21- Culik

183 29 3
                                    

Chanyeol masuk ke dalam balai polis dan dia melihat Haneul dan Seul Rin menangis sambil di peluk oleh suami mereka.

" Macam mana Channie boleh kena culik?" soal Chanyeol kepada adiknya.

" Penculik tu terus rampas Channie daripada Rin. Rin terus jatuh dekat tepi jalan" ujar Haneul sambil menangis.

" Rileks. Kami sedang memeriksa cctv" ujar Mingyu yang merupakan orang bawahan Jongdae.

" Dapat tak call Minnie?" soal Jongin kepada Jongdae.

" Tak wei. Dia tutup fone. Ya Tuhan mana Injong ni" ujar Jongdae. " Tak apa, kalau dalam masa dua puluh empat jam kita tak dapat call Injong, aku akan trace nombor dia"

Chanyeol cuba mendail nombor isterinya tetapi gagal.

" Aku pergi hospital tempat dia kerja" ujar Chanyeol dan dia berlari keluar dari balai polis. Chanyeol menuju ke hospital di mana tempat isterinya bertugas. Setiba di hospital, Chanyeol masuk ke dalam bangunan hospital tersebut.

" Seokmin" panggil Chanyeol. Seokmin memandang ke arah Chanyeol. Beg tangan milik Injong berada di tangan Seokmin di pandang.

" Isteri kau kena culik Yeol. Pihak pengawal keselamatan sedang memeriksa cctv. Ini beg tangan Injong" ujar Seokmin.

" Ya Tuhan. An.. anak aku pun kena culik" kata Chanyeol dan tiba-tiba sahaja dia terduduk. Seokmin menghampiri Chanyeol.

" Kau dah buat laporan polis?" soal Seokmin. " Dan, kau ada musuh ke?"

Chanyeol terdiam seketika. Dia cuba untuk ingat semula siapa musuhnya. Chanyeol memandang wajah Seokmin.

" Teman aku balik rumah aku. Ada benda aku nak tunjuk dekat kau" ujar Chanyeol. Seokmin mengangguk dan dia mengikut Chanyeol pulang ke rumah.

Chanyeol menyelongkar laci milik isterinya. Banyak kertas ugutan yang Injong dapat. Chanyeol pandang Seokmin.

" Kau tak ada syak sesiapa ke? Betul ke kau tak ada musuh? Cuba kau ingat balik" kata Seokmin. " That means, Injong dah lama dapat nota ugutan ni"

" Aku memang tak ada musuh Seokmin. Kau aje lah musuh aku dulu" kata Chanyeol. Seokmin tergelak kecil.

" Bodohlah kau ni. Okay, jom kita pergi ke balai dan tunjuk dekat Jongdae abang Injong tu benda ni" ujar Seokmin. Chanyeol mengangguk dan dia berlalu pergi bersama Seokmin.

-------------

Bunyi tangisan seorang bayi mengejutkan Injong daripada tidur. Kepalanya terasa sakit. Tangannya juga terasa sakit. Baru dia perasan rupanya dia di ikat pada kerusi.

" LEPASKAN AKU!" jerit Injong. Kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu sambil mendukung seorang bayi. " CHANNIE!"

" Diam. Anak kau sedang tidur" ujar lelaki berwajah tidak ubah seperti seorang lelaki tidak waras.

" Kau siapa? Kenapa kau culik aku dan anak aku? Apa kau mahu? Kau mahu duit? Aku boleh bagi. Tapi, tolong lepaskan aku dan anak aku" ujar Injong.

" Aku tak nak duit kau. Aku nak kau dan anak kau mati dan suami kau terseksa" kata lelaki itu dan Channie di campak ke atas tilam yang ada pada lantai bilik itu.

" ANAK AKU!" tangis Injong. Topeng mulutnya ( Si penculik) di buka. " Jimin!"

" Ya aku. Kenapa? Terkejut?" soal Jimin. Dia ( Jimin) duduk di atas paha Injong. Pipi wanita itu di cengkam kuat. " Kau tahu bukan? Isteri aku mati kerana suami kau?"

" Yeol tak bunuh isteri kau. Isteri kau mati sebab dia sendiri. Kenapa dia perlu guna bomoh untuk dapatkan Chanyeol? Bila di simbah dengan air gereja, mati pula!" ujar Injong. Jimin tergelak kecil dan rambut Injong di tarik dengan kasar.

