Kelopak-kelopak bunga sakura jatuh berguguran ke atas tanah setelah ditiup angin malam yang agak kuat.
Cahaya terang daripada bulan yang menghiasi dada langit ditemani bintang-bintang berkerlipan mengindahkan lagi pemandangan di taman awam Seoul pada waktu malam.
Melihat kepada pemandangan yang sememangnya indah ini,jungkook tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri pemandangan dikatakan indah oleh penduduk sekitar.
"Mesti best kalau taetae ada kat sini sekali.Mesti dia gembira tengok apa yang aku tengah tengok sekarang ni.Dia kan suka sangat dengan bunga sakura.Manalah dia sekarang?Bilalah agaknya aku boleh jumpa dia lagi?"
Kamera DSLR yang tersangkut kemas di leher diangkat sedikit sehingga ke paras muka dan...
Kachakkk.
Pemandangan bunga sakura yang indah itu sempat ditangkap olehnya.
Jungkook memang tak boleh tengok pemandangan yang cantik.Mesti dia akan tangkap gambar sekali.
Macam orang kata,gambar dapat menyimpan semua memori dan kenangan yang indah.
Di sebuah lorong yang gelap
"Cepat beritahu aku mana kau sorokkan benda tu!!!!"
Sejurus selepas itu,bunyi tumbukan dan sepakan kedengaran bertubi-tubi tanpa henti.
Bunyi tumbukan dan sepakan itu juga diselangi dengan suara seorang lelaki yang sedang mengerang kesakitan.
"Hahaha...Kalau korang pukul aku sampai mati pun,aku tetap tak akan beritahu."kata lelaki itu sambil tertawa kecil.
Tak cukup dengan ketawa,dia dengan beraninya meludah beberapa kali ke arah sekumpulan lelaki yang mengelilinginya.
"Kau ni memang cari nahaslah.Kalau kau rasa nak hidup lama kat dunia ni,lebih baik kau beritahu mana kau sembunyikan benda tu."desak lelaki yang berada di sebelah kanannya.
Lelaki yang sudah hampir lunyai dibelasah itu mengelap darah di mulut dan bangun.
Berbekalkan tenaga dan kekuatan yang masih ada,dia cuba untuk melawan sekumpulan lelaki itu.
"Dah lunyai macam ni pun still nak fight kitaorang lagi?Kau ni tak ada otak ke apa?"kata salah seorang lelaki daripada kumpulan itu.
"Apasal kau ni degil sangat?Beritahu jelah."desak salah seorang lelaki di situ.
Lelaki itu tidak mempedulikan desakan dan ugutan yang dilemparkan oleh kumpulan lelaki itu.
Dia cuba untuk meloloskan diri dari situ.
Malangnya,usahanya sia-sia kerana sebaik sahaja dia ingin berlari,seorang lelaki daripada kumpulan itu menariknya dengan kasar dan menolaknya ke dinding sambil kolar bajunya direntap kuat oleh lelaki itu.
"Aku dah tak boleh sabar dengan kau.Matilah kau malam ni dalam tangan aku."kata seorang lelaki sambil menikam lelaki itu di perutnya.
"Issh.Apa kau buat ni?Macam mana kalau dia mati?"kata salah seorang daripada mereka dan cuba menghentikannya daripada terus menikam lelaki itu.
"Biarlah kalau dia mati.Aku tak kisah."
"Memanglah kau tak kisah.Bos macam mana?Kau ingat bos tak kisah?"
Bunyi siren polis tiba-tiba kedengaran dari jauh.
Bunyi siren itu semakin lama semakin kuat.
Kumpulan lelaki itu lari lintang pukang meninggalkan kawasan itu setelah terdengar bunyi siren polis.
Setelah benar-benar pasti yang kumpulan itu beredar dari situ,jungkook menutup audio siren polis yang dimainkan di telefon dan segera mendapatkan lelaki yang sudah tidak bermaya itu.
"Encik,encik tak apa-apa ke?Encik,dengar tak?Encik!"
Jungkook bercakap dengan lelaki itu supaya dia tidak menutup mata.
Badannya yang berlumuran dengan darah digoncang perlahan supaya dia terus sedar.
Nombor panggilan kecemasan segera didail.Haraplah ambulans cepat sampai kat sini.
Sementara ambulans nak sampai tu,takkan dia nak biarkan lelaki ni terus mengerang kesakitan.Dia kena buat sesuatu.
Takut keadaan dia jadi lebih teruk pulak nanti.
Thanks bebanyak sbb readers sdi bca story author yg besha2 ja ni...
Klu ada mistake atau nk cdngkan idea yg lgi baik,jgnlah segan2 utk komen ye..
Klu ska story ni,jgnlah memalu nk tkan vote tu...
Brulah author rsa syok nk mnlis sikit
😀😀😀
See uolls in the next chapter yeee.._aaizzz_
Ni cerita melayu tau..jgn lpa bc ye
YOU ARE READING
[C]Spring Tears | | JJK+KTH
FanfictionSpring Tears How long do i have to wait? How many sleepless nights do i have to stay up? To see you... Bang!!! Seseorang rebah ke tanah. Tembakan itu terkena tepat ke dadanya. Dengan serta merta,darah memancut keluar dari dadanya. "Jungkook...Kau...