Tajuk: Waris
Penulis: Klong KatingPart 9
"Ri! Ri!" aku terdengar suara bapa memanggil nama ku. Bukan selalu dapat dengar suara bapa. Saat ni aku rindu bapa dan mak.
"Ri!! " aku terdengar suara mak lagi. Bersahut-sahutan dengan suara bapa. Mereka seperti berteriak memanggil aku.
Aku harus bangun dari mimpi ngeri ni. Aku harus kuatkan semangat.
'Mak! Pa! Tolong aku! ' aku menjerit di dalam hati.
"Rey!!! " aku terdengar suara Amir dan Chang memanggil nama ku. Kenapa semua orang memanggil nama aku? Tapi aku masih terbaring di tempat asing ni. Tempat gelap ntah di mana.
'Aku di sini! Tolong aku!! ' hati ku menjerit lagi.
Aku mengumpul sisa-sisa tenaga yang ada. Aku menarik nafas dalam-dalam. Bangunlah kau Rey!!! Bangun dari mimpi ini!!!
Aku cuba memukul sesuatu dalam kegelapan. Dinding? Ya itu dinding. Aku cuba menendang sesuatu. Aww!!!! Sakitnya apa ni. Seperti pokok kayu atau tiang kayu? Aku di mana? Di hutan? Gua? Atau... Aku berada di dalam rumah!!! Rumah??!!!! Rumah unik itu??!!! Kenapa rumah unik itu bermain di fikiran aku sekarang.
"M.. Mm.. Mak.. Pa.. " aku menjerit lemah. Suara mak bapa hampir menghilang dari telinga ku.
Aku kuatkan hati. Arghhhh Tuhan tolong aku!!!
"T.. Tolong.. " masih lemah.
Aku menangis, badan aku lemah, aku ketakutan, aku kelaparan, aku.. Aku...
Tiba-tiba aku teringat wajah aneh mahkluk tadi. Mana dia pergi??? Aku bermimpikah???
Aku menghentak-hentakkan kaki ku dengan sepenuh tenaga pada lantai yang kurasakan kayu itu. Mana mahkluk tadi? Aku harus berbicara dengan mahkluk tadi untuk lepaskan aku.
Oh Tuhan, kalau aku mati kat sini jangan biarkan aku mati dimakan mahkluk aneh itu. Kalau betul aku waris rumah ni, aku terima. Ok aku terima!! Aku akan jaga rumah ni baik-baik. Tapi tolong temukan aku dengan mak dan bapa atau kawan-kawan aku. Tolong aku!!!
"Prakkkkk! Prakkkkk! " bising bunyi itu.
Aku mula melihat cahaya. Mataku silau. Cahaya syurgakah ini? Aku menutup mata. Aku terbaring layu. Aku pasrah.
"Ri!!! Ri!!! " aku dengar suara mak dan bapa.
Aku nampak bayangan wajah mereka mendekati aku. Aku nampak mak menangis. Amir, Chang dan beberapa orang yang aku tak kenali mengelilingi aku. Selamat tinggal semua. Aku pergi dulu.
**********
"Ri... Ko sedar sudah? " aku mendengar suara bapa.
Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku nampak wajah bapa sayu. Aku lihat sebelah bapa, wajah mak sedang menangis. Aku selamatkah? Aku di mana?
"Ma, dia sudah sedar ma.. " kata bapa pada mak. Mak memeluk aku masih menangis. Aku bingung seketika.
"Ko rest dulu... " kata bapa kembali sambil mengucap syukur.
Mataku perlahan-lahan tertutup kembali. Tolong jangan bagi aku mimpi buruk lagi. Tolong...
**********
Hari ini aku discaj keluar wad setelah lima hari menjadi penghuni di hospital ni. Doktor kata aku dehydrated dan kekurangan zat makanan. Hampir-hampir aku jadi arwah. Ya aku masih di Sabah. Mak dan bapa datang ke sini. Amir dan Chang sudah pulang ke KL. Panjang ceritanya apa yang berlaku pada aku. Mmmm tak pa biar aku pendekkan.
Selepas kejadian petang selepas melawat rumah unik tersebut, aku demam panas dan masa tu aku masih tidur di rumah Haji Daus.
Keesokkan paginya semua orang terkejut kerana aku tidak berada di dalam bilik tidur. Lagi menghairankan pintu rumah utama Haji Daus terbuka. Mereka syak aku diculik orang kerana barang-barang aku masih ada di sana.
Seluruh Kampung Lambai menjadi panik. Takut-takut ada penculik seperti kejadian kat Pulau Semporna tu. Mereka mencari aku selama 24 jam di kawasan kampung dan berdekatan tetapi gagal menemui aku. Selepas laporan polis dibuat, bapa dan mak diberitahu dan segera datang ke Sabah mendengar berita kehilangan aku.