" SEBAB SUAMI KAU ISTERI AKU MATI! ANAK AKU PUN MATI INJONG! ANAK AKU MATI! AKU SAYANG ANAK AKU TAHU TAK!" ujar Jimin dengan geram.

" KALAU KAU SAYANG ANAK KAU, KAU TAK AKAN MENGEDAR DADAH JIMIN! KALAU KAU CINTA ISTERI KAU, KAU TAK AKAN JADI PENAGIH DADAH! INI SEMUA SALAH KAU SENDIRI! KAU MASUK PENJARA DAN KAU TINGGALKAN ISTERI DAN ANAK KAU! ISTERI KAU RASA SUNYI DAN DIA CARI SUAMI AKU! DIA GUNA BOMOH UNTUK DAPATKAN CINTA SUAMI AKU!" ujar Injong dan dia menangis. Jimin menarik kasar baju Injong dan dia meraba-raba tubuh Injong.

" Jimin, stop it" kata seorang wanita. Jimin memandang ke arah wanita itu.

" Eun... Eunyoung" ujar Injong terkejut. Eunyoung tersenyum sinis.

" Sudah Jimin. Kau raba dia apa kau dapat? Sudah. Jangan cederakan dia" ujar Eunyoung. " Dia patut mati dalam keadaan yang tak cedera"

" Eunyoung kenapa kau buat se-"

" Aku nak kau hidup terseksa. Kau tahu bukan, aku suka Chanyeol?" soal Eunyoung.

" Tak Eun. Aku tak tahu kau suka Chanyeol dan sejak bila kau suka dia?"
soal Injong.

" Aku suka Yeol dah lama. Sejak Yeol couple dengan kakak aku , Rose. Aku yang buat kakak aku dan Yeol putus sebab aku suka Yeol. Aku bagi Yeol barang tapi aku tulis nama kakak aku" kata Eunyoung. " Kakak aku mati sebab adik ipar kau simbah dia dengan air gereja dan muka dia jadi buruk" sambungnya lagi.

" Salah kakak kau sendiri Eunyoung. Haneul buat semua itu sebab dia nak sedarkan suami aku yang telah di bomohkan oleh kakak kau!" ujar Injong. Channie menangis kerana perutnya di pijak oleh Eunyoung. " Ya Tuhan! Jangan Eun! Jangan pijak anak aku"

" Sudah Eun. Mari kita berfoya. Biarkan dua beranak ini" ujar Jimin dan tangan Eunyoung di tarik dan di bawa keluar dari bilik itu.

" Sayang anak eomma, jangan nangis ya? Sabar ya sayang. Appa akan datang selamatkan kita" kata Injong sambil menangis.

------------------

Mereka semua berada di rumah Chanyeol. Jongdae memulakan kerjanya untuk mencari di mana keberadaan Injong dan di mana penculik Channie.

" Yeol, kau memang tak ada musuh ke?" soal Seokmin lagi.

" Tak ada" jawab Chanyeol dan wajahnya di raup. " Ya Tuhan mana anak dan isteri aku"

" Jap Dae, cuba kau zoom lagi dekat lelaki yang dengan Injong tu" ujar Sehun. Jongdae zoom ke arah lelaki yang di katakan oleh Sehun tadi.

" Kejap, aku macam kenal muka dia ni" ujar Seokmin.

" Gyu, kau zoom nombor kereta tu" ujar Jongin. " Kejap, aku macam pernah tengok lah nombor kereta ni. Tapi dekat mana eh?" soal Jongin.

" Ya. Aku kenal lelaki ni. Dia lah yang selalu jumpa aku. Dia lelaki yang suruh aku goda Injong dan hancurkan hidup Chanyeol" ujar Seokmin.

" Kau tahu nama dia?" soal Jongdae.

" Tak. Dia tak bagi tahu aku nama dia. He knows everything about me. Dia tahu aku tak suka dengan Yeol pada waktu zaman sekolah dulu. Dia tahu nama aku dan tempat tinggal aku" kata Seokmin. Seul Rin pandang Eunbin dan Eunbin pandang Haneul.

" PARK JIMIN!" ujar mereka bertiga.

" Sayang, pahal sebut nama dia? Dia kan dalam penjara" kata Jongin kepada Eunbin.

" Eh tak. Dia dah bebas" ujar Mingyu. Jongdae pandang Mingyu.

" FUCK!"

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

hambar? ya hambar 😂 vote dan baca ya. Hiks

[C] One and Only •PCY•Where stories live. Discover now