Ep.4

136 18 5
                                    

Aku dengan Seolhee makan di cafe.Tetiba dua orang lelaki datang ke arah kami.

Samuel dan Woojin.

Mereka duduk di depan kami sambil membawa makanan.

"Kau asal duduk sini?" tanya Seolhee.

"Suka hati akulah,"

"Takde tempat lain ke nak duduk?" tanyaku pula.

"Takde.Kalau aku duduk sini kau bolehlah stalk badan aku,"

"Merepek je kau ni,"

kataku.Malu.Kami pun duduk jelah kat situ.Kalau makan selalu duduk beralih tempat ni,nanti banyak laki.

"Pasal gua Gorven tu.Mesti korang berdua pergi kan?" tanya Woojin.

"Of courselah.Kitaorang kan dari jurusan geografi,"

"Aku dengar cite Kang Daniel and the gang pergi,"

"Apa?Dorang pergi?"

"A'ah.Nanti kau bolehlah tengok badan Daniel kan?" sampuk Samuel.

"Kau nak mati ke?"

Aku acah-acah nak tumbuk Samuel.Dia julirkan lidahnya.

"Eii...Geramnya aku,"

"Sabar.Sabar," Seolhee menenangkan aku.

"Pengunguman.Pengunguman.Kepada pelajar yang menyertai kajian tentang peristiwa ke gua Gorven.Sila ke dewan segera."

Kedengaran suara saem dari speaker.

"Aduh,kena pergi pula.Malasnya,"

"Wei,jomlah.Jangan nak malas sangat," ajak Seolhee

"Yelah.Jom,"

"Blah macam tu je?" tanya Samuel.

"A'ahlah.Habistu nak suruh aku cakap sayang baru nak pergi?" aku dan Seolhee terus pergi.

Samuel memegang dadanya.Dup dap dup dap.

"Kau asal?"

"Tak...Tak ada apa-apalah," Ouhh!Apakah perasan ini?

Di dewan

Saem hanya beri peringatan asas je sebab benda tu lama lagi.Saem suruh kami cari peristiwa yang pernah berlaku kat gua tu pada masa dahulu.

"Semua boleh bersurai kecuali Ahn Eunho,Kim Seolhee,Kang Daniel and the gang,"

Semua pelajar beredar.Tinggallah aku,Seolhee dan BK.

"Kenapa cikgu panggil kami?" tanya Seongwoo

"Saya panggil kamu semua ni untuk satukan kumpulan kamu,"

"Apa?"

"Kenapa?"

"Sebab kamu punya kumpulan sikit.Jadi kamu semua kena pergi gua gorven tu sama-sama," jawab Saem.

"Tak boleh tukar ke?" tanya Jihoon.

"Tak boleh yer,"

Saem menepuk bahu Jihoon dan terus berlalu pergi.BK pandang ke arah kami berdua.

"Apa?" jerit Seolhee.Dia ni memang ganas sikit.Tak kiralah depan crush ke depan aku ke sama je perangai dia.Aku diam je sebab Kang Daniel kat depan.Berdegup.두근~~두근~~

"Kami pergi dulu sebab ada class.Nanti kalau ada apa-apa kitaorang inform.K?" kata Seongwoo.Kami mengangguk.BK terus pergi.

"Wei...Aaaa!!!"

Aku menjerit macam orang tak betul.BK yang mendengar jeritan kuat aku terus patah balik,"

"Kenapa?Kenapa?Kenapa?" tanya Jihoon.

"Kenapa?Apa?Kat mana?Siapa?"

Tanya Taeyong.Apa lagi Joo Hyuk terus tolak kepala Taeyong.Dia memegang kepalanya.

"Sakitlah,"

"Boleh tak jangan tanya tu bertalu-talu.Yang tak de kene mengena pula tu,"

Taeyong hanya menjeling Joohyuk.

"Sape menjerit tadi?" tanya Daniel.

"Tak de siapa-siapa,"

BK pandang sesama sendiri dan mengangkat bahu mereka.Mereka terus pergi.

"Kau rasa tak apa yang aku rasa?"

"Manalah aku tau apa kau rasa,"

"Teruja...,"

________________
Bersambung

𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐍𝐨𝐭 𝐌𝐲 𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧Where stories live. Discover now