"Mulai dari sekarang,aku akan sentiasa ada untuk kau.Kalau kau ada problem,kau beritahu je aku.Aku akan tolong sehabis baik."kata jungkook.
"Thanks.Lega sikit hati aku bila kau cakap macam tu."balas taehyung sambil bibirnya mengukirkan senyuman manis.
Di taman tema DNA
"Lepas ni kita nak main apa pula?"soal taehyung yang nampaknya sudah kepenatan kerana dari pagi sampailah ke petang diorang tak henti-henti main permainan kat taman tema.
Kalau berhenti pun,berhenti makan je.Lepas tu,sambung main semula.Kalau ikutkan hatinya,memang dari tadi lagi dia balik.
Tapi mengenangkan bffnya yang seronok sangat main mengalahkan budak-budak 7 tahun,dia lupakan saja hasratnya itu.
Walaupun dia memang dah penat sangat.
"Basketball,roller coaster,DDR,Pirate Ship,Catch the toy,Real car dan entah apa lagi.Rasanya semua kita dah main.Cuma ada satu je yang kita tak main lagi.Carousel."beritahu jungkook.
Mata dia bersinar-sinar sungguh bila sebut pasal carousel.
"Carousel.Apa ke benda tu?First time aku dengar perkataan carousel tu."balas taehyung dengan penuh kehairanan.
"Kuda comel yang pusing-pusing tu."jelas Jungkook kepada taehyung masih lagi bingung.
"Oh,benda tu.Jomlah kita pergi naik."
"Jom.Tak sabar pula rasanya."
"Okay.Taetae.Senyum."arah jungkook kepada taehyung yang tengah seronok menunggang kuda carousel tu.
Jungkook berpaling sedikit ke belakang dan mula mengambil gambar taehyung menggunakan kamera DSLRnya.
Dia juga tidak lupa untuk mengambil gambar mereka berdua yang riang bermain permainan sepanjang mereka berada di sana dari pagi hingga ke petang.
Jungkook dan taehyung menunggang carousel dengan gembira sekali.
Jelas terpancar keriangan dan kegembiraan di muka berdua.
Mereka bergelak ketawa dan bergurau senda seperti esok tak akan ada.
"Best tak naik carousel?"tanya jungkook kepada taehyung yang masih lagi tersenyum riang lepas naik carousel.
"Best sangat.Aku harap lepas ni kita boleh naik lagi benda tu."balas taehyung tersenyum tawar.
"Apa benda kau cakap ni?Mestilah lepas ni kita akan naik lagi carousel.Kau ni cakap macam esok nak mati pulak."balas jungkook seraya menampar lengan taehyung kerana percakapannya yang pelik itu.
"Taklah.Manalah tahu mungkin ni kali terakhir kita naik benda tu."
"Daripada dengar kau mengarut,lebih baik kita pergi kat photo booth pastu ambik gambar comel-comel.Jom cepat."ajak jungkook.
"Comel betullah aku dalam gambar ni.Tak sangka aku secomel ni."puji jungkook terhadap dirinya sendiri.
Taehyung mengeluh perlahan.Dah naik muak dengan perangai angkat bakul sendiri kawannya itu.
Daripada kecik sampai sekarang tak berubah perangai.Suka sangat puji diri sendiri.Nasiblah bff.
Kalau tak,memang dah kena sebijik kat muka tu.
"Ye.Kau memang comel.Musim bunga dah nak dekat ni.Kau ada rancang nak buat apa-apa tak sepanjang musim bunga ni?"tanya taehyung sambil menggigit cebisan terakhir odeng(sate daging ikan).
Lepas selesai sesi mengambil gambar di photo booth,mereka berdua mengisi perut yang kosong dengan makan oden di luar kawasan taman tema.
"Musim bunga?Rasanya aku duduk kat rumah sahaja."
"Kalau macam tu,apa kata musim bunga ni kita pergi tengok pokok bunga sakura kat padang permainan yang kita selalu main masa kecik dulu?Okay tak?"cadang taehyung.
"Okay.Lagipun dah 7 tahun kita tak pergi sana.Tak sabar pulak rasanya nak tunggu musim bunga."balas jungkook tersenyum riang lalu menghirup sup oden.
Di pokok sakura yang berdekatan dengan padang permainan
Bunga-bunga sakura berwarna merah jambu mula memekar dengan banyak sekali.
Apabila angin bertiup agak kuat,kelopak-kelopak bunga sakura berterbangan ke udara dan seterusnya gugur ke atas tanah.
Jungkook yang berdiri di hadapan pokok bunga sakura itu tidak henti-henti mengambil gambar pokok itu.Dia kan suka ambil gambar pemandangan yang indah.
"Kau ni dari tadi lagi ambil gambar.Tak penat ke?"tanya taehyung yang berada di sebelah jungkook.
"Tak penat langsung.Sebab aku minat.Apa kata kau diri kat depan pokok tu?Aku nak ambil gambar kau.Mesti cantik."arah jungkook.
Taehyung pun berdiri di hadapan pokok bunga sakura seperti yang diarahkan.
YOU ARE READING
[C]Spring Tears | | JJK+KTH
FanfictionSpring Tears How long do i have to wait? How many sleepless nights do i have to stay up? To see you... Bang!!! Seseorang rebah ke tanah. Tembakan itu terkena tepat ke dadanya. Dengan serta merta,darah memancut keluar dari dadanya. "Jungkook...Kau...