3 tahun kemudian
Jungkook menyusun bungkusan roti yang baru sahaja sampai ke kedai serbaneka dengan kemas dan rapi.
Dia sempat mengelap peluh yang membasahi dahinya.
"Okay.Roti dah siap susun.Lepas ni nak kena susun banana milkshake."ujar jungkook seorang diri.
Selama seminggu ni,memang kerja dia teruk sikit sebab ada pekerja yang baru berhenti.Sementara nak tunggu pekerja baru masuk,terpaksalah dia buat semua kerja dalam kedai ni.
Penat tu memang penat.Tapi nak buat macam mana.Tulah punca pendapatan dia sekarang di samping bekerja sebagai budak penghantar untuk sebuah kedai ayam goreng.
Itulah yang dia kena buat untuk sara hidup dan kos pengajian universiti dia.Selama ni appa dia yang tanggung.Sekarang appa dan hyungnya dah masuk penjara,terpaksalah dia bekerja untuk teruskan hidup.
Selepas melawat kubur taehyung hari tu,jungkook membuat keputusan untuk mendedahkan kebenaran kepada pihak polis.
Walaupun ianya satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan,tapi dia terpaksa buat juga supaya appa dan hyungnya tidak terus berada dalam dunia kongsi gelap.
Supaya mereka dapat sedar dan insaf dari segala kesalahan dan jenayah yang pernah mereka lakukan sepanjang mereka bergelumang dalam dunia kongsi gelap.
Walaupun dah 3 tahun kejadian itu berlaku,jungkook merasakan yang kejadian itu seperti baru sahaja berlaku semalam.Kejadian itu masih lagi segar di ingatannya.
Taehyung,aku rindukan kau.Sangat-sangat."ujar jungkook di dalam hati.Dia sudah mula berasa sebak.
Tengah jungkook sedang asyik menyusun banana milkshake,bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang.
Dia pun menoleh ke arah belakang.
Dia terkejut dengan apa yang baru dilihatnya.
"Taehyung?"ujar jungkook yang masih lagi terkejut kerana lelaki di hadapanya sekarang mirip sangat dengan taehyung.
Muka dan badannya sangat mirip dengan taehyung.
"Tak.Saya bukan taehyung.Nama saya Park Jimin.Pekerja baru kat kedai serbaneka ni.Selamat berkenalan."ucap lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan jungkook yang nampaknya masih lagi terkejut.
"Saya Jeon Jungkook.Selamat berkenalan."kata jungkook sambil berjabat tangan dengan Jimin.
"Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"tanya Jimin setelah melihat jungkook yang nampak kepenatan.
Jungkook diam sebentar untuk memikirkan pertolongan yang diperlukan.
"Awak tolong jadi kawan saya boleh?"tanya jungkook lalu mengukirkan senyuman manis.
"Mestilah boleh."balas Jimin yang juga tersenyum manis.
Di luar kedai serbaneka,ada seseorang yang memerhatikan jungkook dan jimin sambil tersenyum manis.
"Aku lega kau dah ada kawan baru,kookie."ujar lelaki itu.
Kemudian,lelaki yang dalam pakaian putih itu menghilang begitu sahaja.
~TAMAT~Mesti korang ingat tangisan di musim bunga dah berakhir kan..
Sebenarnya....
Tangisan di musim bunga akan terus mengalir....
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
#spring tears 2 coming soon
YOU ARE READING
[C]Spring Tears | | JJK+KTH
Fiksi PenggemarSpring Tears How long do i have to wait? How many sleepless nights do i have to stay up? To see you... Bang!!! Seseorang rebah ke tanah. Tembakan itu terkena tepat ke dadanya. Dengan serta merta,darah memancut keluar dari dadanya. "Jungkook...Kau...