Part 5

681 23 0
                                    

Tajuk: Waris
Penulis: Klong Kating

Part 5

Ketibaan kami di sana disambut mesra oleh orang-orang kampung. Kanak-kanak kelihatan berlari-lari sambil melambai tangan kepada kami.

Oh mungkin trade mark kat sini kot melambai. Dah nama pun Kampung Lambai. Aku tersenyum lega. Mungkin wanita tadi pun orang kampung kat sini.

Kami tiba di sebuah rumah bertingkat. Bawah batu, atas kayu. Siap ada pemancar astro lagi. Bukan ni rumah unik tu. Ini tempat kami menginap beberapa hari ni.

Keluar seorang lelaki separuh abad memakai kopiah putih dari rumah tersebut. Dia melambai sambil wajahnya tersenyum ceria melihat kami turun dari kereta.

"Pa kabar Haji Daus?" uncle Bong bersalam lalu memeluk lelaki tersebut.

"Baik Bong.. Lama tida nampak." balas lelaki yang dipanggil Haji Daus itu.

"Iya haji.. Nahh ni la budak2 dari KL tu.." kata uncle Bong sambil memperkenalkan kami.

"Assalamuailakum haji.. " kata Amir lagi.

"Walaikumssalam.. Sorang ja ka muslim?" tanya haji tersebut.

"Haa ah ya.. " kata Amir. Lega Amir sebab katanya dulu risau kalau tempat kat Sabah ni banyak tak halal.

Relax bro! Kat Sabah ni ada pelbagai agama dan bangsa. Kat kampung ni pun aku tengo ada surau. Sebelah ja surau tu ada chapel. Hidup mesti harmoni, saling menghomati. Aku senyum lebar jaa. Kami semua bersalaman dengan Haji Daus ni.

"Masuk2 kmu suma.. " kata Haji Daus dengan mesra.

Rumahnya bersih dengan perabot yang diperbuat daripada rotan dan kayu tersusun cantik. Boleh dikatakan sangat selesa. Kami berlima duduk di ruang tamu.

"Kamu mo pigi tu rumah lama?" tanya haji pada kami bertiga. Mungkin sebelum datang uncle Bong dah maklumkan pada Haji Daus.

"Ya haji.. Kami nak buat kajian sikit." kataku yakin. Yang lain diam jaa.

"Mo pigi tu rumah mo jalan kaki saja. Kereta xdapat masuk. Dalam 10 minit laa sampai. Masuk dalam lagi sana tu." kata haji sambil tangannya menunjuk ke suatu arah.

"Kena pigi sebelum gelap. Kalo gelap susa cari jalan pulang." kata haji lagi dengan muka yang serius.

Baru dengar dah kembang bulu roma kita orang. Kami saling berpandangan.

"Kami nak pergi sekarang boleh tak?" tiba-tiba Amir berkata sambil melihat pada jam tangannya.

Aku melihat pada jam tangan ku juga. Jam sudah menunjukkan pukul 1.15pm.

Haji Daus mengangguk kepala. Kami semua berdiri lalu mempersiapkan diri.

Kamera video ✅
Pita pengukur ✅
Pembaris ✅
Pensil/Pen ✅
Buku nota ✅

Antara yang ada dalam list aku. Aku melihat Haji Daus membawa parang, lampu suluh dan garam. Mulanya aku tak faham. Lama aku berfikir. Oh adalah tu dia orang lama dia tau la.

Kami mula berjalan kaki dari rumah haji masuk ke semak. Melalui beberapa tanah kebun orang dan sawah padi. Akhirnya sampai di pinggir hutan sederhana. Semua orang hanya berdiam diri ketika berjalan. Uncle Bong pun turut serta.

"Lepas naik bukit kecil ni sampai laa kita." terang haji kepada kami.

Setelah berpenat lelah menaiki bukit tersebut kami pun sampai di hadapan rumah yang menjadi sebutan ramai.

