ini tempat Injong dan Chanyeol" ujar Eunbin yang merupakan orang yang menyusun tempat duduk di dalam bas itu.
" Ya lah. Kenapa kau duduk sini? Penat aku dengan Eunbin susun tempat duduk. Lagi pun, kau dalam bas kedua" celah Jongin pula.
" Tak nak. Aku nak duduk dengan Chanyeol" kata Rose. Seul Rin dan Haneul pandang Rose.
" Eh eh eh perempuan murahan lah Neul" kata Seul Rin.
" Haah lah. Perempuan murahan yang tipu oppa dulu tu kan? Perem-"
" Tepi!" kata Rose dan dia keluar daripada bas itu. Seul Rin dan Haneul tersenyum.
" Macam tu ah nak sakitkan hati beruk tu" ujar Haneul dan dia duduk di sebelah Seul Rin. Tiba-tiba dia di tolak oleh Sehun.
" Duduk dengan kekasih kau dekat sebelah tu" ujar Sehun dan dia duduk di sebelah Seul Rin. Injong dan Chanyeol masuk ke dalam bas dan mereka duduk di tempat mereka berdua.
" Awak nak tidur, tidur lah. Lambat lagi kita nak sampai Busan" ujar Chanyeol. Injong mengangguk dan dia melentokkan kepalanya pada bahu Chanyeol.
" Yang, saya rasa mereka couple" ujar Jongin kepada Eunbin. Eunbin pandang Injong yang sedang tidur sambil memeluk lengan Chanyeol.
" Ya lah. Mesti mereka couple" ujar Eunbin pula. Jongdae melihat ke arah Chanyeol dan Injong.
" Yeol, korang co-"
" Syshhh diam! Dia tidur" kata Chanyeol. Jongdae mencebik lalu lengan Haneul dia peluk dan dia menutup rapat matanya.
Lima jam mereka berada di dalam bas dan akhirnya mereka sampai di Busan. Chanyeol memegang erat tangan Injong. Seul Rin pandang Chanyeol.
" Uyooo oppa dah couple" ujar Seul Rin. Sehun mencuit lengan kekasihnya.
" Pergi dekat hujung sana jom sayang!" kata Sehun dan tangan kekasihnya di tarik. Injong membetulkan tali kasutnya.
" Pelajar lelaki sila berada di sebelah kanan saya dan pelajar perempuan berada di sebelah kiri saya" ujar Puan Kim. Semua pelajar mengikut arahan.
" Injong, nanti kita satu khemah tau" kata Haneul dan dia duduk di sebelah Seul Rin. Rambutnya ( Haneul) yang di ikat dua oleh Seul Rin tadi di main.
" Sayang, saya nak cari kayu. Awak nak ikut?" ujar Jongin kepada Eunbin. Eunbin mengangguk. " Jom!"
" Rin, cari kayu jom. Encik Lee suruh cari kayu dekat dalam sana. Teman saya jom" ujar Sehun. Chanyeol menolak kepala Sehun. " Kau dah kenapa!"
" Jangan ikut dia Rin. Jantan ni bukan boleh percaya. Hutan ni Oh Sehun" kata Chanyeol.
" Memang kau nak menikmati dalam hutan ke Oh Sehun?" soal Injong.
" Gila ke aku nak nikmati dalam hutan? Lagi pun kita baru bawah umur. Aku bukan jahat sangat nak sembur anak dara orang sesuka hati. Dah lah, jom sayang" terus sahaja tangan Seul Rin di tarik supaya mengikutnya.
" Neul, teman Dae ambil air dekat sungai belakang tu" kata Jongdae. Haneul berdiri dan bontotnya di tepuk kerana kotor dek tanah.
" Jom! Neul nak cuci muka sekali" kata Haneul. Chanyeol pandang Injong.
" Awak nak duduk sini aje ke?" soal Chanyeol. Injong mengangguk. " Kalau macam tu, awak tunggu sini okay? Saya nak ikut Sehun cari kayu. Dia tu gatal. Nanti dia kerjakan adik saya" ujar Chanyeol dan dahi kekasihnya di kucup sekilas.
Injong berasa amat bosan. Dia mengambil keputusan untuk mengekori Chanyeol. Sedang Injong berjalan menuju masuk ke dalam hutan, Injong ternampak Chanyeol dan Rose sedang berkucupan.
" Yeol" kata Injong. Chanyeol menolak Rose dengan kasar dan dia terkejut melihat Injong.
" Injong, ini bu-"
" Awak penipu Yeol!" kata Injong dan dia berlalu pergi. Chanyeol ingin mengejar Injong tetapi dia di tahan oleh Rose.
" Yeol, I masih sayangkan you" ujar Rose. Chanyeol mengetap rahangnya dan Rose di tolak sehingga gadis itu terjatuh.
" Aku tak sayangkan kau lagi Rose! Aku sayangkan Injong!" kata Chanyeol dan dia mengejar Injong.
Injong berjalan sambil menangis dan tiba-tiba dia terpijak ranting pokok dan itu menyebabkan dia terjatuh.
" Ah! Jongin! Jongdae! Tolong!" jerit Injong yang hampir terjatuh ke dalam gaung. Ranting pokok besar di pegang. " Tolong!" jerit Injong sambil menangis.
" Dae, aku dengar suara Minnie" ujar Jongin. Jongdae menyuruh Seul Rin dan Sehun diam.
" Ya itu suara Injong" ujar Sehun pula. Jongdae berlari ke arah suara Injong meminta tolong.
" Injong! Injong dekat mana!" jerit Jongdae. Mereka semua menjerit memanggil nama Jongdae. Jongin melihat Chanyeol.
" Yeol, Injong" kata Jongin.
" Kenapa dengan Injong? Mana dia?" soal Chanyeol panik.
" Kami tak tahu. Kau dengar tu suara dia minta tolong" kata Jongdae.
" Jom kita cari dia" ujar Chanyeol dan mereka menjerit memanggil nama Injong. Manakala Injong sedang menangis.
" Tolong" tangis Injong.
" Injong-ah!" kata seseorang.
" Jimin. Jimin tolong saya" pinta Injong. Jimin memegang tangan Injong.
" Jangan lepas tangan saya okay? Pegang kuat-kuat" kata Jimin dan dia menarik Injong naik ke atas.
" Injong!" jerit Seul Rin dan dia menghampiri Injong yang sedang di selamatkan oleh Jimin.
" Injong-ah kenapa boleh jadi macam ni? Sini aku dukung dia" ujar Jongin. Injong tidak mahu. Dia masih memeluk tubuh Jimin. Chanyeol hanya mendiamkan diri.
" Biar aku dukung dia. Mari kita ke khemah. Luka pada kaki dia teruk ni" kata Jimin dan mereka semua ke tapak perkhemahan semula.
" Something bad happen?" soal Haneul dan Seul Rin serentak. Chanyeol meraup wajahnya dan dia meninggalkan adik kembarnya. " MEMANG TAK SAYANG ADIK LAH KAU NI!"
Sign Out
aku tahu bab ni hambar. tapi baca je lah dan vote je lah 😂 bye
YOU ARE READING
[C] One and Only •PCY•
Fanfic" Because you're my one and only Minnie" " I want you always by my side. Ain't nobody but you" Park Chanyeol ft Kim Injong. coverby: @suamikucapang61