Bapa dikatakan diberi petunjuk oleh moyang aku dalam mimpi di mana keberadaan aku. Mimpi itu mengatakan aku ke rumah unik tersebut lalu sesat di hutan.
Selama 2 hari 2 malam pencarian mencari aku di dalam hutan gagal. Pada hari ke tiga baru bapa mendapat instinct bahawa mungkin aku berada di dalam rumah unik itu.
Ya betul! Selama tiga hari itu rupanya real aku memang berada di dalam rumah itu. Apa yang aku alami semua itu bukanlah mimpi tapi kenyataan. Cuma kehadiran lelaki tua dan mahkluk itu, terpulang pada orang lain samada mahu percaya atau tidak. Macam mana aku ke sana dan masuk rumah tu masih menjadi tanda tanya.
Kenapa aku yang dipilih ke sana? Ya aku hairan dan semua orang pun hairan. Tapi ini mengejutkan aku. Malam terakhir aku di wad bapa membuka mulut.
"Ri.. Apa yang ko cerita semua tu betul. Kejadian di rumah itu pun betul. " kata bapa perlahan. Wajahnya sayu.
"Pa.. Lelaki tua tu cakap aku keturunan dia.. Aku waris rumah tu.. Apa maksud tu? " kata aku dengan penuh tanda tanya.
"Ri.. Bapa dan mak ko sebenarnya mau rahsiakan semua pada ko perkara ni. Tidak sangka benda begini terjadi sama ko. " kata bapa dengan wajah serius.
Aku makin rasa curious. Apa ni pa cepatlah cakap. Sabar Rey sabar. Aku melihat air mata bapa mula bergenang. Tambah aku berdebar. Tapi aku diam ja takut ganggu emosi bapa.
"Lelaki tua yang ko cakap ko nampak tu adalah datuk bapa. Moyang ko tu Ri." kata bapa akhirnya air matanya jatuh berguguran.
Aku terdiam. Terkejut. What a shocking news! Apa?! Lelaki tua yang aku nampak tu?! Yang aku panggil lelaki tua tu?! Yang dipanggil Tok Nan tu?! Bomoh itu?! Moyang aku?! Jap jap jap... I cannot brain and i dont understand.. What the f*** man! Opsss sorry...
"Apa yang ko kena bagi nampak semua tu adalah kejadian yang dulu-dulu memang pernah terjadi...." sambung bapa tapi dia tidak sanggup meneruskan lagi.
Mak menenangkan bapa. Bapa terus keluar dari bilik wad meninggalkan aku dan mak. Aku tahu emosinya tidak stabil saat itu. Aku lihat wajah mak turut bersedih. Mak genggam tangan aku.
"Ri.. Lama sudah benda ni terjadi. Jadi kami tidak mo ungkit perkara ni lagi. Bapa ko hidup sengsara dulu. Lahir ja tiada ibubapa tiada keluarga yang sanggup jaga dia. Dia kena hantar di rumah anak yatim piatu di KK. Belajar pun susah. Surat beranak pun lambat kena buat. Sampailah bapa saya sendiri tolong kasi besar dia. Trus kami sama-sama kena hantar belajar di KL, sampai kerja, sampailah kami kawin. " kata mak sambil mengalirkan air mata.
Aku terpampan seketika. Tidak ku sangka tragisnya kehidupan bapa. Patutlah aku tengo dia tak banyak cakap. Terlalu banyak kepahitan dalam hidupnya.
Aku peluk mak. Aku cuba memahami keadaan bapa. Aku turut menangis. Aku anak mak tapi pada saat ini aku rasa aku nak peluk bapa. Aku nak bahagiakan bapa. Aku nak tengo bapa senyum. Bapa gembira. Aku berjanji aku akan taat pada bapa.
So, Malik Dan Kini tu datuk dan nenek aku. Bapalah bayi kecil tidak berdosa itu. Ya Tuhan kasihannya bapa aku. Minta maaf pa aku tak tahu. Huhu
Aku pernah tertanya-tanya sendirian kenapa muka bapa nampak tak padan dengan umurnya yang masih muda itu. Rupanya umurnya sudah lanjut daripada yang tertulis pada kad pengenalannya. Oh kasihannya bapa aku. Huhu
Sepanjang malam itu aku tak berhenti menangis. Biarlah orang kata aku ni pondan ka cengeng ka aku tak kisah. Yang aku kisah hanya keluarga aku pada saat ini.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
WARIS
HorrorTerdapat sebuah rumah lama di satu kampung kecil di pedalaman Sabah. Rumah itu sudah terlalu lama terbiar tidak berpenghuni. Semenjak tuan rumah itu meninggal dunia, tiada sesiapa yang berani mendekati rumah lama itu. Namun rumah itu masih berdiri...