Injong pandang Sehun yang sedang bermain bersama Channie. Tiba-tiba sahaja dia ( Injong) teringat akan Chanyeol. Rindu? Tidak. Dia ego. Ya, ego kerana Chanyeol sendiri. Bukan ego, tapi dia sudah tawar hati dengan lelaki itu.
" Anak kau mana Sehun?" soal Injong. Sehun sudah mempunya anak. Baru lahir empat bulan yang lepas pada hari jadi dia ( Sehun) sendiri.
" Dekat rumah eomma aku. Dia kan halmeoni dia jaga" kata Sehun. " Minnie"
" Apa kau?" soal Injong sambil itu dia menyusun pampers anaknya.
" Kenapa kau dah makin rapat dengan Seokmin?" soal Sehun. Injong pandang Sehun. " Aku bukan tak suka. Ya, dia juga sahabat kita dan dia cousin aku tapi ingatlah Minnie, kau masih isteri orang"
" Kau kenapa Sehun? Tiba-tiba aje jadi baik?" soal Injong pelik. Jarang Oh Sehun nak jadi baik.
" Bukan apa, aku cuma entahlah. Seokmin tu macam suka dengan kau. Kau tahu bukan, kami semua nak kau dan Yeol bahagia semula" ujar Sehun.
" Macam mana nak bahagia kalau Chanyeol sendiri tak ada usaha nak pujuk aku? Yes, aku tawar hati dengan dia but at least dia jumpa aku dan tengok anak dia. One year Sehun. One year, he left me. Aku bersalin tanpa seorang suami di sisi aku. Seokmin yang teman aku masuk labour room" ujar Injong dan tiba-tiba sahaja dia menangis.
" Kenapa masa tu kau nak Seokmin yang teman kau? Aku ada tanya kan, kau nak Yeol tak masa tu dan kau sendiri cakap, kau tak perlukan Yeol. Kau ego Injong. Kau ego!" ujar Sehun.
" Jadi, kau nak salahkan aku kalau aku ego? Aku ego sebab Yeol. Kau tak tahu apa yang dia lakukan dekat aku semasa aku mengandungkan Channie. Dia hampir bunuh Channie kau tahu tak!" ujar Injong sambil itu dia menangis.
" Dah lah. Aku balik dulu" kata Sehun dan Channie di letakkan semula di atas sofa. Sehun berlalu pergi. Malas dia mahu bertikam lidah dengan Injong.
Sehun pergi ke hospital tempat isterinya bertugas. Seul Rin yang sedang berborak dengan seorang jururawat di hampiri lalu bahu si isteri di cium sayang.
" Amboi! Sweet betul suami doktor Park" ujar jururawat itu. Sehun hanya tersenyum.
" Balik lah lagi sayang. Ara dekat rumah eomma tu" ujar Sehun.
" Sabarlah. Tengah tulis rekod pesakit kejap. Uhm, oppa ada masalah ke?" soal Seul Rin dan dia menghampiri ruangannya.
" Sayang, Yeol tak nak ke balik sini? Setahun dah dia tinggalkan Minnie. Channie pun dah lahir. Yeol me-"
" Kita tak boleh paksa dia" ujar Seul Rin. Sehun mencebik. " Oppa kenapa? By the way, esok ada makan-makan dekat rumah Eunbin"
" Sayang, kenal tak Seokmin?" soal Sehun. Seul Rin mengangguk.
" Kenal lah. Dia kan cousin awak yang merupakan kawan baik Injong eonnie" ujar Seul Rin sambil itu dia menyimpan barangnya ke dalam beg tangan jenama LV.
" Oppa tak suka sebenarnya Minnie rapat dengan Seokmin" luah Sehun.
" Then? The problem is?" soal si isteri dan pinggang si suami di peluk.
" The problem is Minnie. Dia dah tahu dia tu isteri orang, kenapa dia masih nak rapat dengan Seokmin? Last week, Seokmin slept at her house. Dia masih isteri Yeol tahu tak?" kata Sehun.
" Hurm, tak tahu lah nak cakap apa. Kita tak tahu apa yang eonnie rasakan. Tak apa, nanti sayang slow talk dengan dia. Tak pun, sayang suruh Eun atau Haneul" kata Seul Rin. Sehun tersenyum.
" Jomlah balik. Rindu dengan demot" ujar Sehun dan tangan isterinya di pegang lalu mereka pergi dari hospital itu.
----------------
Seokmin duduk termenung di koridor rumahnya. Kata-kata lelaki tadi masih terngiang-ngiang pada telinganya.
" Aku perlukan bantuan kau" ujar lelaki itu.
