Bab 6

142 28 15
                                    

"Nah.Bubur abalone dah siap.Silakan makan."pelawa jungkook kepada taehyung sambil meletakkan semangkuk bubur abalone di atas meja.

Lebih tepat lagi di hadapan taehyung yang nampaknya sudah meleleh air liur dengan bubur abalone yang dimasak oleh jungkook.

"Wow.Meh aku rasa sedap ke tak."kata taehyung sambil menyuap sesudu bubur ke dalam mulutnya.

"Macam mana?Sedap tak?Tak payah beritahu.Aku tahu bubur yang aku masak memang sedap kan."puji jungkook terhadap dirinya sendiri sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Aku rasa lepas ni kau boleh buka kedai la.Tak sangka pulak kau pandai masak.Ni mesti mak cik Go Eun yang ajar kan.Sebab tulah sedap sampai macam ni sekali kan."tebak taehyung sambil terus menyuapkan bubur.

"Tak.Mak aku tak sempat nak ajar aku sebelum dia pergi buat selama-lamanya.Aku belajar masak pun dari internet je."beritahu jungkook dengan riak muka yang sedikit sedih.

"Sorry.Aku tak tahu yang mak cik Go Eun dah meninggal.Takziah."

"Takpelah.Aku tak kisah pun."

"Apa kata lepas kita habis makan ni kita pergi rumah aku?Turn aku pulak untuk masak untuk kau."ajak taehyung.

"Okay.No problem."

"Wonwoo hyung,baru balik sekolah ke?"tanya jungkook kepada abangnya,Jeon Wonwoo yang nampaknya baru pulang dari sekolah.

"Ya.Nak pergi mana ni?Kat sebelah tu siapa?"tanya Wonwoo setelah melihat Taehyung buat kali pertama di sebelah jungkook.

Wonwoo kenal semua kawan jungkook.

"Hyung ingat tak best friend jungkook masa kecik kat Busan dulu?"

"Kat Busan?Oh,ingat.Apa namanya?Taehyung kan."beritahu Wonwoo setelah puas berfikir mengingat nama best friend jungkook tu.

"Ha,ingat pun.Jungkook nak pergi rumah taehyung.Ada banyak benda nak berbual ni.Beritahu appa jungkook balik lambat sikit.Pergi dulu.Bye."balas jungkook sambil menarik tangan taehyung keluar dari rumah.

"Pergi dulu,Wonwoo hyung.Jumpa lagi nanti."kata Taehyung ketika berjalan melepasi wonwoo sambil tersenyum tawar.

"Kau rupanya.Hidup lagi.Ingatkan dah mati.Kenapalah aku tak 'habiskan' kau malam tu?Takpe.Lepas ni,aku akan pastikan kau betul-betul 'habis' dalam tangan aku."ujar wonwoo di dalam hati sambil bibirnya mengukirkan senyuman jahat.

Dia mengambil telefon dan mendail sebuah nombor.

"Kau boleh mulakan tugas kau sekarang.Nanti wasapkan aku alamat rumah dia."arah wonwoo kepada seseorang melalui telefonnya.

"Sorrylah rumah aku kecik.Berselerak pulak tu.Mesti kau tak selesa kan.Rumah aku tak macam rumah kau.Banglo besar."ujar taehyung sambil mengambil baju yang berada di atas meja makan.

Rumah taehyung memang berselerak.Maklumlah,rumah anak bujang.Lelaki pulak tu.Hutan rimbalah jawabnya.

"Aku okay.Aku tak kisah punlah.Jom kita makan."balas jungkook sambil menyuap ramen buatan taehyung ke dalam mulutnya.

"Macam mana?Mesti sedap kan."

"Sedap.Ramen paling sedap pernah aku makan.Tapi kan mana omma dan appa kau?Tak nampak pun.Diorang pergi kerja eh?"tanya jungkook kepada taehyung yang sedang menghirup kuah ramen dengan lazatnya.

Air muka taehyung berubah.Dari ceria kepada sedikit muram.

"Sebenarnya omma dan appa aku dah lama meninggal.Appa aku meninggal masa aku berumur 11 tahun.Tak lama lepas kau pindah,rumah aku terbakar.Appa aku terkorban dalam kebakaran.Lepas tu,aku dan omma pindah kat sini.Omma aku pula meninggal masa aku berumur 15 tahun.Dia mati sebab kanser usus.Dan sekarang tinggal aku sorang."

Taehyung menceritakan kisah hidupnya kepada jungkook sambil menahan air mata yang akan mengalir bila-bila masa sahaja.

"Tak sangka omma dan appa kau dah tak ada.Sorry sebab aku tanya kau soalan tu.Aku turut bersimpati.Takziah."balas jungkook lalu bangun daripada kerusi dan terus memeluk taehyung yang sedang menangis teresak-esak.

"Kau tak berseorangan. Always remember yang aku kan selalu ada untuk kau.Kita kan bff.Kau ingat lagi tak janji yang kita buat bawah pokok sakura dekat dengan padang permainan tu?"

Jungkook menggosok-gosok belakang taehyung untuk menenangkannya.

"Mestilah aku ingat.Janji yang kita tak akan tinggalkan satu sama lain tanpa ucapkan selamat tinggal."balas taehyung sambil meleraikan pelukkannya dan mengelap hidungnya yang mula berair.

[C]Spring Tears | | JJK+KTHWhere stories live. Discover now