Riak muka taehyung sedikit berubah.Taehyung terkedu mendengar jawapan jungkook.
Selama ini,dia ingat dia seorang sahaja yang rasa macam tu.Rupa-rupanya jungkook pun rasa apa yang dia rasa.
Rasa macam kita dah kenal seseorang bertahun-tahun.Rasa macam kita pernah rapat dengan seseorang.
"Eh,kejap.Duduk diam-diam.Jangan bergerak.Bandage kat tangan kanan awak tu dah tertanggal.Kejap saya betulkan."beritahu jungkook sambil membetulkan bandage yang dah tercabut.
Jungkook seakan-akan tidak percaya akan apa yang dilihatnya sekarang.Dah lama sangat dia tak tengok tanda ni.
Dah 7 tahun sejak kali terakhir dia tengok tanda ni.
"Tanda ni.Cuma ada satu cara saja untuk buktikan ni dia atau tak."kata jungkook di dalam hati.
Dia kemudiannya menarik sedikit kulit diantara dua tahi lalat itu di lengan taehyung.Lalu,terbentuklah bentuk seakan-akan belalai gajah di lengan taehyung.
Jungkook tergamam.Dia tidak menyangka dia dapat berjumpa semula dengan sahabat baiknya yang telah terpisah dengannya selama 7 tahun itu.
"Tae..Taetae.Tak sangka kita dapat jumpa semula selepas 7 tahun kita terpisah."kata jungkook seraya memeluk taehyung yang nampaknya jelas terkejut dengan apa yang baru didengarnya tadi.
"Kejap.Kalau betul kau best friend aku yang dah 7 tahun aku tak jumpa tu,buktikan dulu."arah taehyung sambil meleraikan pelukan.
Jungkook menarik sedikit kulit di antara dua tahi lalat di paha kirinya.
Terbentuklah bentuk seakan-akan belalai gajah seperti yang berada di lengan kanan taehyung.
"Tengok ni.Awak punya gajah.Saya punya anak gajah."beritahu jungkook sambil tersenyum riang.
Setelah melihat bukti yang ditunjukkan oleh jungkook,taehyung serta merta menarik jungkook ke dalam pelukannya.
Jungkook juga membalas pelukan taehyung.Mereka berdua berpelukan dengan sangat erat.Macam dah tak nak lepas.
Maklumlah,Jungkook dan Taehyung dah tak berjumpa selama 7 tahun.Mestilah berpelukan erat sampai macam ni sekali.
"Aku tak sangka kita dapat jumpa lagi lepas 7 tahun.Aku ingatkan kita dah tak dapat jumpa sampai bila-bila."luah taehyung sambil air matanya mengalir laju menuruni pipi.
Mungkin terharu sangat rasanya dapat berjumpa semula dengan kawan baiknya itu.
Taehyung bukan orang yang cepat menangis.Tapi bila benda yang melibatkan persahabatan,dialah orang yang paling cepat menangis.
Contohnya,masa hyung angkat kesayangannya,Jung Hae In dapat jadi pegawai polis.Taehyung menangis tau masa dapat tahu yang hyung dia dapat jadi polis.
"Aku pun ingat macam tu jugak.Nampak sangat friendship kita kuat.Agaknya sebab tulah kita jumpa balik walaupun selepas 7 tahun.Kali terakhir kita jumpa masa kita umur 10 tahun.Sekarang kita dah berumur 18 tahun.Lama betul kan."balas jungkook sambil meleraikan pelukannya dan mengelap air mata yang dah membasahi muka taehyung.
"Tapi kau tetap tak berubah kan.Still baik macam dulu-dulu."balas taehyung sambil mengelap hingus yang dah start keluar.
Bersungguh-sungguh betul dia menangis.Padahal,jungkook langsung tak menangis.
"Kau pun sama.Sama macam dulu.Kuat betul menangis.Macam budak-budak kecik."usik jungkook sambil tertawa kecil.
"Cakap orang.Dia pun sama.Penakut.Bukannya nak tolong aku tadi."balas taehyung kembali.
"Tu bukannya takut.Kurang yakin je.Macam mana kau tahu aku ikut kau?"soal jungkook.
Dia rasa macam dia dah jalan cukup perlahan dah tadi.
"Kau jalan bukan main kuat lagi.Kalau dah jalan macam tu,semua orang tahu ada orang ikut dari belakang."beritahu taehyung sambil tersenyum nipis.
"Hehe.Nampak sangat aku ni tak reti stalk orang."
"Memang pun."
"Kau lapar tak?"
"Lapar jugaklah rasanya.Kenapa tanya?Nak belanja makan ke?"soal taehyung kembali sambil tersenyum kambing.
"Tak.Aku yang akan masak."
"Sedap ke kau masak?Tak sakit perut ke nanti?"usik taehyung sambil mengangkat kening kirinya.
"Mestilah sedap.Sekali rasa pasti nak lagi.Jom kita pergi dapur."ajak jungkook sambil menarik tangan taehyung ke dapur.

YOU ARE READING
[C]Spring Tears | | JJK+KTH
FanficSpring Tears How long do i have to wait? How many sleepless nights do i have to stay up? To see you... Bang!!! Seseorang rebah ke tanah. Tembakan itu terkena tepat ke dadanya. Dengan serta merta,darah memancut keluar dari dadanya. "Jungkook...Kau...