" Bantuan apa?" soal Seokmin pelik. " Dan, mana kau tahu nama aku?"
" Mana aku tahu nama kau itu tidak penting. Kau bencikan Chanyeol bukan?" soal lelaki itu.
" Mana kau tahu semua ini? Siapa kau?" soal Seokmin dengan emosi.
" Mana aku tahu itu tidak penting. Aku cuma mahu kau hancurkan hidup Chanyeol. Dia dah ada dekat Seoul ini. Cara kau mudah saja, kau goda Injong dan kau buatkan Injong percayakan kau dan bencikan Chanyeol" ujar lelaki itu dengan sinis dan dia berlalu pergi tanpa memberitahu siapa dirinya yang sebenar.
" Hyung" tegur Lee Chan yang merupakan adik kepada Seokmin.
" Ya?" wajah si adik di lihat.
" Kau termenung apa?" soal Lee Chan dan pinggan buah yang ada pada tangannya di letakkan di atas meja.
" Chan, hyung ada sukakan seorang perempuan" ujar Seokmin. Lee Chan memandang wajah abangnya.
" Kau luah lah dekat dia" jawab Lee Chan.
" Tapi, dia isteri orang dan erm cerita dia macam ini, dia sahabat hyung. Kau kenal bukan Kim Injong?" soal Seokmin.
" Oh ya. Kenal. Dia sahabat Sehun kan?" soal Lee Chan. Seokmin mengangguk. " Kalau kau tahu dia isteri orang, kenapa kau sukakan dia? Kau memang nak ke jadi perampas isteri orang?"
" Kau dengar lah aku nak cerita ni. Sebenarnya, suami dia dah tinggalkan dia selama satu tahun. Something bad happen between them. Aku tak pasti apa yang berlaku tapi, dia cakap dia dah tawar hati dengan suami dia. Perlu ke aku cuba untuk dapatkan dia Chan?" soal Seokmin.
" Tidak. Kau tidak perlu dapatkan dia. Walaupun dia di gantung tidak bertali oleh suaminya, kau tidak perlu dapatkan dia. Mungkin suami dia tinggalkan dia sebab suami dia nak tenangkan diri? Kalau boleh hyung, aku tak nak kau ganggu rumah tangga orang" ujar Lee Chan.
" Lagi satu Chan, tadi ada seorang lelaki jumpa aku. Dia suruh aku hancurkan hidup suami Injong. Dia suruh aku dapatkan Injong. Aku tak tahu apa motif lelaki tu" kata Seokmin.
" Kau jangan ikut apa yang orang tu suruh buat. Aku percaya kau baik. Aku percaya kau tak akan hancurkan rumah tangga orang" kata Lee Chan. Seokmin hanya mendiamkan diri. " Janganlah hyung. Jangan buat benda yang orang tu suruh. Injong tu kawan kau. Kau sepatutnya tolong dia supaya dia kembali dengan suami dia" kata Lee Chan panjang lebar dan Seokmin hanya mendiamkan diri.
------------------
Injong keluar dari rumahnya dan dia melihat ada kotak di hadapan rumahnya. Kotak tersebut di buka dan dia terkejut melihat bangkai anjing di dalam kotak itu.
" Ya Tuhan!" kata Injong. Haneul dan Eunbin yang baru sahaja datang terus menghampiri Injong yang sedang terduduk di hadapan rumahnya itu.
" Eonnie, ke... Ya Tuhan!" jerit Haneul setelah melihat bangkai anjing itu.
" Kau dapat ugutan" ujar Eunbin. Nota kecil yang ada di dalam kotak itu di ambil.
" AKU AKAN HANCURKAN HIDUP KAU SEPERTI MANA KAU HANCURKAN HIDUP ISTERI AKU DAN KAU PENYEBAB ANAK AKU MATI!"
" Kita la-"
" Jangan. Tolong jangan" kata Injong.
" Kenapa? Kau kena ugut kau tahu tak" kata Eunbin.
" Mungkin ini bukan untuk aku. Mungkin orang ini salah rumah. Kita buang saja benda ini" ujar Injong dan kotak itu di buang ke dalam tong sampah. Eunbin berasa tidak sedap hati sama seperti Haneul. " Mari masuk"
" Aku akan buat kau rasa takut lagi Kim Injong" ujar seorang lelaki dan dia berlalu pergi.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Aku tahu hambar tapi vote lah 😂
YOU ARE READING
[C] One and Only •PCY•
Fanfiction" Because you're my one and only Minnie" " I want you always by my side. Ain't nobody but you" Park Chanyeol ft Kim Injong. coverby: @suamikucapang61