Part 10 (Final)

600 29 3
                                    

Tajuk: Waris
Penulis: Klong Kating

Part 10 (final)

Sebelum balik ke KL aku meminta izin bapa untuk melawat kembali rumah unik tersebut. Eh silap. Rumah itu sebenarnya rumah warisan keluarga aku.

Oleh kerana moyang tidak mempunyai agama masa tu, bapa membawa seorang bomoh atau dipanggil bobolian dalam bahasa Dusun bersama-sama untuk melakukan suatu upacara. Dimana upacara itu bertujuan untuk membebaskan roh moyang yang terperangkap dan mahkluk penjaga tersebut di dalam rumah itu.

Seekor kerbau dan seekor babi disembelih untuk dikorbankan dalam upacara tersebut. Kami mempunyai agama tetapi kami percaya bahawa adat resam kaum kami tidak boleh kami abaikan.

Pintu rumah itu dibaiki selepas dipecahkan semasa aku ditemui di dalam. Atap rumah ditukar baru kerana terdapat zink yang telah bocor. Mana-mana yang rosak diperbaiki. Ini adalah hasil usaha bapa dan penduduk Kampung Lambai.

Pergilah moyang ku Tok Nan dengan aman. Rumah pusaka ini akan aku jaga sehingga cucu cicit ku. Aku emo seketika.

Saat upacara dijalankan aku terlihat moyang dengan mahkluk besar itu berjalan bersama. Mereka melambaikan tangan kepada aku. Mereka hilang bersama asap putih kemenyan yang dibakar oleh bobolian.

Adakah aku seorang sahaja yang nampak? Atau ini bayangan aku sahaja. Mengalir air mata jantan ku. Aku melihat muka bapa. Bapa melihat muka aku. Dia tersenyum padaku. Aku lap air mata ku.

Rupanya bapa juga melihat mereka pergi. Mmm dah namanya keturunan. Konfom laa mataku yang boleh melihat ni waris dari bapa aku. Semestinya ni dari moyang aku laa ni. Eh jap... Adakah selepas ni aku akan selalu nampak benda-benda ghaib gitu??? Eh... Tak mungkinlah. Tiba-tiba supernatural gitu. Hehe

Selesai sahaja upacara tersebut, kami pergi balik ke KK. Semestinya kami sekeluarga akan melawat rumah ini sekali setahun setiap kali ulang tahun rumah ini dibina. Seperti pada hari ini, rumah ini kelihatan tetap gah berdiri tidak dimamah usia. Biar orang kata rumah ni tempat persinggahan mahkluk halus ka, apakah, arghhh... pedulikanlah. Mahkluk halus tu juga beri aku air. Tolong jaga aku masa tu. Mmmm

Dalam perjalanan ke KK aku sangat keletihan hingga tertidur.

'Ri.. Ri.. Bangun.. ' tiba-tiba aku dibangunkan oleh suatu suara.

Macam aku pernah dengar suara itu. Ya! Suara itu! Suara wanita itu! Masa mula-mula aku tiba di Sabah. Aku membuka mata. Seorang wanita dalam umur 30an berdiri di hadapan aku sedang tersenyum. Rambutnya panjang hitam, pakaiannya putih dengan wajah yang sangat bersih dan cantik. Aku tertanya-tanya siapakah wanita ini sehingga aku tidak mampu terkata apa-apa.

'Ri.. Selamat tinggal.. Jangan datang lagi.' katanya sambil tersenyum melambai. Lalu hilang dari pandangan aku. Aku tercari-cari akan wanita itu.

"Ri! Bangun!" tiba-tiba satu suara wanita lagi mengejutkan aku. Laa ni suara mak aku rupanya. Aku mimpi ka tadi?

"Ko mengigau ka? " tanya mak pada aku sebaik aku membuka mata.

"Yaka.. Ohh.. Mmm.." balasku pada mak. Potong stim betul mak ni. Aku mimpi rupanya.

"Cuba ko tengo gambar dulu-dulu ni. Ini laa muka moyang ko tu. " kata mak sambil menunjukkan gambar hitam putih pada aku.

Yaa memang seperti yang aku lihat. Wajah Tok Nan pada gambar lama tersebut tidak banyak berubah dari apa yang ku nampak. Eh tapi.. Jap.. Hah?!

"Mak.. Perempuan sebelah Tok Nan ni siapa? " aku terkejut banyak. Sangat curious.

"Haa.. Ni laa moyang perempuan ko. Kesian juga dia pun meninggal semasa melahirkan datuk ko." balas mak.

Aku tidak terkata. Ku telan air liur yang kurasakan pahit. Ehemm sebab aku baru bangun tidur mestilah pahit. Euwww

Moyang perempuan aku? Jadi.. Mukanya sama seperti yang aku mimpi tadi. Yang panggil-panggil nama aku tu? Dia moyang perempuan aku! Tak sangka dia lagi dulu sambut kedatangan aku.

"Mak.. Kenapa setiap kali melahirkan anak pertama moyang dan nenek Kini meninggal?" tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutku. Biadap sungguh mulut aku ni.

Mak diam membisu. Aku tengo bapa pun dia buat tak tahu. Tapi aku lahir mak masih ada. Choiii palis-palis. Bukan aku nak mak meninggal semasa melahirkan aku.

"Sebab tu Ri.. Kita tida boleh tinggal di kampung tu.. Kita kena pergi jauh. Takut benda tida bagus tu berlaku lagi. " kata mak sambil memegang tangan aku. Itu kepercayaan orang dulu-dulu.

Lama aku hadam kata-kata mak tu. Baru aku faham kenapa moyang perempuan kata jangan datang lagi. Takut pisang berbuah 3 kali. Laa tak dapat laa aku nak berbini orang Sabah ni. Eh aku gurau ja. Hehe

*********

"Apa yang penting sekarang semuanya dah terungkai. Misteri di sebalik rumah unik tu dan kisah yang mengayat hati yang terjadi pada tuan rumah tu. Waris rumah itu pun juga telah ditemui. Rumah unik tu sekarang dijaga dengan baik dan dijadikan salah satu tempat lawatan pengunjung luar kerana keunikkan binaan yang tersendiri. Akhir kata, rumah yang dibina itu adalah rumah keluarga, musnahlah rumah itu, musnahlah keluarga itu. Sama-sama kita eratkan hubungan kekeluargaan kita. Sekian pembentangan dari kumpulan kami." aku menghembuskan nafas dengan lega. Siap! Aku dah bentang pasal rumah unik tu a.k.a rumah pusaka keluarga aku sendiri.

Kumpulan kami diberi tepukan yang sangat gemuruh. Aku, Amir dan Chang senyum dan bersalam antara satu sama lain. Tidak semua kami ceritakan pasal rumah tu. Hal pelik dan kisah keluarga aku tetap kami rahsiakan.

Biarlah orang yang datang melawat ke rumah itu mengagumi rumah unik itu tanpa sebarang perasaan takut. Abadilah kisah di antara Tok Nan dan mahkluk halus yang sama-sama membina rumah unik tersebut.

TAMAT

P/s: Tq semua yang follow cerita WARIS ni.. Jumpa lagi di cerita yang lain 😊😊😊

WARISWhere stories live. Discover now