Tajuk: Waris
Penulis: Klong KatingPart 6
**THROW BACK**
Sekitar tahun 1960.Selama 7 hari 7 malam seluruh penduduk Kampung Lambai berkabung. Tok Nok melakukan upacara 'momisok' (dalam bahasa Dusun) atau dalam bahasa melayu upacara memadamkan lampu pada tengah malam.
Upacara ini dilakukan kerana masyarakat Dusun percaya bahawa pada hari ke 7, roh si mati akan kembali ke rumah asalnya untuk lawatan terakhir di dunia sebelum ke alam lain.
Makanan seperti nasi dan lauk ayam kampung dihidangkan di dapur untuk memastikan roh si mati dapat memjamah makanan terakhir dari keluarga.
Malam tersebut seluruh keluarga Tok Nok dan keluarga arwah Kini yang telah meninggal semasa melahirkan anak berkumpul di rumah unik itu. Lampu rumah dipadamkan dan semua orang berdiam diri menanti kehadiran roh Kini.
'Auuuuu... Auuuuu.. ' tidak lama kemudian, kedengaran bunyi anjing melolong dan menyalak dari jauh seperti melihat sesuatu.
Malik, anak Tok Nok juga suami kepada arwah Kini sudah mula mengalirkan air mata sambil menghayun buaian anaknya. Bayi kecil yang baru 7 hari lahir di dunia itu sedang tidur dengan lenanya.
"Kada mihad om kada kou korosi.. Pakadada nopo. Rumikot noh ih Kini hiti. " kata Tok Nok dalam bahasa Dusun kepada Malik dan saudara yang lain.
(Jangan nangis dan jangan takut. Diam sahaja. Kini sudah hampir ke sini)Ada saudara lain yang mula menangis dan ketakutan mendengar salakan anjing yang semakin lama semakin hampir ke rumah itu. Sehinggalah salakan anjing-anjing tersebut tidak kedengaran.
Kedengaran bunyi derap kaki di luar rumah seperti ada seseorang sedang berjalan. Pada masa itu pintu rumah hadapan dan pintu dapur sudah dibuka dengan sengaja. Dipercayai roh akan masuk dari pintu tersebut.
Semakin lama semakin dekat ke tangga hadapan rumah. Tiba-tiba bunyi itu beralih ke dapur. Bunyi seperti periuk dan kuali di buka turut kedengaran. Bunyi piring dan mangkuk jatuh ke lantai turut kedengaran.
"Uwekkkkkkk.... Uwekkkk.... " tiba-tiba tangisan bayi mengejutkan semua orang.
Malik segera mengambil anaknya dari buaian. Tok Nok segera memegang kepala cucunya itu.
"Kada ihad.. Haro tama nu hiti. Moi intong dika. " bisik Tok Nok kepada cucunya sambil mengusap rambut bayi tersebut.
(Jangan menangis. Ibumu sudah datang untuk melihatmu)Makin kuat tangisan bayi tersebut. Malik semakin kalut. Perasaannya sedih kerana tidak dapat menerima kehilangan Kini.
"Kini, Nokuro tuh tongkiadai oku dika?! Au ko osianan iti tanak tokou? Guli noh Kini. Langadon oku dia." Malik tiba-tiba meraung dan menangis.
(Kini, kenapa kau tinggalkan aku? Kau tidak kasihan pada anak kita? Baliklah Kini. Aku rindukan kau)Tok Nok segera mengambil cucunya dari pangkuan Malik.
"Nokuro tu mimboros ko miagal dino?! Pologoson noh tulun napanau. Pasanangon noh ginawo nu om osonong ih pamanahon ih Kini.!" balas Tok Nok pada Malik dengan suara yang kasar.
(Kenapa kau berkata sebegitu. Biarkan orang yang telah pergi. Terimalah kenyataan supaya Kini pergi dengan aman)"Iti walai winonsoi nu au osonong! Nung au ko nopo mononsog yahai mogion hiti walai, au kapatai sawo ku! " Malik semakin meninggikan suaranya.
