16- Lee Seokmin

205 32 10
                                    

Satu minggu kemudian.....

Chanyeol pov.

Aku hanya melihat Injong melalui cermin wad dia. Aku tak akan masuk. Luka pada badan dia membuatkan aku benci akan diri aku. Hari ini, aku akan berangkat ke Berlin. Aku akan pergi buat sementara.

" Kau tak nak masuk?" soal Jongin. Aku pandang Jongin dan aku menggeleng. " Why? Kau takut?"

" Dia sedang mengandung. Kau sendiri juga cakap jangan jumpa dia sebab dia mengandung dan takut dia stress" ujar aku.

" But, kau kan nak pergi. At least suruh dia tengok kau" celah Jongdae.

" Mana lah tahu, nanti dekat Berlin kau mati ke kan?" celah Sehun pula. Jongin dan Jongdae pandang Sehun dan lelaki itu di cekik.

" KAU DIAM BOLEH TAK OH SEHUN!" marah Jongdae. Sehun mengekeh suka walaupun dia dah kena cekik.

" Jumpalah dia" kata Jongin.

" Tak apa. Aku tengok daripada sini aje" ujar aku.

" Erm kalau macam tu, jom lah aku hantar" kata Jongdae.

" Apa kau nak hantar sorang? Aku ikut!" kata Sehun. Aku mengangguk dan kami berlalu pergi. Melihat Injong daripada jauh cukup membuat aku tersenyum.

Setiba di lapangan terbang, mereka bertiga melihat wajah aku. " Apa?" ujar aku.

" Yeol, walaupun kau dah sakitkan adik aku, tapi kan Yeol, aku sayang kau tau member" ujar Jongdae dan tubuh aku dia peluk erat.

" Ya Yeol. Aku pun sayang kau" kata Jongin dan dia juga peluk aku.

" Maaflah aku bukan gay nak peluk kau. Kau dah lah dah buat isteri aku keguguran. Penat aku kayuh perahu tau! Kau senang-senang musnahkan" ujar Sehun.

" Wei babi, kau jangan setan sangat boleh tak!" marah Jongin.

" Mana ada aku babi. Aku manusia. Ada ke babi pakai pakaian smart macam aku ni?" ujar Sehun.

" Kenapa Seul Rin adik kau tu boleh suka dekat si bodoh ni eh? Spoil mood betul lah dagu tajam ni" ujar Jongdae geram.

" Aku gurau. Aku pun sayang kau Yeol. Alaaa aku tak nak menangis" kata Sehun. Aku tergelak kecil. Walaupun mereka bertiga bencikan aku sebab aku lukakan ' princess kesayangan' mereka, mereka tetap sayangkan aku.

" OPPA!" aku dengar bunyi suara manusia panggil aku. Haneul dan Seul Rin berlari ke arah aku. " Oppa!" kata mereka serentak.

" Neul, siapa suruh awak berlari? Kalau jatuh dalam perut tu, merana hidup Neul. Bukan senang nak ajak awak menikmati" ujar Jongdae. Kakinya disepak oleh Haneul.

" DIAM!" marah Haneul. " Oppa, oppa nak pergi mana? Oppa nak tinggalkan Neul dan Rin?"

" Oppa jahat kalau oppa tinggalkan kami berdua" ujar Seul Rin dan dia mencebik.

" Oppa akan ke Berlin. Oppa nak tenangkan diri oppa. Buat masa sekarang, oppa perlu bagi ruang dan masa untuk isteri oppa" ujar aku.

" Kenapa mesti Berlin?" soal Haneul dan Seul Rin serentak.

" Oppa kan ada syarikat dekat sana. Alang-alang oppa kerja sekali. Dekat sini, biar suami kamu yang uruskan"
ujar aku kepada Seul Rin.

" Tenanglah oppa. Semoga hubungan oppa dan eonnie selepas ni baik-baik saja. Kami doakan" ujar Haneul. Aku tersenyum dan dahi mereka berdua aku cium sayang.

----------

Selepas mereka melihat Chanyeol masuk ke balai berlepas antarabangsa, mereka berlima kembali ke hospital.

" Erm, kau tak ada kerja ke Hun? Aku tengok kau ni rileks aje" ujar Jongdae.

" Tak. Aku cuti tiga bulan" ujar Sehun dan rambut si isteri di main.

" Kau, kerja CEO. Bukan ke selalu busy? Apahal cuti tiga bulan? Kalah aku kerja sebagai doktor" kata Jongin.

