Bab 11

139 23 24
                                    

Orang yang terkena tembakan itu seorang penghidap hemofilia.Memang lagi banyaklah darah yang keluar.

Jungkook yang sedang terbaring kesakitan terkejut apabila bffnya sudah rebah ke lantai.

Yang paling mengejutkan lagi,orang yang menembak kawan baiknya itu ialah orang yang paling dia sayang iaitu appanya sendiri.

Kabur-kabur kelihatan di pandangan matanya appa dan abangnya serta gengster-gengster yang lain sedang berlari meninggalkan kawasan gudang lama itu.

Yang tinggal di sini hanyalah jungkook dan taehyung yang sedang menahan kesakitan akibat ditembak.

Walaupun masih lagi dalam kesakitan,jungkook cuba untuk mengambil telefonnya dan terus mendail nombor kecemasan.

Selesai mendail nombor kecemasan,dia segera mendapatkan taehyung yang nampaknya sudah nyawa-nyawa ikan.

"Taehyung,jangan tinggalkan aku.Kau dah janji kan yang kau tak akan tinggalkan aku.Bertahan sekejap ye.Sekejap lagi ambulans sampai."kata jungkook yang sedang menangis teresak-esak kerana tidak sanggup melihat keadaan kawan baiknya itu yang sudah parah ditembak.

"Kau..tak..pa...yahlah risau.Aku tak akan pergi dengan cepat."balas taehyung tersekat-sekat.

"Baguslah kalau macam tu.Kau kena bertahan.Sekejap saja lagi mesti ambulans sampai."

"Jung...kook.Kau..pergi...tengok...bawah...pokok...sakura...kita."

Nafas Taehyung mula tersekat-sekat dengan teruk.

"Taehyung.Taehyung.Tolonglah jangan tinggalkan aku.Tolonglah bertahan.Sekejap saja lagi mesti ambulans sampai.Tolonglah jangan tinggalkan aku."

Jungkook menangis dengan penuh teresak-esak sambil tangannya memegang erat tangan taehyung yang berlumuran dengan darah.

"Se..la..mat..ting..gal..Koo..kie..A..ku..per..gi..du..lu."ucap taehyung buat kali teakhir sebelum menutup matanya.

"Taehyung...taetae..bangun.Bangunlah.Janganlah tinggalkan aku.Taetae."

Jungkook menggoncang-goncang tubuh taehyung yang sudah longlai.

Tidak lama selepas itu,dia rebah dan pandangannya menjadi gelap.

Ke hadapan bffku yang paling aku sayang.Hai,Kookie.Dah lama aku tak panggil kau dengan gelaran tu kan.Aku ingat lagi macam mana kau boleh dapat nama gelaran kookie tu.Akulah orang yang bagi nama tu kat kau.Aku bagi nama gelaran tu sebab kau suka sangat makan cookies.

Aku pulak dapat gelaran taetae hasil ciptaan kau tu sebab dulu aku suka sangat makan lolipop jenama tata.Memandangkan jenama tata tu nak dekat-dekat dengan nama aku,pandai-pandai kau je bagi nama gelaran taetae kat aku.

Mungkin masa kau baca surat ni,aku dah tak ada kat dunia ni.Aku dah tak ada sisi kau.Biarlah aku berterus terang.Tujuan sebenar aku tulis surat ni sebab aku nak beritahu kebenaran kepada kau.

Kebenaran yang mungkin akan buat kau sedih.Kebenaran yang mungkin akan buat kau terpaksa memilih antara persahabatan kita dengan keluarga.Kalau ikutkan hati,memang aku nak beritahu semuanya dalam surat ni.Tapi aku takut kau tak percayakan aku.

Aku tahu kau jenis yang tak akan percayakan seseorang itu melainkan ada bukti.Kalau kau nak tahu kebenaran tu,kau pergilah bawah pokok sakura kita.Kat situ tertanam semua kebenaran yang patut kau tahu dari dulu lagi.

Kalau kau buat keputusan untuk beritahu kebenaran tu pada pihak polis,tolong beritahu pada Hae in hyung.Kau kenal dia kan?Yang makan jajangmyeon dengan kita hari tu.Kalau kau nak buka kebenaran tu,mintak kunci kat dia.Ni alamat rumah dia...

Rasanya sampai situ jelah apa yang aku nak beritahu kau.Seandainya masa kau baca surat ni aku dah tak ada di dunia ini,aku nak kau teruskan hidup macam biasa.

Macam mana kau boleh hidup tanpa aku selama 6 tahun tu,macam tu jugaklah aku nak kau teruskan hidup.Janganlah sedih sangat.Patah tumbuh hilang berganti.

Sekali aku pergi,akan ada orang lain yang gantikan tempat aku.Aku tak nak lepas aku pergi kau tak nak berkawan dengan orang lain.Hidup ni singkat.Hidup tanpa kawan ni umpama hidup yang tiada warna.

Tolong cari kawan lain untuk warnkan hidup kau sebab aku dah tak ada untuk warnakan hidup kau.
Dan satu lagi benda aku nak pesan kat kau.Tolong jangan salahkan diri kau atas pemergian aku.Ni semua dah tertulis oleh takdir.Kita manalah mampu nak melawan suratan takdir.

Aku nak mintak maaf atas semua kesalahan yang pernah aku lakukan kepada kau.Terima kasih sebab selamatkan aku malam tu.Kalau tak,mungkin kita tak akan pernah berjumpa.

Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku.Terima kasih sebab sudi jadi sahabat aku.Aku pasti akan rindukan kau.Selamat tinggal bff.Selamat tinggal Jeon Jungkook.Selamat tinggal Kookie.







Apa perasaan korang kalau bff korang tinggalkan surat utk korang dan masa korang baca surat tu,bff korang dah tak ada dalam dunia ni?

[C]Spring Tears | | JJK+KTHWhere stories live. Discover now