Semua terpegun melihat rumah tersebut. Masih gah dengan binaan yang luar biasa. Tidak pernah ada pada rumah kayu yang lain ku lihat di kampung ini.

Warna dinding kayu rumah yang seakan-akan berwarna emas kekuningan, dengan tiang rumah seakan-akan terukur sama rata seperti tiang lain. Terdapat ukiran-ukiran tradisional pada tiang-tiang rumah itu. Kecuali atap rumah yang semakin lusuh. Mungkin kerana faktor cuaca hujan dan panas matahari.

"Hati2 ya jangan pigang apa2." keras suara Haji Daus.

Aku telan air liur. Alamak!  Aku dah pegang ukiran-ukiran pada tiang kayu tu. Sempat selfie lagi. Aku pura-pura berjalan ke belakang rumah. Mengelak dari haji tu nampak. Hehehe.

Aku, Amir dan Chang mula mengukur rumah tersebut. Panjang dan lebar. Setiap inci tiang dan belahan papan kayu. Dah kena suruh lecturer ikut ja la.

"Jom wefie.. " bisik Chang pada aku dan Amir.

Dengan selambanya kami buat macam-macam style wefie. Sambil Ketawa-ketawa kecil takut Haji Daus tu perasaan. Kang kena suruh balik.

Selamat.. Haji Daus sedang sibuk bercerita dengan uncle Bong di bawah pokok. Sambil aku mengukur, sambil aku mengambil gambar dan video. Nak buat presentation mesti ada gambar dan video cantik-cantik.

Tiba-tiba cuaca yang panas terik tadi bertukar menjadi mendung. Angin mula bertiup perlahan. Daun-daun pokok mula berguguran.

"Bah.. Mari kita balik dulu.. " kedengaran suara uncle Bong separuh berteriak mengejutkan aku,  Amir dan Chang.

Alamak belum habis ukur lagi ni. Kami tiga sekawan berpandangan.

"Esok kita datang lagi.. " kata aku pada mereka. Mereka mengangguk setuju.

Baru kami hendak melangkah pergi, tiba-tiba aku rasakan kaki ku tidak dapat bergerak. Amir dan Chang pula selamba ja berjalan. Aku merasa seperti kaki ku tersekat oleh sesuatu benda di bawah.

Aku melihat Amir dan Chang semakin jauh meninggalkan aku. Gelisah hati ku.

"Tunggu...! " aku berteriak. Tapi mereka terus berjalan seperti tidak mendengar suara ku.

Aku cuba lagi mengangkat kaki. Tidak bergerak. Sekali lagi ku cuba. Gagal lagi.

"Weiii.... " aku berteriak lagi. Kali ini aku cuba melompat.

Bukkkk!!! Aku jatuh tersungkur hingga mencium tanah.

'Hahahaha.. Hahahaha.. ' aku terdengar suara perempuan mengilai. Semakin lama semakin kuat menghampiri telinga ku.

'Ya Tuhan.. Tolong aku.. ' aku berseru di dalam hati. Aku cuba bangun. Aku kuatkan semangat.

"Rey!! Apa kau buat ni?! " tiba-tiba aku terdengar suara Amir.

Aku mendongakkan kepala. Amir, Chang, uncle Bong dan Haji Daus memandang ke arah ku yang sedang bertiarap di tanah. Chang menarik tangan ku. Aku bingung seketika.

Haji Daus mengeluarkan garam yang di bawanya lalu menabur garam itu ke sekeliling kami. Sambil mulutnya berkumat kamit membacakan doa. Aku tidak pasti doa apa tapi yang aku nampak Amir turut serta membacakan doa itu.

Selepas aku tenang, kami bergerak menuruni bukit untuk kembali ke kawasan perumahan kampung. Tiada siapa yang membuka suara sehingga kami tiba di kediaman Haji Daus.

******

BERSAMBUNG

WARISWhere stories live. Discover now