Tajuk: Waris
Penulis: Klong KatingPart 1
Sekitar tahun 1960.
Seorang ketua masyarakat Dusun di Kampung Lambai bernama Tok Nok baru sahaja menyiapkan sebuah rumah, yang terletak sedikit terpinggir dari kawasan orang kampung. Rumah itu akan dijadikan hadiah perkahwinan kepada anak lelakinya dan menantu perempuannya yang sedang sarat mengandungkan anak pertama.
Dengan menggunakan seratus peratus kayu jenis kapur beliau sendiri ke hutan untuk mencari kayu itu dan membina rumah itu sendiri.
Orang kampung percaya bahawa bukan beliau seorang sahaja berkerja untuk menyiapkan rumah itu. Namun ada bantuan dari mahkluk halus kerana dipercayai ketua masyarakat itu juga merupakan seorang bomoh di kampung itu.
Pada hari rumah itu hendak diberikan kepada anak lelakinya, satu upacara penurunan hak atau majlis dijalankan. Semua orang kampung berkumpul di luar rumah tersebut dan semuanya mengagumi betapa cantik dan halus buatan rumah itu.
Mereka mengadakan pesta makan dan minum serta mengorbankan dua ekor kerbau sempena meraikan rumah baru itu dan perpindahan anak lelaki dan menantu perempuan Tok Nok.
Malam pesta itu semua orang bergembira. Disinari dengan cahaya bulan purnama dan bunyi-bunyi cengkerik hutan.
Tiba-tiba kedengaran suara menantu Tok Nok berteriak dari dalam rumah. Semua orang yang berpesta di luar rumah terdiam.
"Kini nak beranak, Kini nak beranak." kedengaran suara seorang perempuan lain dari dalam rumah.
Semua orang menanti kelahiran cucu pertama Tok Nok yang ditunggu-tunggu. Semuanya senyap hanya kedengaran suara menantu Tok Nok berteriak sambil meneran.
Akhirnya tangisan bayi kedengaran. Semua orang bersorak dan bergembira kerana bayi itu sudah dilahirkan.
Namun tidak lama itu seorang perempuan tua keluar daripada rumah itu dan membisikkan sesuatu ke telinga Tok Nok. Berubah muka Tok Nok daripada ceria ke sedih.
Menantunya, Kini tidak dapat diselamatkan meninggal semasa melahirkan anak. Tidak lama kedengaran suara orang menangis dari dalam diikuti suara tangisan yang kuat suami Kini.
Semua orang kampung terus berkabung pada malam itu. Malam pesta gembira itu telah bertukar kepada malam tragedi kepada keluarga Tok Nok. Lahirnya seorang bayi lelaki dan perginya ibu kepada bayi itu.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
WARIS
HorrorTerdapat sebuah rumah lama di satu kampung kecil di pedalaman Sabah. Rumah itu sudah terlalu lama terbiar tidak berpenghuni. Semenjak tuan rumah itu meninggal dunia, tiada sesiapa yang berani mendekati rumah lama itu. Namun rumah itu masih berdiri...