#Part 3

41 3 0
                                    

Memandangkan kelas Safiya pada waktu tengah hari,sempat lah dia dan ibunya pergi menziarahi kubur arwah ayahnya.Berpakaian serba putih dan bertudung selendang dikenakan oleh anak beranak itu.Hanya Al-Fatihah dan surah Yasin saja yang dapat dihadiahkan kepada bapa tercinta.Setelah selesai melawat,Safiya melipat tikar dan menyiram air mawar di atas kubur itu.Kemudian,giliran Puan Maria pula..

***********************************
"Kau gi mane pagi tadi?Aku call kau tak angkat.Mesej kau tak reply."Safiya mengangkat muka apabila ditanya.Tiba2 Dya rasa bersalah menanyakan soalan itu.Dya hanya menepuk bahu kawan baiknya itu.Safiya hanya berdiam diri sambil membawa bekalan cupcake strawberi yang dibuat oleh ibunya.Tiap2 hari,Puan Maria akan membekalkan cupcake itu kepada Safiya kerana tahu anaknya sangat menggemarinya.

Tiba2,Safiya terlanggar seseorang lalu bekalnya terjatuh."Lain kali jalan tengok depan,jangan menunduk.Macam nak tanduk org je."Safiya cepat2 mengambil bekalnya dan memandang ke arah orang melanggarnya.Lelaki itu hanya tersenyum sinis kepada Safiya."Suka hati kau je cakap aku nak tanduk org.Tak leh marah elok2 ke?Harap muka je hensem,otak kat lutut."Safiya memarahi lelaki itu.Muka lelaki itu menjadi merah kerana menahan marah."Otak kau tu yang kat lutut.Jalan tengok bawah.Kau belajar mana?"lelaki itu meninggikan suaranya.Semua orang di situ melihat pertengkaran itu.Tiba2 salah seorang geng lelaki itu membisikkan sesuatu kpdnya.Lalu lelaki itu berlalu pergi sambil menunjukkan dua jarinya bermaksud ICU.Safiya hanya menjelirkan lidah kepada lelaki itu.

***********************************
"Assalamualaikum,kelas.Hari ni saya nak maklumkan bahawa salah seorang pelajar kelas ini akan mempunyai abang angkat untuk diberi tunjukajar tentang bidang ini memandangkan peperiksaan semester 1 akan diadakan tidak lama lagi."kata Puan Jiha menerangkan tentang hal itu kepada pelajar2nya.Semua org mula bising."Senyap semua.Dan orang itu ialah....Putri Safiya binti Muhamad Rafi."Safiya terkejut beruk apabila namanya dipanggil.Tiba2,ada seseorang mengetuk pintu kelasnya.Puan Jiha memberinya masuk.Safiya terasa bagai jatuh ditimpa tangga."Safiya,ini abang angkat awak.Muhammad Hamizan bin Saifulnizam."Dya turut ternganga melihat lelaki berbadan tegap itu.Hamizan merupakan seorang pelajar hot di universiti itu.Ramai gadis popular meminati lelaki itu tetapi tidak pernah dilayannya.

Cupcake strawberi untuk si diaWhere stories live. Discover now