(Rumah yang kau bina ini tidak baik. Jika kau tidak memaksa kami tinggal di rumah ini, mungkin isteri ku tidak akan mati)Semua saudara mara mula menenangkan mereka. Keadaan semakin tegang. Sehingga mereka terlupa sebentar dengan upacara yang dijalankan.
Seorang nenek terus mengambil bayi dari pangkuan Tok Nok dan terus menjauhkan diri daripada pergaduhan mereka. Semakin kuat tangisan bayi tersebut.
"Iti nopo walai nga walai paganakan tokou. Timolos noh ti walai nga timolos nogi ti paganakan tokou!" Tok Nok menegaskan suara.
(Rumah ini rumah keluarga. Musnah rumah ini musnahlah keluarga ini)"Arghhhh! Andasan ko amu oku koilo? Walai nopo diti winonsoi nu maan doh pitimungan doh rogon om tombiruo!" apa yang terbuku di hati Malik akhirnya terlepas juga.
(Kau ingat aku tak tahu? Rumah ini kau bina untuk tempat persinggahan syaitan dan roh-roh jahat)Belum sempat Tok Nok membalas kata Malik, tiba-tiba kedengaran suara wanita menangis jelas datang dari dapur rumah.
Semua yang ada di sana terdiam seketika. Ada juga saudara mara yang lain lari keluar dari rumah tersebut kerana ketakutan.
Semakin lama semakin kuat tangisan wanita itu. Diikuti dengan suara tangisan bayi kecil itu.
"Kini! Nokongoi ko noh hiti. Ongoi ko noh id pogoluhan baiino noh." kata Tok nok sambil memandang dapur tersebut. (Kini! Kau sudah singgah di sini. Sekarang pergilah kau ke alam akhirat)
Malik yang berada dalam keadaan separa sedar terus berlari ke dapur. Dia berharap akan bertemu dengan roh isterinya.
"Kada!!!" Tok Nok menjerit untuk menghalang Malik dari memasuki dapur.
(Jangan!!!)Tetapi sudah terlambat. Malik sudah memasuki dapur dengan sekelip mata. Selepas beberapa saat keadaan menjadi sunyi sepi.
Tiada lagi suara tangisan wanita kedengaran. Hanya suara tangisan bayi kecil yang semakin reda ditenteramkan oleh nenek tersebut.
"Malik? Malik? " Tok Nok cuba memanggil nama anak lelakinya.
Seorang pemuda yang berani juga saudara mara kepada Tok Nok memberanikan diri mengikut Tok Nok ke dapur.
Alangkah terkejutnya mereka mendapati Malik terbaring di lantai berlumuran darah. Terdapat sebilah parang pada perutnya menampakkan tali perut yang hampir terburai.
Tok Nok dan pemuda itu berteriakan meminta tolong. Beberapa lelaki masuk ke dalam dapur turut terkejut.
Pemuda yang bersama Tok Nok berlari mendapatkan nenek yang sedang mendukung bayi kecil cucu Tok Nok. Dia membisikkan berita tragis yang dilihatnya tadi.
Nenek tersebut terus segera membawa bayi tersebut keluar dari rumah diikut dengan semua wanita lain yang ada di sana.
Hanya tinggal beberapa lelaki dan Tok Nok dalam rumah tersebut menguruskan mayat Malik.
Kematian Malik menjadi tanda tanya seluruh penduduk kampung tersebut. Sehingga ramai saudara mara Tok Nok berpindah dari kampung tersebut kerana trauma akan kejadian malam itu.
Dipercayai selepas kejadian tersebut, semua orang tidak berani membuka mulut untuk menceritakan kejadian itu. Jika seseorang cuba menceritakan perkara itu kepada orang lain maka orang itu akan ditimpa malang. Seperti SUMPAHAN.
******
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
WARIS
HorrorTerdapat sebuah rumah lama di satu kampung kecil di pedalaman Sabah. Rumah itu sudah terlalu lama terbiar tidak berpenghuni. Semenjak tuan rumah itu meninggal dunia, tiada sesiapa yang berani mendekati rumah lama itu. Namun rumah itu masih berdiri...