Part 8

553 26 1
                                    

Tajuk: Waris
Penulis: Klong Kating

Part 8

Aku merasa penat yang teramat sangat. Aku gagahi diri membuka mataku. Di manakah aku sekarang? Masihkah aku bermimpi?

Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.

Sekali ku buka mata, arrggghhhhh!!! Ya Tuhan!!! Dia lagi!!! Mahkluk aneh dan besar itu di depan mataku. Aku pada saat ini tidak mampu terkata apa-apa. Hanya tinggal mahkluk itu. Tapi di mana lelaki tua itu?

Mahkluk itu mengangkat kepalaku. Mak!!! Dia nak makan aku!!! Tolong!!! Dia nak makan bahagian kepala dulu.! Macam mana sakitnya aku nanti?! Putus kepala?! Berdarah-darah?!!! Mak!!! Bapa!!! Ya Tuhan tolong aku!!!! Aku ketakutan!

Aku tidak mampu mengerakkan seinci pun badanku. Aku menutup mata. Saat ni aku pasrah. Ya Tuhan ampunilah dosa-dosaku. Mak bapa selamat tinggal. Kawan-kawan..semua..selamat tinggal. Sayang kamu semua. Aku bersedia mati begini. Inilah takdirku. Ya Tuhan ampunilah dosa-dosaku...Tuhan...

Tiba-tiba aku merasa bibirku basah. Darah ka tu? Aku sudah dimakan oleh mahkluk tu? Kenapa tak sakit??? Aku sudah mati??! Sebab tu tak sakit!!!

Aku membuka mata lagi. Perlahan-lahan dan aku masih ketakutan. Hah??!!! Aku salah.!!!

Mahkluk itu sedang memberi aku minum air. Ya aku pasti! Mahkluk itu sedang memegang benda seperti mangkuk atau ntah apa tu tak berapa jelas. Tapi yang pasti dia dekatkan benda yang berisi air itu ke bibirku.

Aku masih punya deria rasa. Aku meneguk air tersebut. Tawar! Ya aku masih waras.! Memang aku sangat dahaga. Aku meneguk air tersebut beberapa kali sehingga aku terlupa kat depan tu ada mahkluk seram. 

Selepas menghilangkan rasa dahaga aku terbaring semula. Aku merasa sedikit bertenaga namun masih tidak mampu bangun. Dalam keadaan samar-samar aku masih melihat mahkluk besar itu berdiri di hadapan ku. Memerhatikan aku yang terbaring.

Aku menguatkan semangat. Aku mengumpul kekuatan. Aku harus berbuat sesuatu. Kalau ini bukan mimpi apakah ini realiti?

"Ka.. Ka.. Kamu.. Siapa?" aku cuba bertanya pada mahkluk itu.

Mahkluk itu hanya memandangkan aku. Bagaimana hendak aku jelaskan rupanya yang aneh itu.

Badannya tinggi panjang lebih dari manusia normal. Manusia terpanjang dunia pun bukan begini tingginya. Yang sangat pelik kepalanya sangat besar. Of cos la lebih besar dari kepala manusia normal. Matanya kemerahan dengan bulu-bulu lebat pada badannya yang lebat. Macam Wolverine eh..no no..tak la Wolverine hensem banyak.

"A..apa kamu nak?" aku gagahi diri cuba bertanya lagi.

Kali ini mahkluk itu mendekati aku. Dia cuba membangunkan aku. Aku terduduk lemah. Aku mulai merasa seram sejuk. Seluruh tubuhku bergetar. Kali ni apakah aku betul-betul akan jadi santapan mahkluk tu?

At last! Aku dengar suara mahkluk tu. Bukan suara seperti manusia tapi mungkin kalau kat rancangan cartoon kanak-kanak panggil monster. Ya suara yang garau tu. Tetapi apa patah dia cakap pun aku tak faham. Bukan bunyi bahasa dusun seperti lelaki tua tu.

Macam bunyi harimau mengaum pun ada, macam bunyi monyet pun ada. Macam-macamlah bunyi haiwan, seperti guntur atau bunyi runtuhan tanah pun ada. Jangan ketawa, aku tak rasa lucu pun masa tu. Tiba-tiba otak ku menjadi google kembali. Tiba-tiba aku faham bahasanya melihat pada gerakan bahasa badannya.

'Rumah ni milik kamu. Ia telah diwariskan kepada kamu daripada keturunan mu'

Hah lebih kurang begitulah maksud katanya. Sambil ada bayangan yang terlintas di fikiran ku secara automatik. Lebih kepada gambaran lalu atau picture of the past dalam bahasa orang putih yang diperlihatkan kepada aku oleh mahkluk tersebut. Jauh di sudut hati, aku berharap ini hanya mimpi.

Gambarannya begini, seperti sekarang aku sedang menonton wayang dekat panggung. Wayang filem lama.

######

#Seorang bomoh bernama Tok Nan melakukan upacara pemujaan memanggil syaitan dan mahkluk halus. Ini kerana hutan yang sering kali dimasuki oleh penduduk kampung berhampiran iaitu Kampung Lambai, dipercayai merupakan hutan yang berdarah.
#Setiap penduduk atau orang luar yang memasuki hutan tersebut tidak akan keluar dengan selamat daripada hutan untuk kembali ke kampung. Ianya dilindungi dan diduduki oleh pelbagai jenis mahkluk halus serta kuasa jahat syaitan juga dikenali sebagai semangat hutan.
#Tok Nan merupakan satu-satunya bomoh pada masa tersebut yang boleh berinteraksi dengan semangat hutan itu. Perjanjian di antara semangat hutan dan Tok Nan merupakan perjanjian damai di antara manusia dan semangat hutan untuk mengelakkan benda-benda yang tidak baik berlaku lagi. Disebabkan itu, terbinalah rumah unik itu. Rumah perantara kehidupan manusia dan kehidupan alam ghaib, tempat di mana manusia dengan semangat hutan dapat berinteraksi bersama.
#Sehingga lahirnya cucu Tok Nan, satu mahkluk gelap yang lebih jahat marah kerana lahirnya seorang manusia di rumah unik itu pada hari pertemuan manusia dengan semangat hutan. Lalu ia mengambil satu nyawa manusia untuk dijadikan korban bagi kelahiran bayi manusia itu. Korban malang itu adalah Kini. Pada hari ke 7 pemergian Kini, mahkluk gelap yang sama turut mengambil nyawa Malik oleh kerana Malik cuba membakar rumah tersebut di dapur pada masa itu.
#Selepas kehilangan dua nyawa keluarganya, Tok Nan melakukan upacara memanggil semula semua mahkluk yang berada di dalam hutan. Pemujaan itu dijalankan oleh Tok Nan seorang untuk menghapuskan mahkluk gelap yang lebih jahat itu dengan bantuan mahkluk lain yang setia bersama Tok Nan. Selesai upacara menghapus itu Tok Nan mati di dalam hutan menjadikan dirinya sendiri sebagai korban demi menghapuskan mahkluk gelap tersebut.
#Beberapa hari kemudian barulah orang kampung menemui mayatnya berhampiran rumah unik itu.

#######

Stop! I cannot brain! Bayangan itu terhenti dengan kepala aku yang penuh tanda tanya. Apa kena mengena rumah ni dan cerita orang kampung tu dengan aku?

Lelaki tua tadi tu adalah Tok Nan. Mahkluk besar ni penjaga rumah ni. Kini dan Malik sudah tiada. Mahkluk gelap jahat tu dah mati. Bayi yang lahir itu???

Jangan-jangan aku ni....

BERSAMBUNG

WARISWhere stories live. Discover now