Walaupun keputusan yang perlu dibuat oleh Darwisy sedikit meragukan tetapi dia pasti itulah jawapan dari Allah berdasarkan solat sunat taubat dan solat istikharah yang dilakukannya malam tadi.
Malam tadi setelah selesai dia mencoret luahan hatinya didalam komputer riba dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Tanggungjawabnya sebagai hamba Allah sudah ditunaikan walaupun setelah lewat malam.
Fikirannya masih tidak lekang dari bayangan wajah 'Aisyah Dahlia' seorang gadis degil tetapi ada sebabnya yang tersendiri. Walaupun tubuhnya terasa amat letih dikala itu tetapi dia tidak mampu melelapkan mata.
Jelingan yang diberikan oleh Dahlia kepada dirinya membuatkan dirinya tidak tentu arah. Darwisy juga tidak pasti penyakit apa yang sedang menjengah dirinya saat itu.
Segera Darwisy bangun dari pembaringan dan mengambil telefon bimbitnya disisi katil. Jam sudah menunjukkan pukul 3pagi dan mata masih belum mahu lelap.
Al-quran dibaca perlahan tidak mahu mengganggu yang lain yang sedang tidur. Di dalam solat sunat istikharah itu diselitkan nama Aisyah Dahlia dan Eshal Shakeela yang pernah mengusik jiwa Muhammad Darwisy.
Aisyah Dahlia, walaupun singkat tempoh bertentang mata namun sudah mampu membuatkan Darwisy terbayang-ii.
Eshal Shakeela merupakan jantung pengerang hatinya tetapi sudah mengkhianati cintanya.
Darwisy masih memohon apabila jaganya pagi ini dia menemui jawapan yang ditetapkan untuknya sejak di luh mahfuz.
Darwisy sudah meluahkan niat di hatinya untuk memutuskan pertunangannya dengan Eshal. Dia juga sudah meluahkan hasratnya untuk menikahi Aisyah Dahlia.
Pada awalnya tidak dipersetujui oleh papanya, Dato' Emmir. Tetapi setelah menjelaskan secara terperinci bahawa dia sudah tidak sehaluan lagi dengan Eshal mamanya Datin Amira pula bersetuju.
FLASHBACK
DARWISY: Papa, pleaselah papa. Awisy bukan sengaja nak batalkan pertunangan. Kejadian malam tadi membuatkan Awisy tak henti-ii melupakan Aisyah Dahlia. Lagipun, Awisy yakin mimpi Awisy malam tadi merupakan jawapan Allah untuk Awisy. Aisyah Dahlia merupakan jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuk Awisy. InshaaAllah.
Dato' Emmir: Kalau betul kamu sudah minta bantuan dari Allah untuk pencarian kamu kali ini, papa setuju. Tetapi bukan papa yang nak kahwin dengan Dahlia. Kamu yang kena pujuk dia dalam hal ini.
Datin Amira: Betul cakap papa tu Awisy. Mama setuju kalau kamu nak kahwin dengan Dahlia tu. Dahlia tu baik orangnya. Walaupun kata-ii dia kasar tetapi percayala, arwah Pak Usman mendidik anak daranya yang ini dan adik-iinya cukup sempurna syarat sebagai seorang isteri.
Dato' Emmir dan Datin Amira mengangguk dengan setiap percakapan mengenai Dahlia. Alhamdulillah.
DATO' EMMIR: Lagi satu, Awisy... malam ni jangan lupa solat kat masjid ye. Imam Wahab selalu menyebut nama kamu, nak jumpa kamu.
Darwisy hanya mengangguk.
END FLASHBACK
Darwisy memainkan lagu kegemarannya 'How Come You Don't Know' nyanyian Kim Jong Kook menggunakan telefon bimbitnya. Bergema satu bilik dengan nyanyian Kim Jong Kook sambil Darwisy mengambil komputer ribanya untuk melakukan aktiviti hariannya.
YOU ARE READING
AWAK ISTERI SAYA..
Short StoryFLASHBACK DAHLIA: Ibu,, nanti kakak nak kahwin nanti ibu jangan pergi mana-ii tau. Ibu tak boleh duduk dengan orang lain. Berbual dengan orang lain pun takboleh. PUAN MARDHIAH: Kenapa pulak?? Ibu nak berbual dengan besan ibu nanti. Apa pulak kata be...