" Aku cuti bersalin" kata Sehun dan dia mengekeh suka. Jongin dan Jongdae menyepak kaki Sehun. " Auch! Sakitlah. Tak ah, aku ambil cuti sebab tiga bulan lepas aku selalu outstation. Lepas tu, aku tak ada cuti tiga bulan lepas. Kau tanya Rin. Hari ahad pun aku kerja"

" Syok ah kau cuti. Aku ni, kes dekat balai tu berlambak. Haneul bersalin aku ambil cuti kaw kaw punya nanti" ujar Jongdae dan dia tersenyum. Mereka berborak sambil berjalan ke arah kafe.

Eunbin menyentuh tangan Injong yang sedang tidur. Surat yang di berikan oleh Chanyeol di letakkan di atas meja sebelah katil Injong.

" Dia tak akan lepaskan kau Injong. Dia sayang kau. Aku pun tak akan teruskan kes ini. Aku tak nak kau dan Yeol berpisah. Aku sayang kau dan aku nak kau bahagia seperti aku dan yang lain. Injong, aku tahu kau seorang wanita yang kuat. Semoga kau dapat maafkan Chanyeol kelak" monolog Eunbin dan dahi sahabatnya di cium sayang.

-------------------------

Satu tahun kemudian.....

" Seokmin!" jerit Injong dan terus sahaja telinga lelaki tinggi itu di tarik. " Saya cakap jangan bagi Channie susu sejuk! Kenapa awak bagi?"

" Eyyyy maafkan saya lah. Mana saya tahu susu tu sejuk" ujar Seokmin. Lee Seokmin merupakan sahabat baik Injong.

Dulu, pada usia Injong empat belas tahun, Injong dan Seokmin berpisah kerana Seokmin perlu pindah ke Jepun ikut keluarganya. Seokmin juga sahabat kepada Sehun. Jongin dan Jongdae juga kenal Seokmin. Boleh di katakan Seokmin ini ada pertalian darah dengan Sehun. Senang cerita, Lee Seokmin ini adalah sepupu Sehun belah eomma Sehun.

Injong bertemu semula dengan Seokmin semasa dia berpindah di hospital psikologi. Kim Injong ini merupakan doktor psikologi. Abangnya si Jongin itu doktor di hospital biasa.

Seokmin ini juga seorang doktor psikologi. Dia dan Injong bekerja di satu hospital yang sama dan daripada situ lah mereka bertemu semula dan rapat.

" Kalau Channie sakit perut, siap awak!" marah Injong. Park Channie. Setahun yang lepas, Injong selamat melahirkan bayi lelaki yang di beri nama Park Channie. Sekarang si kecil itu sudah berusia sembilan bulan.

" Injong" panggil Seokmin. Injong pandang Seokmin.

" Apa?"

" Awak tak rindukan suami awak?" soal Seokmin sambil itu dia mengambil buah tembikai yang di potong oleh Injong tadi.

" Eh, esok kita ada mesyuarat dengan Prof Jung" kata Injong sengaja mahu menukar topik perbualan.

" Injong, jawab soalan saya" kata Seokmin.

" Satu tahun dah dia tinggalkan saya. Biarlah dia. Surat yang dia bagi tu pun dia ada cakap dia akan kembali kalau dia dah bersedia. Biarkan dia Seokmin. Saya dah tawar hati dengan dia" ujar Injong.

" Awak dan dia sudah bercerai?" soal Seokmin.

" Tak. Dia tak isi borang tu. Eunbin pun tak dapat nak bantu" ujar Injong.

" Injong, sebenarnya saya su-"

" KIM INJONG KESAYANGAN SEHUN!!!" jerit Sehun dan terus sahaja tubuh wanita itu di peluk erat. Seokmin hanya melihat sepupunya ( Sehun) memeluk Injong.

" Kau kenapa Sehun?" soal Injong.

" Rindu saja dengan kau. Injong, masuk dalam jom! Aku nak gomol pipi Channie! Rin tak ada. Dia shift malam. Jadi, aku lepak rumah kau sampai Rin balik jam sebelas nanti" ujar Sehun dan terus sahaja tangan Injong di tarik dan di bawa masuk ke dalam rumah.

Seokmin menunduk. Baru sahaja dia mahu meluahkan sesuatu, tetapi si Sehun ini pula menganggu. Seokmin berlalu pergi dari rumah Injong dan baru sahaja dia hendak masuk ke dalam kereta, namanya di panggil oleh seseorang.

" Lee Seokmin"

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Cuba teka, Seokmin jahat atau baik?

kekekekekke!

Teka, siapa datang tu?

Clue; PARK JIMIN IS BACK!

[C] One and Only •PCY•Where stories live. Discover now