Taehyung menganggap itu mungkin halusinasinya sahaja.Dia menoleh semula ke hadapan dan entah dari mana datangnya tiba-tiba ada sekumpulan lelaki betul-betul di depan taehyung.
Siap bawa kayu pemukul besbol lagi.Melihat keadaan itu,taehyung sudah dapat mengagak yang kumpulan lelaki itu akan melakukan sesuatu yang buruk padanya.
Dia dengan automatiknya melarikan diri ke arah bertentangan tetapi lariannya terhenti kerana ada sekumpulan lelaki lagi di belakangnya.
"Tak guna.Aku dah kena kepung."rungut taehyung di dalam hati.
Taehyung masih ligat mencari akal untuk melarikan diri walaupun kumpulan-kumpulan lelaki itu semakin lama semakin mendekati taehyung yang tersepit di tengah-tengah.
Manakala,jungkook yang sedang bersembunyi di belakang sebuah kotak besar kelam kabut masuk ke dalam kotak itu dan bersembunyi di dalamnya.Jungkook tu penakut sikit orangnya.
"Geng,tunggu apa lagi?Kerjakan dia sampai lunyai."arah seorang lelaki yang memakai mask hitam.
Mungkin ketua kepada kumpulan gengster tu.
Sejurus itu,kedengaran bunyi sepakan dan tumbukan bertalu-talu dari kedua-dua arah.
Jungkook yang sedang bersembunyi menutup kedua-dua belah telinganya kerana tidak sanggup mendengar bunyi sepakan dan tumbukan.
Sementara,Taehyung yang sedang dibelasah berusaha untuk melawan tetapi tidak berjaya.Bukan sebab dia lembik.
Bayangkan 8 orang lawan 1 orang.Siap pakai pemukul besbol lagi.Memang tak logiklah kalau 1 orang boleh lawan 8 orang.Dalam filem bolehlah.
Jungkook sudah tidak menutup telinganya lagi.Kali ni,dia mengintai keadaan di luar melalui lubang yang terdapat di kotak.
Jungkook nekad untuk keluar dari kotak dan menolong taehyung.Dari apa yang jungkook tengok tadi,taehyung dah teruk dibelasah.
"Woi,apa korang buat ni?Berhenti pukul best friend aku sebelum aku bunuh korang dengan tangan aku sendiri."
Dengan penuh beraninya,jungkook berkata begitu di hadapan penyangak-penyagak itu.Walaupun,sebenarnya lututnya sudah mula terketar-ketar sebab takut.
Seorang lelaki yang memakai mask hitam dari kumpulan itu jelas terkejut apabila
melihat jungkook.Dia kemudiannya membisikkan sesuatu kepada seorang kawannya yang berada di sebelahnya.
Tidak lama selepas itu,kumpulan lelaki itu meninggalkan kawasan itu begitu sahaja.
Walaupun gengster-gengster tu dah lama pergi,jungkook masih lagi kaku di tempat dia berdiri.
Dia masih lagi terkejut dan tak sangka sebab gengster tu semua pergi bila dia marah diorang tadi.
Tak lama lepas tu,baru jungkook teringatkan taehyung yang dah kena belasah.
Kelam kabut dia pergi kat taehyung yang dah tersandar lesu di dinding.
"Taehyung,awak okay tak ni?Taehyung."tanya jungkook sebaik sahaja dia mendapatkan taehyung.
"Boleh tak kau jangan tanya soalan bodoh?Kau tengok aku okay ke macam ni?"balas taehyung berbaur marah.
'Tak padan dengan sakit.Sempat lagi nak marah orang.Tumbuk kang baru tahu.'marah jungkook.Tapi dalam hati jelah.
"Okay.Jom saya rawat luka awak.Tapi kotak first aid tak ada.Apa kata kita pergi rumah saya?Kita rawat luka awak kat sana.Lagipun,rumah saya dekat area sini je."
"Okay.Dah cepat papah aku.Aku tak berapa nak boleh jalan."arah taehyung seperti seorang bos kepada anak buahnya.
"Baiklah.Jom kita pergi rumah saya."balas jungkook sambil memapah taehyung yang sudah lunyai dibelasah.
Di rumah jungkook
"Okay.Dah siap."
Balutan bandage terakhir di tangan kanan taehyung akhirnya siap dibalut oleh jungkook.
Banyak jugalah bandage kat badan taehyung.Boleh tahan teruk juga dia kena dengan gengster tu tadi.
"Nah.Pergi ganti pakaian awak.Baju sekolah awak tu dah penuh dengan darah.Takkanlah awak nak balik rumah dengan baju penuh darah macam tu.Nanti mesti omma dan appa awak risau."
Jungkook menyerahkan sehelai t-shirt kepada taehyung setelah dia selesai merawat taehyung.
"Kenapa kau baik sangat dengan aku?Walaupun selama ni aku layan kau dengan kasar."tanya Taehyung sambil menyarungkan t-shirt yang diberikan oleh jungkook.
"Entahlah.Saya pun tak tahu.Setiap kali saya tengok awak,saya rasa macam saya dah lama kenal awak."beritahu jungkook jujur sambil melihat tepat taehyung yang juga sedang memandangnya.
YOU ARE READING
[C]Spring Tears | | JJK+KTH
FanfictionSpring Tears How long do i have to wait? How many sleepless nights do i have to stay up? To see you... Bang!!! Seseorang rebah ke tanah. Tembakan itu terkena tepat ke dadanya. Dengan serta merta,darah memancut keluar dari dadanya. "Jungkook...Kau...