"Takkanlah diorang dah jumpa benda tu.Tak mungkin.Macam mana diorang boleh tahu aku tinggal kat sini?"rungut taehyung sambil ligat mencari benda yang dah hilang itu
Dalam kekalutan mencari,telefon taehyung berbunyi bingit.
"Ishh,sapa pulak call aku time camni?"bebel taehyung sambil tangannya menekat punat hijau.
Tertera nama Jungkook,bff kesayangannya itu.
"Hello,kenapa call ni?Dah rindukan aku ke?"
Taehyung memulakan bicara sambil tersenyum riang.
"Kalau kau nak jungkook selamat,datang kat alamat yang akan aku hantar nanti."sapa satu suara yang taehyung pasti bukan milik jungkook.
"Kau ni siapa?Apa kau dah buat dengan kawan baik aku?"pekik taehyung yang sedang cemas.
"Kawan baik kau tak apa-apa.Aku belum buat apa-apa lagi kat dia.Kalau kau nak kawan baik kau selamat,datang sini dalam masa 1 jam.Kalau kau lambat atau kau bagitahu polis,say goodbye to your bestfriend.Hahaha."
Suara itu memutuskan talian dengan sebuah gelakan jahat.
"Hello.Hello!Hello!"jerit taehyung di telefon setelah suara itu memutuskan talian dengan tiba-tiba.
Tidak lama selepas itu,sebuah mesej masuk.Taehyung segera melihat mesej tersebut.
Tertera alamat yang dikatakan oleh suara itu.Taehyung segera pergi ke alamat yang diberitahu itu.
♡♡♡
Di sebuah gudang lama
"Hyung,kenapa hyung buat semua ni?Kenapa culik Jungkook?Apa hyung nak jawab kalau appa dapat tahu nanti?"ugut Jungkook yang berada di sebelah hyungnya.
"Hahaha.Appa?Aku tak takutlah dengan appa."balas Wonwoo sambil tersenyum jahat.
"Hyung ni memang..."
"Aku dah sampai.Lepaskan Jungkook sekarang."sapa satu suara yang amat dinanti-nantikan oleh Wonwoo dan amat dikenali Jungkook.
"Dah sampai pun.Aku ingatkan tak datang dah.Sayang betul kau kat adik aku ye."balas Wonwoo sambil mengusap-usap kasar kepala Jungkook.
"Mestilah aku sayang bff aku.Aku bukannya macam korang semua.Tak berhati perut.Tak berperikemanusiaan."balas Taehyung kembali sambil menjeling tajam ke arah Wonwoo.
"Aku tak dengarlah.Apa kau kata?Tak berhati perut?Tak berperikemanusiaan?Tak sedar diri.Kau pun sama jelah macam aku.Kita sama sama gengster.Ingat sikit."balas Wonwoo tidak mahu kalah.
Jungkook yang berada di sebelah Wonwoo terkejut besar apabila mengetahui yang bffnya itu seorang gengster.
"Memang aku gengster.Tapi sekurang-kurangnya aku masih ada hati perut.Sejahat-jahat aku pun aku tak akan culik adik sendiri.Aku bukan macam kau,binatang."balas Taehyung kasar.
"Kau ingat aku dah hilang akal untuk culik adik aku sendiri.Aku culik dia bersebab.Sebabnya aku nak bunuh kau."balas Wonwoo tersenyum jahat.
"Bunuhlah aku.Bunuhlah.Memang tu yang kau nakkan.Bunuhlah."balas taehyung menaikkan lagi amarah wonwoo yang sudah hampir mencapai tahap maksimum.
"Baiklah.Kalau itu yang kau hajatkan.Aku dengan senang hati akan tunaikan."
Picu pistol ditarik.
Jungkook yang dari tadi hanya menjadi pemerhati sudah tidak dapat menahan dirinya diri lagi.
Dia tahu dia perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Taehyung.
Saat Wonwoo menarik picu pistol dan bersedia untuk menembak Taehyung yang berada betul-betul di hadapannya,Jungkook dengan menggunakan seluruh kekuatannya meloloskan diri dari gengster lain yang menahannya dan berlari ke arah Taehyung.
Bang!!!
Satu tembakan dilepaskan.
Darah memancut keluar dari perut Jungkook.
Taehyung yang berada di sisi jungkook segera mendapatkannya dan meletakkan Jungkook dalam ribaanya.
Wonwoo yang memegang pistol masih lagi terkejut dengan tindakannya sebentar tadi.
Manakala,di sebalik sebuah tiang ada seseorang yang memerhatikannya sambil mengeluh perlahan.
"Jungkook.Kau bertahan ye.Kejap lagi aku call ambulans.Sebelum tu,aku nak selesaikan hal aku dulu."
Taehyung membaringkan Jungkook yang sedang berlumuran darah ke atas lantai dan bangun.
Taehyung mengeluarkan sesuatu dari poket belakang seluar jeansnya dan menarik picu pistol untuk menembak Wonwoo yang masih kaku di hadapannya.
"Matilah kau wonwoo.Ini yang kau akan dapat sebab dah tembak kawan baik aku."
Bang!!!
Seseorang rebah ke tanah.
Tembakan itu terkena tepat ke dadanya.
Dengan serta merta,darah memancut keluar dari dadanya.
Malah lebih banyak dari Jungkook.
Korang rasa siapa yang kena tembak?Betul ke Wonwoo yg kna tembak?
YOU ARE READING
[C]Spring Tears | | JJK+KTH
FanficSpring Tears How long do i have to wait? How many sleepless nights do i have to stay up? To see you... Bang!!! Seseorang rebah ke tanah. Tembakan itu terkena tepat ke dadanya. Dengan serta merta,darah memancut keluar dari dadanya. "Jungkook...Kau...