Finale episode

131 21 13
                                    


Aku duduk di tempat kegemaranku iaitu di bangku hadapan tasik.Aku hanya memandang pelajar-pelajar yang berada di taman tersebut.Ada yang datang dua orang.Ada yang datang dengan group.Yang couple pun ada.

Yang lelaki baring di peha perempuan tersebut.Alah romantiknyer.Aku nak gak.Yang aku peliknya kenapa hari ni semua orang datang dengan teman kecuali aku?Siyes aku tengok aku sorang je yang alone di sini.

Aku menguis-nguis kaki di tanah.Tetiba sepasang kasut putih berjenama Nike di hadapanku.Aku mendongak.Senyuman terus terukir di mukaku.

"Jihoon,"

"Hai," Jihoon melambai padaku.

"Hai,"

"Sorang ke?"

"A'ah,"

"Nak aku teman ke?"

"Boleh je," Jihoon mengambil tempat di sebelahku.Dia meletakkan tangan di belakang di kepala bangku di mana badanku di hadapan kepala bangku tersebut.

"Kau tak balik rumah kau ke?" tanya Jihoon.Aku memandang muka comelnya itu.Kalau aku jumpa Jihoon dulu,mesti aku dah jatuh cinta pada dia.Tapi nak buat macam mana hati aku terpikat pada Kang Daniel.

"Oi.Kau ni termenung pula," dia menepuk pehaku yang tertutup dengan seluar jeans.Dia ni layan aku macam kawan lelaki dia je.

"Oh.Hihi.Kau tanya apa tadi?"

"Aku tanya kau tak balik rumah ke?"

"Oh.Tak.Aku ada assigment kena siapkan," yelah sekarang dah masuk tahun akhir.Sepatutnya aku ada kat rumah mak ayah aku tapi aku ada kat sini pula.

"Kau tak balik rumah mak ayah kau ke?"

"Aku takde mak ayah," aku memandang mukanya yang tiba-tiba berubah riak.Alamak rasa bersalah pula.Hish mulut ni.

"Jihoon.Sorry.Aku ruined mood kau pula.Aku tak..,"

"Takpe," dia tersenyum ke arahku.Aku membuang pandang pada tasik di hadapanku.Dari ekor mataku aku perasan Jihoon memandang ke arahku.Aku memandangnya pelik.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?"

"Takde papelah.Aku nak tanya ni kau dengan Samuel macam mana?" bila dia sebut nama Samuel,aku tak tau nak cakap apa.Dah 2 minggu aku tak jumpa dia.Aku tak tau dia kat mana.Bila tanya Woojin dia kata Samuel masih dalam uni ni tapi kenapa aku tak nampak dia?

V tiruan pun dah lama tak mesej aku.Kali terakhir masa BTS buat persembahan.Maksudnya dah sebulan dia tak chat aku.

"Tengok tu termenung lagi," Jihoon mencubit hidungku.Aku memegang hidung yang Jihoon cubit tadi.

"Sakitlah,"

"Tau pun.Kau ni buat aku macam aku borak ngan tiang.Kau ngan Samuel macam mana?"

"Macam tujelah,"

"Macam tu,tu macam mana?"

"Entahlah,"

"Takkan takde peningkatan?"

"Peningkatan apanya kalau dia pun aku tak jumpa," aku tak taulah kenapa aku cerita semua benda ni kat dia.

"Tak jumpa kau kata?Aku baru jumpa dia makan kat cafe tadi,"

"Oh," kenapa aku tak nampak dia?Ke dia nak mengelak dari aku?Tapi kenapa?

"Aku tau kau suka Samuel," mengangguk tidak menggeleng pun tidak.Aku hanya membeku.

"Dan aku tau Samuel suka kau,"

"Huh?" aku memandang muka Jihoon.

"Aku lelaki aku tau macam mana pandangan seorang lelaki kalau dia tertarik dengan seorang perempuan," aku memandang pehaku.Samuel suka aku?Macam mustahil je.

𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐍𝐨𝐭 𝐌𝐲 𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧Where stories live. Discover now