Part 4

855 27 0
                                    

Tajuk: Waris
Penulis: Klong Kating

Part 4

Pagi tu awal-awal lagi uncle Bong dah tunggu kami dekat luar parking kereta.

Dengan menaiki kereta Avanza berwarna putih uncle Bong kami mula bergerak.

"Ikut tu jalan Penampang-Tambunan-Keningau. Dalam 2 jam lebih gitu sampai laa." kata uncle Bong.

"Kalo ikut tu jalan Kimanis dekat sikit laa, tapi bukit tinggi takut kereta tida dapat naik." kata uncle Bong.

Aku oh jaa. Mana aku tau jalan kimanis tu apa. 1st time ni datang Sabah. I follow jaa u uncle.

"Tapi kita singgah makan dulu laa di Penampang." kata uncle Bong lagi.

Haa sana kita orang makan kat kedai mamak. Cari restaurant halal lah kan. Amir tu beragama Muslim. Chang tu Buddha. Aku pla Kristian. Uncle Bong tu aku tak tau pula. Malu juga nak tanya. Biasa laa umur standard bapa aku tak baik tanya sukati.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Ewahhh sedap jaa rasa dah kenyang ni.

Kami mulakan balik perjalanan. Dalam kereta tu, aku duduk depan sebelah uncle Bong yang tengah drive tu. Dua kera tu, eh silap, dua rakan aku tu duk kat belakang.

Mula-mula aku elok ja sembang-sembang ngan uncle Bong. Lama-lama aku rasa pening pula. Jalan banyak corner-corner. Rasa nak muntah pun ada. Aku tengo kat belakang. Dua rakan aku tu dah terlopong mulut, tidurlah pa lagi.

"Ko tido la.. Kalo tida biasa jalan nanti muntah.. " kata uncle Bong sambil jeling-jeling kat aku.

Macam tau-tau ja uncle Bong ni. Aku menguap panjang. Berat dah mata ni. Rasa nak tampar muka pun ada. Kesianlah uncle Bong nanti drive sorang-sorang. Aku tahan juga ngantok. Tapi tiba-tiba aku black out.

Tak lama lepas tu aku rasa ada angin bertiup kat telinga ku. Mata sedang tertutup ok tapi otak ku masih ligat berfikir. Uncle Bong buka tingkap kereta kot. Sejuk tiupan angin tu. Aku biarkan ja rasa sedap pula nak tidur.

Tiba-tiba aku terdengar lagi suara pelik semalam. Panggil-panggil nama aku. Haisyy apa ni orang nak tidur pun tak boleh.

Aku cuba membuka mata. Namun terlalu sukar pula nak buka. Pedih mata aku. Terlalu ngantok kot. Namun dalam bayangan fikiran aku, muncul sesuatu bayangan gelap. Apa benda ni?

Satu lembaga hitam panjang cuba mendekati aku. Aku terkejut dan perasaan aku menjadi semakin takut. Tangan lembaga itu panjang dan pucat cuba menarik badan ku. Aku bergelut. Cuba untuk melepaskan diri. Semakin kuat genggaman lembaga itu.

Ya Tuhan! Ya Tuhan!!  Aku cuba berteriak. Aku bacakan doa Bapa Kami dan doa Salam Maria tanpa henti.

Nafas ku semakin sesak. Sehinggalah aku rasakan ada sesuatu menolak ku sehingga tersungkur.

Aku buka mata aku. Aku lihat sekeliling. Uncle Bong sedang memegang bahu aku. Kereta yang dipandunya berhenti di tepi jalan raya.

Amir dan Chang juga terjaga. Mereka melihat muka aku dengan wajah hairan. Aku bingung seketika.
"ko mimpi apa? Sampai itu badan macam kena goncang2?" uncle Bong bertanya sambil dahinya berkerut.

"Kau ok tak geng?" kata Amir lagi.

"Berpeluh badan kau. Kau sakit ke? " tanya Chang lagi.

Aku terdiam sambil memikirkan apa yang berlaku tadi.

"Sorry.. Sorry.. Aku rasa aku bermimpi tadi.. Mimpi buruk kot.. Tapi aku dah lupa dah apa aku mimpi tu. " aku menggaru kepala. Cuba senyum pada mereka bertiga. Agar mereka tidak risau pada aku.

"Nah minum air ni.. " kata uncle Bong memberikan aku sebotol air mineral.

Aku merasa sangat dahaga seperti kehilangan banyak tenaga tadi. Beberapa minit kemudian kami meneruskan perjalanan. Sumpah lepas tu aku takut nak tutup mata.

******

Sampai sahaja di kawasan Pekan Keningau uncle Bong berhenti di stesen minyak.

"Mau isi full tank sebab kita akan masuk kampung jauh dalam sikit.. " kata uncle Bong sebelum keluar dari kereta.

Aku dan dua rakan aku pula singgah sebentar ke tandas stesen minyak Petron tu. Nak buang air kecil. Lepas tu beli sedikit makanan dan minuman ringan.

Selesai ja semuanya kembali ke dalam kereta, kami teruskan perjalanan.

Mula-mula tu jalan raya masih berturap. Lama kelamaan, jalan yang kami lalui tu adalah jalan batu-batu kecil tak berturap.

"Uncle dah biasa jalan sini ni.. Dari dulu orang kampung selalu mintak jalan ni dinaik taraf. Sampai sekarang hah tengo laa. Masih berlubang2." kata uncle Bong.

Aku diam jaa, aku angguk-angguk jaa. Pasal politik-politik ni aku belum matang pun nak berhujah. Walaupun dah layak dah pun buang undi. Tapi belum pernah pun menjalankan kewajiban pada negara. Biasalah budak kolej bz study jaa.

Paling excited masa tu kawan aku dua orang kat belakang tu. Asyik tanya ini itu ja ngan uncle Bong. Selepas kejadian mimpi tadi aku jadi pendiam. Ntah nak bagitau mereka atau tak. Arghh biarkan ja la mimpi je.

Selepas lebih kurang 45 minit perjalanan, aku dah ternampak signboard nama kampung tu.

KAMPUNG LAMBAI

Tetapi ada sesuatu menarik perhatian aku di situ. Aku terlihat seorang wanita sedang melambai-lambaikan tangannya ke arah ku.

Dia lambai kat aku ke orang lain? Jangan perasaanlah wei. Aku melihat sekeliling. Tiada orang lain, tiada kereta lain yang lalu. Memang ke arah kereta uncle Bong dipandangnya.

Aku menoleh uncle Bong, fokus dia memandu memandang ke depan. Aku pusingkan badan dan kepala ku ke belakang. Ke dua-dua rakan aku sibuk pula melihat skrin hp masing-masing.

Aku menoleh kembali pada wanita tadi. Hilang. Tiada sesiapa di sana. Jantung ku mula berdegup kencang. Adakah aku mula berhalusinasi atau memang ada orang kat sana tadi? Aku menarik nafas panjang. Ni tak boleh jadi ni. Aku harus fokus pada kajian ku nanti.

******

BERSAMBUNG

WARISWhere stories live. Discover now