Aku nak mintak maaf atas semua kesalahan yang pernah aku lakukan kepada kau.Terima kasih sebab selamatkan aku malam tu.Kalau tak,mungkin kita tak akan pernah berjumpa.
Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku.Terima kasih sebab sudi jadi sahabat aku.Aku pasti akan rindukan kau.Selamat tinggal bff.Selamat tinggal Jeon Jungkook.Selamat tinggal Kookie.
Air mata jungkook menitis.
Meluncur laju menuruni pipinya.
Dia menangis teresak-esak tanpa mempedulikan pegawai polis yang berada di sisinya.Dia memeluk lututnya dan membenamkan mukanya.
Walaupun begitu,masih kedengaran bunyi esakan jungkook yang kuat.Pegawai polis itu menepuk-nepuk belakang jungkook untuk menenangkannya.
"Sabarlah jungkook.Kalau taehyung nampak awak macam ni,mesti dia sedih."kata Hae in menenangkan jungkook.
Tangisan jungkook semakin lama semakin reda.Dia sudah mampu mengawal dirinya.Dia mengelap muka dan hidungnya yang basah dek kerana menangis teresak-esak sebentar tadi.
"Mana kunci yang taehyung simpan kat hyung tu?"tanya jungkook.
"Nah,ni kuncinya."
"Thanks.Hyung,hari ni hari ke berapa bunga sakura mekar?"tanya jungkook ingin tahu.
"Hari ketujuh.Kenapa?"
"Hyung,saya nak minta tolong sikit boleh?
"Boleh.Apa dia?"
"Tolong bawak saya pergi Busan sekarang."
"Tapi awak tak sembuh lagi.Macam mana nak pergi Busan?"
"Tolonglah bawa saya pergi.Saya nak tunaikan permintaan terakhir taehyung.Dia nak saya letakkan bunga sakura dari pokok sakura di padang permainan kat Busan yang kitaorang selalu main masa kecil dulu atas kubur dia.Tolonglah hyung."
"Kalau dah macam tu,jom kita pergi sekarang juga."
Di pokok sakura taehyung dan jungkook
Setelah puas menggali bersama Hae In hyung,sebuah peti kayu akhirnya memunculkan diri.Jungkook menarik keluar peti itu dan segera membukanya.
Sebuah fail berwarna hitam bertulis Mask Goblin tertera di kulit hadapan fail.Jungkook membuka fail dan membaca setiap helaian kertas dari fail itu.
Dia terkedu,terkejut dan tergamam.
Dia sama sekali tidak menyangka yang selama ini appa dan hyungnya terlibat dalam dunia kongsi gelap.
Apa yang lebih mengejutkannya lagi ialah appanya ialah ketua kepada kumpulan kongsi gelap itu dan abangnya sebagai penolong appanya.
"Jadi nilah kebenaran yang kau cakapkan tu taehyung.Kebenaran yang terpaksa buat aku pilih antara persahabatan dan keluarga.Kebenaran yang menyedihkan."kata jungkook.
Dia sedang keliru sama ada mahu mendedahkan kebenaran itu kepada pihak polis atau mendiamkan diri sahaja.
Jika dia mendedahkan kebenaran kepada pihak polis,appa dan hyungnya akan meringkuk di dalam penjara.
Jika dia mendiamkan diri,itu namanya tidak adil kepada mendiang kawan baiknya itu.
Walhal,dia sudah berjanji kepada dirinya untuk menuntut bela atas kematian kawan baiknya itu.Dia keliru untuk membuat keputusan.
Antara persahabatan atau keluarga.
Di tanah perkuburan
Kim Taehyung
30.12.1995~6.4.2013Jungkook menatap sayu kubur kawan baiknya itu.Dia cuba untuk menahan air matanya tetapi gugur jua.
Dia kemudiannya meletakkan sebakul bunga sakura dari pokok sakura di padang permainan mereka.
Sesuai dengan permintaan sahabat baiknya itu sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.
Bunga sakura.
Bunga yang membawa seribu makna dalam kehidupan insan yang bernama Kim Taehyung.
"Aku harap kau tenang di sana.Walaupun lepas ni aku akan rasa kehilangan dan bosan tanpa kau di sisi aku,tapi aku tahu kau telah pergi ke tempat yang lebih baik dari sini.Aku pasti akan rindukan kau sangat-sangat.Terutamanya usikan nakal kau tu.Aku akan teruskan hidup aku macam yang kau minta.Aku pergi dulu ye,chinguya.Lepas ni aku akan kerap melawat kau.Ada hal yang perlu aku selesaikan.Jaga diri kau elok-elok."ucap jungkook lalu berlalu pergi bersama Hae in hyung meninggalkan kawasan perkuburan.
Nak tahu apa jadi kat appa ngan abang jungkook??
Apa yang jungkook akan pilih?
Persahabatan atau keluarga??
Kalau nak tahu,bacalah bab seterusnya ye...
😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀

YOU ARE READING
[C]Spring Tears | | JJK+KTH
Fiksi PenggemarSpring Tears How long do i have to wait? How many sleepless nights do i have to stay up? To see you... Bang!!! Seseorang rebah ke tanah. Tembakan itu terkena tepat ke dadanya. Dengan serta merta,darah memancut keluar dari dadanya. "Jungkook...Kau...