Di dorm perempuanAku duduk bersila di atas katil.Rasa tak sabar pula nak buka hadiah dari V ni.Aku melepaskan nafas sebelum menguak beg kertas tersebut.Aku mengeluarkan kotak hitam yang nampak misteri sikit.Setelah aku membuka penutup kotak hitam tersebut,mataku terus bersinar.
(Gambar di media)
"Coklat!Aku suka coklat," aku tak dapat control teruja aku.Dahlah kegemaran aku.3 layer lak tu.Mesti mahal.Dengan terujanya aku memasukkan 2 keping coklat sekaligus di dalam mulut.Rasanya sedap giler.Cair dalam mulut.
Setelah habis melahap coklat tersebut,aku mengeluarkan sebuah teddy berwarna putih.V tiruan suka sangat bagi aku teddy bear.Aku taulah aku suka benda tomey-tomey nie.Tapi aku bersyukur juga ada orang nak bagi hadiah kat aku.Aku tau aku tak laku.Emo pula.
Aku meletakkan teddy bear tersebut di atas katil.Tangan aku mencapai dua pucuk surat.Satu warna pink manakala satu lagi warna biru.
"Nak baca mana satu ni?" aku mengurut bawah daguku.Lebih baik aku baca yang warna biru ni dulu.Aku membuka sampul surat tersebut lalu mengeluarkan sepucuk surat daripada sampulnya.
Hai,Eunho.Awak kenal saya tak?Saya V.Bukan V tiruan tapi V sebenar.Kim Taehyung.Saya diamanahkan oleh V tiruan untuk bagi hadiah ni kat awak.Awak suka tak?Mestilah suka kan sebab dapat dari idola awak sendiri.Hehe.
Untuk pengetahuan awak,saya dan V tiruan tu dah lama kawan sejak umur saya 14 lagi.Dia pun baru 12 tahun.Comeljer.Maaflah terthrowback pula.Tujuan sebenar saya tulis surat ni sebab nak bagitau yang V tiruan tu seorang yang baik dan setia.Saya tau perangai dia macam mana.
Dia betul-betul sayangkan awak cuma dia malu nak cakap sebab dia takut awak tolak cintanya.Kalau bolehlah awak bukalah pintu hati awak untuk terima dia.Ingat saya tak paksa tau.Benda ni terpulang kepada tuan punya badan.Saya hanyalah perantaraan.
Saya dah tengok gambar awak.Cantik.Patutlah V tiruan suka.Awak boleh simpan rahsia tak?Sebenarnya V tiruan tak tau saya bagi surat kat awak.Awak jangan bagitau dia tau kalau tak lebamlah muka saya LAGI.Dia tu kuat cemburu.Oklah.Saya kena pergi.Bye.Semoga awak berjaya buka hati awak untuk dia.
~Kim Taehyung
"Ahh!!!" jeritku.
"V bagi aku surat!!Aaa!!!" aku tekupkan muka di bantal sambil menjerit.Fikir boleh ke kawal bila idola yang kau gila-gilakan bagi kau surat?!Mana boleh..
Setelah penat menjerit,aku duduk kepada posisi asal.Aku menyimpan surat V tadi di dalam laci.Kena jaga elok-elok.Aku menggapai surat yang kedua.Aku mengeluarkan surat tersebut.Wangi.
Eunho!Cuba teka ni siapa?Ni mestilah V yang mencintai awak.Bukan V BTS ya?Dia takde kena mengena dengan hubungan kita.Dan lagi satu,hadiah tu bukan V yang bagi tapi saya.Saya tau ayat saya berbelit sikit.Saya panggil dia Taehyung jelah eh?Sambung balik.Dia hanya penghantar je.
