Bab 8

118 25 6
                                        

"Okay dah siap.Sekarang gambar kita berdua pula."kata jungkook sambil mengambil gambar mereka berdua di hadapan pokok sakura itu setelah selesai mengambil gambar taehyung.

"Jomlah kita pergi duduk kat bawah pokok.Aku dah tak larat nak berdiri ni."ajak taehyung kepada jungkook yang masih lagi asyik mengambil gambar.

"Taehyung,aku ada soalan nak tanya.Sebenarnya,dah lama aku nak tanya benda ni kat kau."kata jungkook kepada taehyung yang sedang asyik melihat bunga sakura.

"Apa dia?Tanyalah."

"Kenapa kau suka sangat dengan bunga sakura dan musim bunga?"tanya jungkook penuh ingin tahu.

"Aku suka sangat dengan bunga sakura sebab bagi aku bunga sakura sangat istimewa.Macam yang kita tahu.Musim bunga hanya datang setahun sekali.Tu pun tak sampai 3 bulan.Bunga sakura hanya ada dalam musim bunga dan ianya mekar selama seminggu sahaja.Kalau terlepas seminggu tu,kenalah tunggu setahun lagi untuk tengok bunga sakura."

"Okay.Tapi takkan sebab tu je.Mesti ada sebab lain lagi kan."soal jungkook tidak berpuas hati dengan jawapan taehyung.

"Bagi aku,bunga sakuralah yang menemukan kita sampailah kita boleh bersahabat baik sampai sekarang.Kau ingat tak kali pertama kita jumpa masa kita berumur 6 tahun tu.Kita tunggang basikal masa tu.Aku pun baru belajar tunggang basikal.Entah macam mana,kita berdua berlanggar masa bawak basikal.Dan lepas tu kita start kenal satu sama lain dan mula berkawan.Masa musim bunga dan bunga sakura tengah mekar macam nilah kali pertama kita berjumpa.Aku masih ingat lagi waktu tu.Sebab tulah aku suka sangat bunga sakura.Bagi aku,ia bunga yang bawa pelbagai makna dalam hidup aku."jelas taehyung panjang lebar.

Jungkook tergamam.Dia tidak menyangka sebegitu mendalam bunga sakura dalam hidup kawan baiknya itu.Selama ini,dia menyangka yang taehyung sukakan bunga sakura sebab bunga tu cantik.Rupa-rupanya tak.

"Tak sangka bunga sakura bawa makna yang mendalam dalam hidup kau."balas jungkook.

"Sekarang aku pulak nak tanya kau soalan.Kalau kau mati nanti,kau nak aku letakkan bunga apa kat kubur kau?"tanya taehyung tanpa teragak-agak

"Soalan apa kau tanya ni?Kau nak aku mati cepat ye?"balas jungkook sambil menjeling tajam ke arah taehyung.

"Taklah.Aku saja tanya.Jawab jelah soalan aku tu."

"Aku nak bunga ros.Aku suka sangat bunga ros.Kau pula nak bunga apa?"tanya jungkook kembali kepada taehyung.

"Aku nak bunga sakura.Kalau boleh bunga sakura daripada pokok ni."beritahu taehyung sambil mengutip kelopak bunga sakura yang terdapat di tanah.

"Okay.Tapi kau lapar tak sekarang?Aku laparlah.Apa kata kita pergi makan bugoppang(roti ikan mas) kat gerai mak cik ji soo?Manalah tahu kalau mak cik jisoo masih buka lagi kedai dia sampai sekarang."ajak jungkook kepada taehyung.

"Jom."

"Ermm,sedapnya bugeoppang mak cik.Rasanya tak berubah langsung.Sama macam yang saya makan masa kecik dulu."puji jungkook kepada mak cik jisoo yang tengah sibuk buat bugeoppang.

"Mana ada.Biasa je.Kamu pun tak berubah.Mulut manis sama je macam dulu."balas mak cik jisoo sambil tersenyum manis.

"Betul cakap jungkook.Bugeoppang mak cik memang sedap.Paling sedap kat Busan."puji taehyung pula sambil mengangkat thumbs up.

"Kamu berdua ni sama je.Dua-dua mulut manis."balas mak cik jisoo yang telah selesai membuat bugeoppang.

"Mak cik buat tak lagi tilik nasib macam dulu?"tanya taehyung ingin tahu.

"Masih buat lagi.Kenapa?Kamu nak tilik nasib kat mak cik ke?Kalau nak,meh sini tangan mak cik nak tengok sebelum pelanggan datang ramai pula nanti."beritahu mak cik jisoo.

Taehyung dengan segeranya menghulurkan tangan kanannya kepada mak cik jisoo.

Maka bermulalah sesi tilik menilik nasib.

Jungkook yang berada di sebelah taehyung hanya menjadi pemerhati sahaja.Dia memang tak percaya sangat kalau hal tilik menilik nasib ni.

"Macam mana mak cik?Apa yang mak cik nampak kat masa depan saya?"tanya taehyung penuh ingin tahu.

"Mak cik jujur ye.Kamu kena elakkan jalan dan kawasan yang gelap.Kalau kamu pergi juga kat tempat macam ni,kamu akan ditimpa sesuatu yang buruk.Dan yang lebih teruk lagi kamu mungkin akan mati kalau berada lama dalam kawasan ni."beritahu mak cik jisoo jelas dan terang sambil melihat ke arah taehyung.

[C]Spring Tears | | JJK+KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang