Tajuk: Waris
Penulis: Klong KatingPart 7
Selepas balik dari rumah unik itu aku merasa sangat letih dan lemah-lemah badan.
Selepas makan malam kami berkumpul di ruang tamu Haji Daus.
"Rey.. Kenapa kamu tadi tu di rumah sana? Kasi cerita dulu." kata haji sambil memandang aku. Semua yang lain turut mengambil perhatian.
Aku menarik nafas panjang lalu menceritakan perkara yang berlaku petang tadi kepada mereka.
Tidak lama selepas itu Haji Daus menceritakan kejadian yang berlaku di rumah tersebut 58 tahun lalu.
Aku tidak terkata apa-apa. Tapi kenapa aku sorang ja kena kacau? Kenapa tak Chang atau Amir yang sama-sama dengan aku pada masa itu. Opsss kejap, bukan di rumah itu sahaja. Aku dah sampai Sabah ja malam pertama dah kena kacau. Apakah sebab aku ni ada darah Sabah? Sebab tu hantu tu atau apa-apa la benda tu datang kat aku. Hmmmm...
Malam itu aku tidur awal. beberapa jam kemudian aku merasa kepanasan yang amat pada badan ku. Seperti terkena bahang matahari pukul 12 pm. Aku membuka mata. Tiba-tiba aku merasa asing. Keadaan sangat gelap pada masa tu.
Terkejutnya aku! Aku mula bangun. Aku tertidur di lantai bukan di katil. Kat mana aku sekarang ni?!!! Ya Tuhan aku ketakutan.
Tiba-tiba aku tercium bau kemenyan yang amat kuat. Aku terdengar satu suara seperti menyanyi? Bercakap-cakap? Aku menguatkan diri berjalan menuju ke suara itu. Berharap itu adalah Haji Daus atau Uncle Bong atau kawan-kawan aku.
Aku berjalan perlahan ke arah suara tersebut. Ada satu bilik pintunya terbuka. Ada cahaya keluar dari bilik itu. Aku berdiri di depan pintu tersebut.
"Ya ampun mak bapak kau kepala hotak kau berjambul! "
Alangkah terkejutnya aku melihat seorang lelaki tua bercakap-cakap dengan satu mahkluk besar kepala dan tinggi. Semestinya itu bukan manusia. Lelaki tua dan mahkluk itu terus memandang ke arah aku. Sial punya mulut sempat aku melatah.
"kanou hiti nak. " tiba-tiba lelaki tua itu memanggil aku. Walaupun bahasa tu aku tak berapa pass tapi aku tau itu bahasa yang mak dan bapak aku pernah dengar mereka guna. Ya! Bahasa Dusun Sabah! Tangan lelaki tua itu memanggil aku.
(Mari sini anak)Aku ketakutan tahap 10/10. Hampir aku terkucil kat sana. Aku melihat ke belakang gelap gelita, tiada orang lain selain aku dan semestinya dia tujukan lambaian tu kat aku la.
Kaki ku kebas. Tangan dan bibir ku bergetar. Aku seperti ingin pengsan tapi tak dapat pula. Kalau aku sedang bermimpi please la bangun.
Pappp! Aku tampar muka aku. Sakit!"Kada korosi.. Kanou hiti. " lelaki tua itu berkata kembali sambil berjalan menuju ke arah ku.
(Jangan takut. Mari sini)Nak berteriak pun aku tak mampu dah. Apa lagi bergerak. Lelaki tua itu memegang bahu ku. Mukanya tidak menakutkan. Yang aku takut tu kat depan lagi ada mahkluk pelik. Nak kata alien tak juga. Takkan Frankenstein? Tak juga. Hantu ka apa ni.
"Kada korosi. Iti tulun agayo nopo nga ih mitamong hiti walai tokou. Kanou hiti tokou. " kata lelaki tua itu sambil menarik tangan ku. Seperti ku faham maksud ayat dari mulut lelaki tu.
(Jangan takut. Orang besar ni adalah yang menjaga rumah kita. Mari kita ke sana)Ntah kenapa kaki ku mengikut sahaja lelaki tua itu. Perasaan takut ku pun sudah hampir hilang. Kami terus duduk bersila di hadapan mahkluk besar itu.
"Iti nopo nga sakag ku. Patahako ku ti walai kumaa isio. " lelaki tua itu berkata kepada mahkluk besar di hadapan. Mahkluk itu tunduk-tunduk seperti faham.
(Ini adalah keturunan aku. Aku serahkan rumah ini kepada dia)Aku yang tak berapa faham ni seperti faham pula. Secara automatik pla ada google translate kat kepala hotak aku ni. Apa??!! Aku ni keturunan dia? Rumah ni nak bagi kat aku? Rumah mana pulak ni. Confuse sangat-sangat saat ni.
Lelaki tua itu memandang aku. Dia memegang kedua bahu aku sambil senyum lagi. Aku ni dah kebas kat sini.
"Nak.. Kounsikou tu nokoguli ko hiti. Gompion noh kopio ti walai. Sonong sonong kou. Mamanau oku nodi nokorikot noh timpu ku hiti." kata lelaki tua itu kepada aku.
(Anak terima kasih kerana pulang. Jaga rumah ni baik-baik. Bagus-bagus kamu. Sudah tiba masanya aku pergi)Aku bingung aku blur. Apa ni? Aku tak faham. Mimpi teruk apa aku ni sampai siap kena waris rumah lagi. Teruk ka kena bagi rumah? Teruk bro! Lebih-lebih lagi aku tak kenal siapa lelaki tua ni. Apa lagi dengan mahkluk besar menakutkan ni.
Arghhhhhh aku mau pulang! Aku tak mahu rumah ni! Mak! Bapa! Tolong aku. Aku menjadi takut kembali. Air mata jantan ku jatuh lagi. Aku tak tahan begini. Aku nak bangun! Bangun dari mimpi ni! Tiba-tiba aku blackout.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
WARIS
HorrorTerdapat sebuah rumah lama di satu kampung kecil di pedalaman Sabah. Rumah itu sudah terlalu lama terbiar tidak berpenghuni. Semenjak tuan rumah itu meninggal dunia, tiada sesiapa yang berani mendekati rumah lama itu. Namun rumah itu masih berdiri...