Saya suruh Taehyung bagi kat awak sebab saya tau awak mesti happy bila dapat hadiah daripada dia kan?Happy tak?Mestilah happy kan.Fyi saya dengan Taehyung tu dah lama kawan sejak umur saya 12 lagi.Saya ada ceritakan pasal awak kat dia.Lepas tu dia boleh pula puji awak cantik.Apalagi saya tumbuklah perut dia.Padan muka.Haha.Minta maaflah saya layan idola awak mcm tu.Saya takut dia nak try awk.Walaupun dia kawan saya tapi lelaki tetap lelaki.
Kenapalah saya asyik cerita pasal si Taehyung tu je.Tujuan sebenar saya tulis surat ni nak bagitau awak siapa saya.Sila baca betul-betul.
>Nama marga saya Kim bukan Kim Taehyung
>Student
>Handsome hehePandai-pandailah awak cari.Semoga berjaya.Bye.
-Kim V
"Lawak apani?" dahlah bagi hint terlampau umum.Dalam uni ni ada banyak nama marganya Kim.Kim Jaehoon,Kim Hyungjoo,Kim Segi,Kim Samuel pun masuklah.Hehe.Lepastu dia tak cakap pula student dari uni mana.Buatnya dari uni lain.Tak ke naya?Macam mana aku nak cari?
Aku masukkan barang-barang pemberian V tiruan di dalam beg kertas semula.Aku memandang jam dinding berwarna putih itu.Dah pukul 3 lebih dah.Saem suruh pergi make-up room pukul 5.Patut tak aku pergi dulu?Aku menggosok bawah daguku.Pergi jelah.Apa salahnya datang awal?
####
Aku menguak pintu make-up room.Kosong.Hanya ada baju-baju sahaja.Aku mengambil tempat di hadapan cermin lalu melepaskan keluhan.Penat.Aku menghirup sedikit air cappucino panas ke dalam mulut.Sempatlah juga pergi coffee kat cafe tadi.
Aku mengeluarkan handphone dari poket seluar.Aku menekan aplikasi twitter dan dengan malas aku mengscrol halaman tersebut.Takde apaf yang menarik tapi ada satu post dari bts_twt.
bts_twt
bts_twt mujurlah segala demdam dan salah faham sudah diselesaikan.♥ you and 999,999,999 likes this photo
Aku tersenyum sendirian.Aku tau siapa yang Jungkook mention dalam caption dia ni.Hehe.Aku scrol insta pula.Kenapa bosan sangat ni?Aku mengerling jam di handphoneku.Baru pukul 3.50?
"Kalau aku tau aku tidur jap kat dorm.Menyesal pula datang awal,"
aku menutup mulutku yang sedang menguap.Mataku berair.
Ngantuk.
"Tidur dululah," aku menyimpan handphone di dalam poket semula.Mataku mula menjadi berat dan aku pun diulit mimpi.
####
Aku tersedar apabila seseorang menarik tanganku secara mengejut.Aku terbangun dari kerusi.
"Sape ni?" aku menggosok mataku yang kabur akibat baru bangun tidur.Lama-kelamaan pandanganku kembali seperti biasa.
"Daniel?" kenapa dia ada kat sini?Mukanya kelihatan sedang marah.Aku ada buat salah ke?
"Ikut aku," katanya dengan suara yang dingin.Dia menarik tanganku agar mengikut langkahnya.
"Kita nak pergi mana?"
"Neraka,"
"Huh?"
•••
Hai.Lama aku tak update.Handphone aku rosak skang dah ada handphone baru.Jadi bolehlah update.Tapi tak leh selalu update sebab aku sibuk dgn sekolah.Macam biasalah sekolah sucks as always.Tapi aku akan usahakan update secepat yang boleh.
aimiesuhaida04_ aku dah update dah.Puas hati?Ini bukan fake hope lagi.Haha.
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐍𝐨𝐭 𝐌𝐲 𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧
FanfictionNama aku Ahn Eunho.Umur aku 21 tahun.Belajar kat Seoyul University. Aku ada suka kat seorang lelaki ni dan aku tak pernah pun bercakap dengan dia.Secara tiba-tiba kumpulan dia dengan aku dan kawanku menjadi rapat disebabkan sebuah pertandingan. Sema...