Part 3

1K 26 4
                                    

Tajuk: Waris
Penulis: Klong Kating

Part 3

Sampai jaa aku kat airport KK ni, rasa nak cium ja tanah bumi bayu ni. Nak bagi wakil mak dan bapa aku sebab mereka lagi rindu tempat ni kot.

Hai Sabah, hai sumandak-sumandak Sabah. Cantik-cantik wei rugi aku tak sekolah kat sini. Kalo tak dah aku couple dengan sumandak yang comel-comel kecil-kecil ni.

Bukan aku jaa fikir macam tu. Haa tu dua ekor kera yang ikut aku pun fikir macam tu. Aku perhati jaa korang Amir dan Chang. Padahal aku sendiri pun terpegun.

Majulah Sabah ni wei, siapa kata orang Sabah duduk atas pokok? Siapa kata orang Sabah masih pakai cawat? Jum aku bagi korang telan air laut Sipadan tu. Amboi belum sampai sana dah berangan.

Keluar jaa lepas ambil bagasi, haa dah ada orang angkat kertas putih A4 aku nampak siap tulis nama full aku lagi. Ni mesti Uncle Bong yang bapa katakan tu. Orangnya chubby-chubby putih ada macam muka cina.

"Ei Rey tu nama kau la.. " Amir mula bercakap. Padahal aku dah nampak pun.

"Haa yala.. Besar lagi tulisan HARRY HALI. nasib bukan Harry Potter.. " Chang pula mula berlawak. Aku tampar kang. Biadap sungguh mulut. Ekekeke. Kami sama-sama ketawa.

"Uncle Bong ke? " aku mula menegur lelaki yang memegang nama ku pada kertas A4 tu.

"Ahh.. Iya.. Hally ah.. Uncle Bong sini.. Kawan bapa u.. Itu si Hali. " haa kau keluar loghat cina sabah uncle Bong.

Aku salam dia, tapi dia peluk aku terus. Aku terkedu jap. Eh mesra rupanya orang-orang Sabah ni. Aku terharu seketika.

Aku perkenalkan juga uncle Bong dengan Amir dan Chang. Uncle Bong peluk mereka berdua juga. Senang hati dilayan mesra sebegitu.

******

Uncle Bong membawa kami ke sebuah homestay apartment di kawasan KK juga. Kami akan bermalam di sini.

Besoknya kami akan ke satu daerah yang bernama Keningau. Di sanalah terletaknya rumah unik yang akan kami buat kajian tu.

Dipercayai rumah itu dibina sudah lebih dari 50 tahun. Diperbuat daripada kayu kapur yang tahan lama. Dibina oleh seorang tenaga kerja sahaja tanpa menggunakan sebatang paku. Yaka tanpa paku?

Mana aku tahu ni youtube bagitau. Entah siapalah nama sebenar yang memuat naik kisah rumah itu kat youtube. Kalau tak kerana dia, tak sampailah aku ke sini.

Aku melihat Amir dan Chang sudah lena dibuai mimpi indah. Siap dengan aneka bunyi dengkuran masing-masing. Penat kot jalan jauh hari ni. Aku terus menutup laptop ku dan mengemas barang untuk dibawa esok. Mata aku pun surrender penat.

Tetapi aku rasa terdengar sesuatu seperti suara wanita, sayup-sayup kedengaran bunyinya. Aku cuba menadah telinga.

'Ri.. Ri..' suara itu seperti memanggil nama ku. Aku salah dengar kah aku tengah bermimpi ni?

'Ri.. Ri.. Pergi balik.. Jangan datang..' bulu tengkuk aku mula meremang. Apakah betul apa yang aku dengar ni? Aku cuba fokus mendengar sekali lagi.

Tiba-tiba lampu seluruh apartment itu terpadam. Gelap gelita menyelubungi dan sure aku tidak nampak apa-apa. Aku merangkak cuba mencari hp ku. Di mana aku letak hp tu? Tadi aku duduk bersila di lantai ni.

Sedang tangan ku sibuk mencari hp, aku merasakan seperti tersentuh sesuatu. Haa jumpa pun hp. Tapi aku tersalah kot kenapa aku rasa benda ni sejuk dan keras seperti ais batu. Ishk biar betul.

"Ya ampun mak bapak kau kepala hotak kau berjambul! " aku melatah. Ops sorry aku bukan lelaki lembut cuma warisan dari mulut mak ku.

Terkejut beruk benar, benda aku sentuh tu bergerak. Apa benda tu? Keras, sejuk dan bergerak.. Seperti.. Seperti.. Tangan? Jari?!!!!

"Amir! Chang! Bangun! " aku memanggil kedua rakan ku. Konfom sah dorang tidur mati.

'Ri.. Pergi.. Jangan datang. ' suara itu lagi. Arghhh apa aku patut buat ni? Mana aku nak lari ni? Panic attack jap.

Beberapa saat kemudian lampu terpasang semula. Aku melihat sekeliling. Bingung jap. Aku berada di dapur? Jauhnya perjalanan ku dari ruang tamu ke dapur.

Aku perlahan-lahan menoleh ke belakang tempat aku tersentuh benda sejuk tu. Bulu roma ku meremang tapi aku gagahkan diri menoleh.

Apa?! Mop lantai?! Haisyyyy. Aku berdiri segera. Malu aku kalau ada sesiapa nampak keadaan ku tadi. Malu geng malu.

Aku terus ke bilik tidur segera. Hp ku ada di bilik rupanya. Aku baring ke katil. Arghh pedulilah lampu bilik itu terpasang. Insaf aku gelap-gelap.

Suara itu? Senyap dah. Mungkin itu hanya bunyi kipas siling atau perasaan aku jaa. Ahhh sudah. Tidurlah Rey hari esok masih panjang. Selepas itu aku terlena.

******

BERSAMBUNG

WARISWhere stories live. Discover now